Salam sawah,
Sekarang ni Pida bercuti selama seminggu di kampung. Telah Pida ceritakan dalam episod yang lepas bahawa percutian ini adalah bersempena dengan cuti sekolah dan sebab ada cuti Deepavali dan cuti Awal Muharram, jadi kaedahnya Pida pulun seminggu terus.
Namun sedar tak sedar hari ni dah hari Rabu. Cepatnya masa berlalu. Esok khamis, lusa jumaat, tulat sabtu, tonggeng ahad, lepas tu isnin dah naik kerja semula. Alaaaa.... malasnya nak kerja.
Tapi walau macam mana pun, percutian Pida di kampung pada kali ini sangat bermakna. Selain masa yang panjang untuk bersama ibu dan bapa (walaupun sebenarnya singkat), Pida juga berpeluang membawa anak-anak bandar ni melihat sawah padi yang terletak di hujung kampung.
|
Siapa kata negeri Johor tak ada bendang? Tengok ni... saujana mata memandang. |
|
Di sebelah sawah ada kebun sawit. Standard la tu kalau kat Johor. |
|
Pemandangan biasa di sini tetapi sesuatu yang baru bagi anak-anak Pida ni. |
|
Kunci air ini digunakan untuk mengawal kemasukan air ke dalam sawah. |
|
Ini adalah alat kawalan agro ekologi. Ia dikenali dengan nama Pengurusan Perosak Bersepadu (Integrated Pest Management IPM). *Pida tak pasti sangat benda alah ni. Kalau silap mohon betulkan yeehaa! |
|
|
Hari semakin senja. Menyaksikan fenomena matahari terbenam di sawah padi merupakan detik yang sangat romantis, kata Pida sambil melentokkan kepala di bahu suami. |
|
|
Dalam perjalanan pulang, kami singgah dan berhenti di jeti melihat bot-bot nelayan di situ. Sungguh authentic panorama ini, kata suami Pida sambil mencium pipiku. HAHAH |
|
Kami sempat melihat seorang nelayan tua menebar jala ke sungai dengan harapan sangkutlah ikan duyung buat peneman di kala sepi. |
|
Namun usahkan anak ikan bilis, sisik ikan pun tak dapat ditangkapnya. Ikan semua dah lari ke laut. Oh... sungguh kasihan kau pakcik. |
|
Senja semakin merapati malam. Beburungan telah terbang ke sarang. Pida pun kembali ke pangkuan orang yang tersayang. |
Alangkah damainya hidup di kampung!
|
Semua gambar dirakam dengan menggunakan pembantu peribadi Pida yang setia, iaitu Samsung Galaxy Note. |
Selamat bercuti di kampung
ReplyDeleteSelamat menyambut tahun baru 1434 Hijriah buat anda sekeluarga.
Ingatkan kat sawah pun dipasang AES?
Hahaha aes di sawah utk memerangkap halaju tikuskah?
ReplyDeleteAtau halaju jentera pembajak?
Salam maal hijriah utk cikgu dan keluarga juga.
upload la gambar ciom pipi tu... nak tengok?
ReplyDeleteHahaha. Uncle ingat ini blog cium cium ke. Hihihi.
Delete