Entry pada hari ini adalah entry cerita. Pida nak ceritakan pengalaman cinta yang belum berputik tetapi telah putus secara tidak disangka-sangka. Dan penyebabnya ialah tak lain tak bukan ibu kandung Pida sendiri; insan yang amat Pida sanjungi.
Ceritanya begini. Mari kita flashback. Hoi kau yang pegang cawan tu dah sedia nak dengar ke tak?
Pada masa itu Pida baru berusia 17 tahun. Masih anak dara sunti. Tengah kembang semangkuk la kata orang. Masa tu jiwa remaja. Perasaan nak cari pakwe tu memang ada la. Maklumlah, hormon remaja sedang menguasai diri, mesti la ada rasa nak disayangi dan menyayangi ecewah gatalnya aku.
Pada suatu hari, Pida mengikut mak pergi bershopping di sebuah pasar raya. Memang menjadi kebiasaan Pida temankan mak keluar membeli-belah sebab Pida tolong mak angkat beg plastik.
Tiba di satu bahagian, iaitu bahagian alat tulis, Pida dan mak membelek-belek barang di situ. Kami saling bersebelahan. Pida kenalah sentiasa berada dekat-dekat dengan mak. Senang nak bodek, nak mintak liquid paper ke, mintak pensel picit-picit ke, mintak file holder ke.
Di hadapan Pida ada seorang abang hensem. Pida yakin dialah jodoh Pida. Pandangan kami bertemu. Sungguh terasa aura cinta bagaikan panah arjuna menikam jantungku. Tiba-tiba dada rasa berdebar-debar, dan Pida terus tertunduk malu tanda setuju... Mak, perkenalkan bakal menantu mak.... pelawa Pida dalam hati sambil tersipu-sipu.
Akhirnya Pida bertemu jua dengan jodoh Pida. |
Sedang hati berbunga cinta, sekali tu ditakdirkan Allah mak Pida terkentut dengan kuat. "Pot!" Begitulah kuatnya kentut mak.
Tetapi mak Pida buat selamba je. Mak lantas meninggalkan Pida terpinga-pinga keseorangan di situ. Abang hensem itu terkejut dan memandang Pida tepat-tepat ke muka Pida yang dah berubah menjadi muka gajah.
Pida terkunci di situ. Abang, sumpah bukan saya yang kentut! Tapi hanyalah sia-sia kerana jodoh Pida itu telah berlalu pergi sambil menggeleng-gelengkan kepalanya. Cinta kami terlerai begitu sahaja akhirnya.
Begitulah tragisnya percintaan Pida. Cinta terhalang gara-gara mak sendiri. Ooohhh....
Namun akhirnya cinta tersebut terlerai tanpa sempat diisytihar! |
Dan di mana dia sekarang? Masihkah ada di penggaram?
ReplyDeleteHahaha cikgu. Saya tak sempat kenal pun mamat tu. Saat tu je! Ini cuma kisah main-main je.
Deletesalam kenal..kenal dr blog Mat som..nak followlah sini..:)
ReplyDeletekenapa berlalu pergi..explainlah kat dia..hehe
Salam kenal Knor,
DeleteTak sempat bagitau dia dah blah. Oohh...
Terima kasih, be my guest ;)
camne nk follow pida ni yer...pida follow la blog sy...
ReplyDeleteMiss Yatt, thanks a lot. Datang selalu ye ;
Delete