Saturday, August 31, 2013

Buah keranji di luar perahu

Salam keranji,

Semasa menziarahi seorang ibu saudara sempena aidilfitri baru-baru ini, dia telah menghidangkan Pida dengan sejenis buah yang sangat biasa didengar di telinga tetapi tidak pernah dipandang mata iaitu buah keranji.

Buah keranji ini dibawa dari negara Vietnam semasa lawatannya ke sana. Pida rasa pernah sekali aje dulu Pida melihat buah keranji tetapi lepas tu Pida dah lupa macam mana rupa dia. Kalau buah rambai dan buah pisang kaki memang Pida tau.

Pida sengaja nak buat entry pasal buah keranji ini. Pida yakin kau pun tak pernah tengok buah keranji kan? Elleh... mengaku ajelah.


Inilah rupa buah keranji. Macam ada bulu-bulu sikit kulitnya tu. Kecik aje buahnya... ada la sebesar kelongsong buah asam jawa. Rasa dia pun seakan-akan buah asam jawa jugak.

Cara nak kopek pun sama macam nak kopek asam jawa. Pecahkan aje kulitnya yang rapuh itu dan dapatlah isinya.

Isi buah ni kecik aje dan lembut macam span. Rasa dia masam-masam manis macam buah asam jawa. Eh kan dah bilang kat atas tu.

Buah ni ada biji. Bijinya kecik aje.

Ooppss... rupa-rupanya ada sang puteri sedang beradu di dalam. Nasib baik Pida tak terus ngap. Kalau tak.... Alhamdulillah ajelah.



Sorong papan tarik papan,
Buah keranji di dalam perahu;
Suruh makan dia makan,
Suruh mengaji dia tak tahu.

Ceh!

Tuesday, August 27, 2013

Catatan hari lahir untuk anakku Aqil yang kukasihi

Salam hari lahir,

Alhamdulillah, hari ini genap Aqil 6 tahun. Sayangnya Pida tidak berada di sampingnya pada hari gembira ini kerana Pida berkursus di luar daerah.

Namun Pida tidak pernah lupa untuk mendoakan yang baik-baik untuk anakanda yang seorang ini apatah lagi pada hari jadinya.

Buat Aqil, berikut mak nukilkan sebaris harapan dan impian buat dirimu untuk kaujadikan pedoman dan pegangan di sepanjang hidupmu.

Aqil anakku,

Aku mahu engkau terus menikmati kegembiraan yang sedang kaurasai sekarang ini. Aku tidak mahu kau merasa sedikitpun kesusahan dan kedukaan kerna kau hanya layak mendapat yang indah-indah sahaja.

Namun engkau pasti tidak akan terlepas daripada merasai bebanan kehidupan dalam setiap segi jua. Itulah hakikat kehidupan, anakku.

Oleh itu, aku tidak mahu engkau lalai dan leka dengan kesenangan yang kaunikmatsi saat ini. Aku mahu engkau sentiasa bersyukur dengan setiap anugerah dan kegembiraan yang sedang berada dalam dakapanmu.

Anakku Aqil,

Engkau berhak mendapat segala-galanya di alam yang fana ini. Asalkan engkau berusaha, engkau pasti akan berjaya. Tapi jangan sesekali engkau lupa, untuk apa kehidupan yang sementara ini sebenarnya.

Aku mahu engkau hidup dengan seribu kemenangan, dengan seribu kejayaan dan dengan seribu kesedaran. Aku mahu engkau hidup kerana mengejar akhirat yang kekal. Aku mahu engkau berusaha untuk menggapai syurga yang dijanjikan kepada hamba-hambaNya dengan mentaati segala perintahNya dan menjauhi setiap laranganNya.

Anakku Aqil,

Aku mahu engkau hidup sebagai seorang yang berjuang mempertahankan maruah dirimu, maruah keluargamu, bangsamu dan tanah airmu... dan yang pastinya aku mahu engkau hidup kerana berjuang menegakkan ad-din...

Aku mahu engkau hidup sebagai mujahidin yang sanggup berkorban nyawa demi mempertahankan agamamu.

Dan akhir sekali, aku mahu engkau mati sebagai syahid, seperti mana rakan-rakanmu yang gugur sebagai penghuni syurga kelak.

Anakku Aqil,

Setiap nafasmu adalah doa restuku. Membesarlah engkau sebagai manusia jujur. Allah sentiasa melindungimu, wahai Aqil anakku...

Selamat hari lahir.







Saturday, August 24, 2013

Lauk marhaen

Salam lauk,

Sejak raya pertama hari tu, menu hidangan Pida tak lain tak bukan ialah ayam, daging dan kambing. Kukus, grill, panggang, kukus, grill, panggang, kukus! Ayam, daging dan kambinglah yang menjadi santapan.

Makanya Pida dah rasa boring. Bukan tak bersyukur, tapi rasa nak ubah selera pulak. Apa kata hari ni kita makan ikan pulak!

Ikan yang suami Pida beli ni istimewa. Ikannya kecik-kecik, jadi kena beli banyak-banyak. Cara masakannya pun tak perlu bombastik sangat, goreng tepung suda!



Nama ikan ni selar. Selepas disiang, Pida gaul dengan tepung beras dan taruk serbuk perasa sikit iaiti Pasti Sedap. Gerenti enak!



Bila dah siap goreng, susun sekor-sekor atas pinggan hidang. Plating haruslah setaraf dengan chef Nik Michael okey!



Makan dengan nasi panas taruk kicap. Pehh... meleleh! Lengkaplah hidangan marhaen Pida untuk hari ini. Alhamdulillah... sedap kau.



Sufi makan dengan berselera sekali. Bangga melihatnya. Heh.

Thursday, August 22, 2013

Kambing golek menghantui rumah terbuka

Salam kambing golek,

Kali ini memang betul-betul cerita pasal kambing golek. Entry sebelumnya Pida telah terkhilaf sebenarnya. Ini semua gara-gara penangan kambing golek yang digolekkan di atas penggolek yang bergolek semasa majlis jamuan rumah terbuka aidilfitri baru-baru ini.


Tahun ini dalam sejarah kerana inilah kali pertama Pida menganjurkan majlis rumah terbuka raya. Itupun buat secara kolaborasi dengan adik-beradik yang lain. Di samping menjemput sedara-mara dan kawan-kawan untuk merasa kuih tat dan kuih makmur, kami juga sebenarnya buat majlis ini untuk meraikan ab dan ummi yang telah selamat bernikah pada Jun lalu.


Mengiringi pengantin makan berdamai. Ab dan ummi nampak ceria sangat. Rania yang terselit kat tengah-tengah tu pun nampak gembira. 

Ada rezeki lebih sikit boleh la belanja tetamu makan kambing golek. Terima kasih biang keladi kepada adik Pida yang sudi menaja kambing golek ni. Terpaksalah Pida bergambar dengan dia sebab nak bagi kredit. Kalau tak enterframekan dia kat dalam blog ni, dia kata tahun depan dia tak nak taja kambing golek lagi. Oleh kerana bimbangkan keselamatan diri, maka Pida pun bersetuju untuk bergambar dengan dia.


Tuuu dia! Rasa dia.... nyum nyum... terbaik!


Selain kambing golek yang menjadi tumpuan utama, kami juga menghidangkan pelbagai jenis makanan lain seperti nasi ayam, lontong, nasi impit, rendang, roti jala, laksa penang, kuih-muih dan buah-buahan. Kami ambil dengan katering. Tak reti pulak nak masak sendiri.





Macam yang Pida bagitau tadi, kambing golek memang menjadi tumpuan utama. Sekejap aje dah tinggal tulang. Belum pukul 2 petang dah habis. Hehe. So kira siapa cepat dia dapat la.


Alhamdulillah tetamu memang sangat ramai. Tapi masih menang tangan untuk melayan setiap hadirin yang datang. Jemaah surau pun siap buat marhaban lagi kat rumah Pida. Bergema la sekejap rumah tu dengan selawat memuji Nabi.


Ini semua sepupu-sepupu Pida bersama anak masing-masing. 

Yang ni pun sepupu. Muka pun lebih kurang sama aje ek? Kalau tak kerana raya, takdenya kitorang dapat bergambar macam ni.

Ini kawan lama Pida masa tingkatan 1 sampai tingkatan 5 dulu. Thanks Ayu, sudi datang ke majlis aku.

Ini Kak Linda, kawan baik Pida semasa di kolej dulu. 

Cukup sopan-santun Pida melayan tetamu. Inilah contoh tuan rumah yang wajar dipuji. Heh.

Tetamu Pida terdiri daripada pelbagai golongan. Yang tua, yang muda, yang miskin, yang kaya, yang berakal, yang gila, yang dah sunat, yang belum sunat... 

Tuan rumah penat ooo... kau percaya tak kalau Pida kata Pida tak makan langsung sebab rasa tak ada selera nak makan? Nasib baik aku sempat rembat laksa penang. Malam baru makan.

Rania minum sorang-sorang aje. Tunggu kawan tak sampai-sampai. Akhirnya masa kawan dia sampai, dia dah tertido.

Momen-momen sebelum Razin menumbangkan rak kasut 10 tingkat tu. 

Bila dah confirm tak ada tetamu lagi, kitorang pun memulakan operasi pembersihan dan mengemas. Lagipun hari dah petang. Tapi yang buat tu sebenarnya sorang aje, yang lain jadi mandor.

Kesian dia penat mengemas. Minum pun sebelah sampah aje... takpe, kat opis ko selesa kan? Tunggu patient aje kan? Hehe.

Gambar Pida ditangkap ketika sedang khusyuk menapau nasi ayam. Nasi ayam tu tinggal nasi aje, ayamnya dah habis dulu. Nasib baik biras Pida tolong buatkan spaghetti untuk cover makanan yang short tu. Terima kasih ye! Tapi sempat jugak la ummi goreng ayam segera. 

Bila tengok ab dukung Sofia, kitorang cepat-cepat cakap nak adik lagi. Hahaha. Terbelahak ummi ketawa. 


Pida mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua tetamu yang sudi meraikan rumah terbuka bersama Pida. My best thanks to ab dan ummi, my best suami (memang the best sebab pusing satu taman pun takkan jumpa orang macam suami Pida tawww), semua adik-adik tersayang; Faiz, Yati, Zizi, Hilma, Afif dan abang Faza yang tak hadir sebab sibuk dengan studio gig underground engkau tu kan... dan anak-anak iaitu Rania, Aqil, Sufi, Razin dan Sofia yang comel-comel belako.

Insya Allah, ada rezeki tahun depan kita buat lagi ye.


Alhamdulillah, Syukur Malaysia masih aman untuk buat open house!

Tuesday, August 20, 2013

Kambing yang tergolek di hari lebaran penuh kemeriahan

Salam kambing,

Kukus grill panggang, kukus grill panggang, sudah hampir 2 minggu kita merayakan lebaran. Raya Pida pada tahun ini meriah seperti tahun-tahun sebelumnya. Walaupun nampak agak canggung kerana mak sudah tidak ada untuk meraikan aidilfitri bersama-sama kami, namun kehadiran ummi telah mengisi kekosongan ini.

Biasanya pada hari raya kedua, rumah ab di BP menjadi sasaran semua saudara-mara untuk berkunjung, kerana pada hari kedua itulah keluarga Pida buat rumah terbuka. Tetapi oleh kerana pada tahun ini hari raya kedua jatuh pada hari jumaat, maka rumah terbuka ab dan ummi dibuat pada esoknya iaitu hari raya ketiga.

Dan seperti biasa, menu untuk rumah terbuka ab ialah nasi beriani. Of courselah!


Pagi-pagi selepas subuh, kitorang dah bertungkus-lumus menyusun meja dan kerusi di bawah khemah. Setting rumah terbuka sekarang setaraf khemah pengantin. Tapi memang untuk meraikan pengantin baru pun! Hui hui hui.


Nasi beriani yang sangat sangat sangat sedap.


Kambing yang sangat sangat sangat sedap. Makan seketul tak cukup. Pida paling favourite kambing terutama lemak dia. Kau jangan ingat kambing tu tak elok untuk kesihatan tau. Ustaz Pida cerita, orang Yahudi sengaja buat-buat cerita mengatakan kambing boleh naikkan darah tinggi la, kolesterol la, tak bagus untuk kesihatan la... itu semua fitnah! Kambing adalah makanan kegemaran Nabi, dan Nabi seorang yang sihat. Tapi pandai-pandailah kita makan dalam kuantiti yang berpatutan... agak-agak arrr!!


Selain kambing, ada juga daging lembu. Tapi kambing laju je habis dulu daripada lembu.


Ayam masak merah pun ada. 

My favourite pencok atau acar darat. Pida kalau makan nasi beriani tak ada pencok, lebih baik aku terjun sungai aje daripada hidup kecewa,


Kuah dalca. Yang ini Pida tak suka sebab Pida tak gemar masakan kari dan yang pedas-pedas.


Air pulak bandung soda asli buatan tangan.... Perghhhh! Meleleh wa cakap lu!


Nasi beriani dan lauk-pauk tadi dihantar dengan lori dalam periuk besor!


Alhamdulillah, ramai giler tetamu yang hadir. Sedara-mara belah ab, belah mak, belah ummi, jiran-jiran, kawan-kawan, peminat, eceh.. perasan.


Anak tuan rumah.

Tuan rumah dan cucu.

Cucu tuan rumah.

♪♫Hidupku dulunya seorang pengamen,
Pulang malam selalu bawa uang recehen,
Mengejar cita-cita paling mulia,
Membantu keluarga di rumah.♫♪

Lohh... udah dapat uang kok dirampok sama tantenya sendiri.

Good! Everiting is good, kata Aqil dengan yakinnya.

Alhamdulillah, dari pagi sampai petang, makanan cukup dihidangkan untuk semua orang.  Masih terngiang-ngiang kelazatan kambing hari tu... oh terngiang-ngiangnya...

Hari raya ketiga berkesudahan dengan rasa gembira dan bersyukur kerana dapat berjumpa dengan semua sedara-mara jauh dan dekat. Kalau tak ada hari raya, ntah-ntah Pida pun tak kenal sedara. Nasib baik ada raya. Alhamdulillah...

Ok, nanti Pida cerita pasal rumah terbuka kat rumah Pida pulak. Sekarang ni tengah bizi giler, maklumlah dah 2 minggu tak masuk opis. Lagipun tengah rasa malas nak sedut gambor dari kamera.

Setakat ini dulu cerita rumah terbuka di rumah bapa saya.

So, apa kena-mengena dengan cerita kambing yang tergolek kat tajuk atas tu? Hahaha, sekali salah tajuk daa... takpe aku malas nak betulkan.

Bye.

Wednesday, August 7, 2013

Mudik lebaran

Salam lebaran,

Seperti anak-anak perantauan yang lain, Pida dah mula balik kampung untuk menyambut hari raya aidilfitri yang bakal tiba. Pida dah mohon cuti awal-awal lagi... Pida mohon 7 hari, jumlahnya dapat 14 hari. Kellas aku ngabiskan cuti kan?

Apa susah... cuti Pida banyak. Setahun Pida dapat 30 hari untuk cuti rehat. Itupun sampai muntah-muntah nak habiskan cuti, sampai terpaksa bawak ke tahun depan dan ambik separuh untuk golden handshake.

Macam biasa, masa nak balik, masa tulah baru tertonggeng-tonggeng kemas beg. Masa tulah baru nak kemas barang, ambik mana yang perlu, tinggalkan mana yang tak perlu. Nak packing ni pun satu hal jugak, maklumlah anak ramai ni masing-masing ada keperluan sendiri.




Ini bagasi paling besar untuk mudik lebaran kali ini. Ia mengisi baju-bajuan baharu anak-anak Pida untuk dipakai start dari raya ke-2 sampai raya ke-30.



Chamber dan ventolin ini adalah antara barang terpenting yang mesti dibawa jika Pida bermusafir atau berkelana. Sebab Sufi sentiasa berpotensi diserang asma, jadi persediaan ini amat mustahak.



Krim BB jenama Exuviance ini adalah teman rapat Pida sehari-hari. Ia sangat bagus, hanya perlu sapu sedikit sahaja pada kulit dan tadaaa! Tak payah pakai bedak pun selepas itu. Nanti kalau ada masa Pida buat review ye.



Gandingan dua sahabat ini iaitu skrub dan krim penanggal blackhead memang menjadi keperluan asas penjagaan kulit muka sehari-hari. Sebelum pakai krim pore pack tu, Pida skrub dulu bahagian hidung supaya blackhead dapat diumpan keluar secara maksimum. Hasilnya, hidung menjadi sangat licin dan tiada nampak liang-liang roma yang kasar dan hodoh.



Bila semua dah siap dipack, barang-barang dan beg-beg telah siap sedia dimasukkan ke dalam boot kereta.



Tadaaa!!!



Sebelum keluar dari taman, kami pesan kat pak guard; kalau ada budak-budak datang beraya, bagitau kami takde.



Hohoho balik kampung!


Selamat hari raya kepada semua pembaca Ohpida yang dihargai dan disayangi. Mohon maaf atas segala ketelanjuran tulisan Pida selama ini. I love you all bebeh!

Selamat hari raya!

posted from Bloggeroid

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...