Hari ini 16 September. Hari Malaysia. Hari Sabtu. Hari cuti.
Sempena sambutan bulan kemerdekaan, Alamanda iaitu pusat beli-belah terkenal di Putrajaya demgan kerjasama Arkib Negara Malaysia telah mengadakan pameran istimewa yang berkisar tentang kemerdekaan tanah air kita.
Pengunjung yang lalu-lalang di Alamanda pastinya akan tertarik dengan pameran ringkas tetapi rare ini.
Sebab apa Pida kata rare? Jom saksikan.
Masuk dari pintu aras PL, pengunjung akan melihat replika 3D kereta yang dinaiki Tunku. Nak tau kisahnya, sila baca gambar di bawah.
Oleh kerana Pida malas nak ceritakan, maka terpaksalah kaubaca sendiri. Kalau ikut tajuk besar tu, peristiwa ini berlaku semasa proses rundingan kemerdekaan pada tahun 1956.
Replika tadi dicetak semula berdasarkan gambar inilah. Real kan?
Di aras atas pula, ada barangan pameran yang cukup rare. Pida jamin ramai yang tak pernah tengok benda-benda ni depan mata kan? Termasuklah aku.
Tiga item ni memang sangat tinggi nilai sejarahnya. Eloklah Arkib Negara yang simpan.
Ini gambar Tunku Abdul Rahman. Siap autograf. Sambil tengok, sambil fikir. Ini kalau dinilaikan dengan ringgit ni, hmmm. Ceh sempat pulak aku berkira-kira.
Cenderamata sempena kemerdekaan. Orang dulu-dulu memang suka pinggan-pinggan ek. Tak pinggan, gelas. Ini pun barang rare ni.
Ini pula teks doa kemerdekaan yang disediakan dalam tulisan jawi. Siapa yang membacanya? Sila google pastu komen kat bawah ye hahaha. Strategi yang keji.
Yang buku-buku laporan ni Pida tak minat sangat. Tengok gitu-gitu aje.
Gambar ini menceritakan perihal Sir Henry Gurney. Last-last dia kena tembak mati dalam serangan hendap oleh komunis. Dan namanya diabadikan di sebuah sekolah di Melaka.
Bagus kan pameran sebegini? Penuh dengan nostalgia, pendidikan dan kesedaran tentang sejarah dan kenangan kemerdekaan negara.
Budak-budak sekarang kena tahu benda-benda ni. Zaman diorang sekarang dah terlalu jauh dengan timeline zaman Tunku.
Biar anak-anak kita tahu bahawa setelah Melaka dan Tanah Melayu membungkam dalam penjajahan yang bermula tahun 1511 lagi, maka akhirnya kita merdeka.
Dan terus mengenang jasa dan pengorbanan datuk nenek moyang terdahulu yang tidak pernah kering keringatnya untuk bebas dari belenggu penjajahan.
Juga harus terus mengingat jasa Tunku yang berjaya mendapatkan kemerdekaan untuk negara kita tanpa berlaku walau setitis pertumpahan darah.
Selamat hari kebangsaan.
Negaraku #sehatisejiwa
Throwback pagi 31 Ogos 2017- Keterujaan budak-budak menyaksikan kapal terbang dan jet Sukhoi yang lalu lalang atas atap rumah beberapa kali sebelum akhirnya tembus di kaca tv.
salam..pida ada simpan lagi tak novel ebe dan eme...nak jual dengan saya tak?
ReplyDeleteSalam ibu amani.. maaf ye. Novel tu dah lusuh dan tertanggal2, dah lunyai sangat hihihi.. lagipun ada muka surat yang dah hilang. Sorry ye.. btw terima kasih sudi baca blog ;)
ReplyDeleteAsal g alamanda tak jumpa aku pun? aku kan duta alamanda?
ReplyDelete