Thursday, November 29, 2012

Aqil... Aqil...

Salam Aqil,

Hari ni Pida nak tulis pasal Aqil. Yang tak kenal Aqil tu, biar Pida bagitau. Aqil tu bukanlah skandal Pida atau bekas tunang Pida, tapi Aqil tu tak lain tak bukan ialah anak Pida sendiri. Anak kedua daripada tiga beradik.



Hai adik manis, saya Aqil. Umur saya baru 5 tahun . Tapi saya rasa saya sudah matang.


Dua tiga hari ni Aqil asyik merengek nak baby girl. Kau dah jemu dengan adik kau si Sufi tu ke? Apa tak jemunya, mula-mula kawan, berabang beradik bagai, bila tiba masa masing-masing menegakkan benang yang basah, habis disekel kepala. Aqil belasah Sufi, Sufi terajang Aqil. Haa elok la tu. Gaduh. Gaduh. Menang jadi abu, kalah jadi arang. Dua-dua aku jotos.

Aqil nak baby girl. Dia suruh mak dia beranak lagi. Eewah... kau ingat senang nak beranak? Nak mengandung senang la. Eh, kau apa tau? Kau belum kawen kan?

Baru-baru ni semasa majlis konvokesyen tadika, Aqil berjaya menerima anugerah Pelajar Aktif. Untuk pengetahuan kau, anugerah Pelajar Aktif ini telah dimonopoli oleh Aqil dua tahun berturut-turut.

Hebat anak aku. Pelajar aktif gitu. Tapi sebenarnya nama anugerah tu ialah Pelajar Paling Nakal. Eleh, mak taulah Aqil... cikgu kau tersasul pecah tembelang depan mak hari tu.

Hari tu lagi best. Aqil masuk ke dapur. Pida pun ada di dapur masa tu.

"Mak, nak mancis," katanya dengan girang.

"Hah? Ko nak buat apa dengan mancis? Bahaya tau tak main mancis. Rumah yang terbakar tu sebab dia main mancis tahu!" Pida membebel pot pet pot pet tanpa melihatnya kerana pada masa itu Pida sedang sibuk membancuh susu Sufi.

Si Sufi ni pulak tak habis-habis merengek mintak dukung la, nak tengok Ultraman la... 

"Mak, nak mancis," Aqil mengulangi ayat yang sama tetapi kali ini suaranya lebih perlahan dan lebih sayu.

"Aqil...!" Pida dah mula hangin. Pekebendenye nak main mancis pulak budak ni! Nak kena dia ni.... dan Pida pun menoleh ke arahnya seraya bersiap-sedia untuk menjotosnya. Tetapi rupanya...

"Oh, nak manggis...." sambil Pida melihatnya memegang sebiji manggis.


Lepas tu mak saya malu sebab dia tuduh saya nak bakar rumah.

10 comments:

  1. hahaha kelakar.

    teringat lak cita mak pasal abg masa kecik.

    dia nk AGUNG, mak ingat nak JAGUNG

    rupanya...

    BENDERA~ haha jauh giler beza. =P

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha itu pun lawak. Kalau saya jadi mak pun saya ingat nak jagung. ;D

      Delete
  2. maman sy lak dah siap ada nama utk adik girl dia.. dia nak letak nama SARA.. aduhai..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sara? Hihihi mana la dia dapat idea nama tu? Bijaknya dia hihihi...

      Delete
  3. anak sulung saya baru dapat adik 7 bulan tapi dah minta nak adik lagi...kakak nak 2 adik terus tau ibu (kembo)...parOH! :)))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Anony,

      Hehehe... budak-budak ni tau mintak je kan? ;)

      Delete
  4. heheh aqil cakap mmg pelik-pelik...
    jiran jadi rijan, lukis jadi kulis..
    terbalik-balik dia cakap...

    yang lagi haru zoo negara jadi zoo neraka...=D

    oh tidak dilupa --> "aqil pegi walatan tgk ponda" hehehe

    ReplyDelete
  5. tu la pasal... kadang-kadang dia tulis pun terlabik. Aku takut dia disleksia je huhuhu.

    ReplyDelete
  6. yeayyy...
    nnt adik aqil blh kwn dgn ank acik CT..
    blh sama2 naik darjah 1 ..hahaha.. *berangan xpe kan kakpida.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe berangan jangan tak berangan. Nak jadi besan pun takpe hahaha.

      Delete

Oh, tak sangka ada yang sudi komen... terima kasih!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...