Haa.. apa poyo sangat tajuk kali ini? Speaking la pulak Pida ni.
Ye, bila Pida marah, atau kecewa, Pida akan automatik cakap orang putih. Lagi senang nak mencarut dalam bahasa omputih. Eh, bukan mencarut, cuma 'rant'. You know 'rant'? hehe
Malam tadi adalah malam macam biasa. Jumaat malam Pida akan menonton Raja Lawak 6. Pida dah lama ikuti RL sejak musim ke-3, diikuti Maharaja Lawak yang memang best giler.
Dalam RL msim ke-6 ni, Pida minat kumpulan Selak. Yang lebih tepat, Pida minat dengan salah seorang anggotanya iaitu Wak. Wak ni kelakar natural. Kalau dia buat lawak Pida mesti ketawa.
Persembahan pertama Selak malam tadi memang kelakar. Tapi sayang persembahan kedua bertemakan radio Sinar FM agak kureng.
Selak tersingkir. Pida kecewa. Pida dah undi Selak tapi dah takdir Selak tersingkir. Kempunan nak tengok Selak masuk peringkat akhir.
Huhuhuuuu
Kumpulan Selak. Wak sebelah kiri. Gambar dari Facebook mereka. |
jangan tergoda bintang di awan.....
ReplyDeletehahah.. wak selalu nyanyi lagu tu...
Minat Selak jugak eh..?
ReplyDeletesmf.... mesti tau semua...
ReplyDelete