Showing posts with label pejabat. Show all posts
Showing posts with label pejabat. Show all posts

Friday, June 29, 2012

Settle boss! (Kau mari sini!)

Salam settle,

Sejak minggu lepas ada sorang staf boss call Pida.

"Pida, tolong installkan e-terimaan kat pc boss," kata staf ini menyatakan masalah.

"Aiseyman, gua outstation kat luar ni," Pida membalas dengan malas.

"So macam mana?" dia bertanya lagi.

"Macam tu la... lu tunggu la sampai gua balik minggu depannya lagi," Pida berbahasa dengan sopan sekali.

"Tak pe la... gua delegate pada budak gua," masih sopan gaya bahasa pertuturan Pida.

Pida pun call technician Pida mintak dia tolong settlekan masalah. Pida bagitau dia, CD installer ada dalam laci bilik Pida. Pida ajar dia cara-cara nak pecah masuk pintu bilik Pida sebab dia takde kunci bilik Pida.

Masalah selesai. Itu pada tanggapan Pida.


Pagi tadi, staf yang sama call lagi.

"Pida, eP boss 'hang' la."

Aiseyman, ni yang aku malas ni. Pagi-pagi dah kasi aku masalah. Takpelah... tukar masalah tu jadi rezeki. Mind setting kena betul, barulah boleh jadi positif.

So, sejak pagi tadi Pida dengan technician Pida stay kat bilik boss untuk selesaikan masalah. Nasib baik boss takde, so dapatlah Pida duduk atas kerusi kulit mahal dia tu. Ye la... bila lagi kan nak merasa. Harapkan kerusi sendiri setakat boleh pusing 360 darjah tapi kaki dah tempang. Kalau senget sikit mau tertonggeng aku.

Berbalik kepada masalah tadi. Ini masalah baru ni. Semua kaedah dah cuba. If-then-else dah guna berapa ratus kali tapi masih tak settle. Pida dah mula bosan. Last-last technician Pida cakap, "Cuba tengok balik apa yang saya buat masa Pida suruh minggu lepas."

Pida pandang muka dia. Tengok balik apa yang kaubuat minggu lepas? Kau nak bagitau aku ini kau punya pasal ke?

Pida pun tak banyak cakap. Terus masuk kernel direktori. Periksa satu baris demi satu baris. Mak aii... banyaknya line. Mata dah mula berpinar tengok nombor-nombor ip yang sangat banyak.

Tiba-tiba mata Pida kesan sesuatu. Something fishy. Ada 2-3 perenggan line yang redundant. 2-3 line yang duplicate. Ok, inilah puncanya kenapa aplikasi eP tu tak dapat berfungsi.

Pida trace satu-satu line dan buang line yang duplicate dengan berhati-hati. Kalau salah delete lagi besar masalah aku nanti. So, mata yang bulat dan galak adalah tools yang diperlukan dalam misi ini.

Tiiittt... tiiittt....


Pida buang mana yang patut. Pastu Pida run aplikasi tu.

YES!!! Berjaya! Alhamdulillah.... rupanya adalah masalah di peringkat host file. Fuhh... lega. Kalau tidak, maunya Pida kena tidor kat opis settlekan masalah tu.

Technician Pida pun melonjak-lonjak kegembiraan. Pastu Pida jegilkan mata kat dia. Kenapa kau tak mengaku dari pagi tadi Musalmahhhhh????!!!!!

Thursday, May 24, 2012

Alangkah baiknya jika menjadi dia

Salam dia,

Untuk tempoh ini sehingga akhir tahun, Pida sangat-sangat sibuk menguruskan satu projek untuk agensi Pida.

Pida punya sibuk sampai kadang-kadang tak sempat makan dan minum. Jangan harap la kau nak tengok Pida makan nasi goreng cina dalam kulit nenas sambil teguk fres oren ada payung kaler pink bawah pokok kelapa sekarang ni.

Nak jamah keropok pun kadang-kadang tak sempat sebab terlalu sibuk. Kadang-kadang Pida minum Nestum 3-in-1 je untuk keperluan dari pagi sampai petang, tu pun cilok member punya. Kalau dia tak halalkan maknanya jadi bahan api la aku nanti.

Balik pun asyik lambat je sekarang ni. Dulu 5.30 sharp Pida tutup pc, sekarang 5.30 sharp Pida masih buat kerja.

Sampai rumah dah macam pelarian Sudan kebulur nasik. Masuk dapur tengok ada nasi. "Yeay rezeki!" Tapi babeng betul, nasi basi semalam rupanya. Lupa masuk fridge. Last-last call suami belikan nasi goreng cina. Kenapa Pida tak masak? Letih la mak...

Bila dah sibuk macam ni, Pida pernah terpikir, kan bagus kalau aku jadi PAP aje? Tak payah fikir banyak sangat macam Pida sekarang ni,. Eh, tapi PAP pun ada keje banyak jugak 'ek?

Yang penting, bersyukurlah dengan siapa diri kita. Ini rezeki Pida. Tu kau belum jadi KSU lagi Pida, mau pecah kepala kau nanti.

Alhamdulillah, Pida bersyukur dengan apa yang Pida miliki sekarang.

Monday, April 9, 2012

Jenis manusia di ofis - kau kategori mana?

Salam ofis,

Kali ni Pida nak beralih sebentar ke satu cabang dalam bidang antropologi iaitu berkaitan dengan sifat manusia. Pida nak berkongsi dapatan daripada kajian Pida tentang perangai manusia di ofis Pida sendiri.

Kenapa Pida rajin sangat buat 'kajian' ni? Dah takde keje sangat la tu.

Takde keje wak lu. Aku buat kajian dan pemerhatian ni ambik masa 6 tahun tau tak. Mengalahkan orang buat PhD. Enam tahun tu pada Pida dah cukup ideal untuk buat rumusan yang adil. Memang la tak ke mana hasil pemerhatian ni. Pida buat ni untuk suka-suka je. Tak diterbitkan dalam mana-mana jurnal pun.

Dalam kajian ini, responden Pida terdiri daripada kira-kira 250 orang staf ofis Pida sendiri dan mereka  meliputi pegawai serta staf sokongan.

Baik, mari kita lihat pembentangan Pida. (Jap, nak betulkan tali leher dulu)


Kategori pertama : Manusia jenis rajin

Maka beruntunglah organisasi yang mempunyai staf yang rajin. Hampir semua staf ofis Pida rajin. Mereka datang awal, tak pernah merah apatah lagi ponteng. Kalau cuti rehat atau MC sikit-sikit tu biasalah.

Rajin ini juga bermaksud mereka tidak menangguh-nangguh kerja. Kerja selesai dalam jangka waktu yang ditetapkan. Tidak mengular, makan dan minum tak pernah lebih 20 minit. Bagilah tugas apa pun, mereka akan laksanakan.


Kategori kedua : Manusia jenis malas

Staf yang malas berlawanan sifatnya dengan staf yang rajin. Staf yang malas ni suka melambat-lambatkan buat kerja. Suka mencuri masa (bertangguh). Datang lewat balik awal. Mengular. Makan kat kafe berejam-rejam. Tapi tak ramai staf macam ni kat ofis Pida.

Kadang-kadang staf yang malas juga hanya muncul pada waktu punch card kemudian ghaib dan muncul semula pada waktu punch out. Hmmm pelik kan? Boleh main  cak ba cak ba pulak.


Kategori ketiga : Kaki bodek dan adu domba

Bangsa kaki bodek ni kat mana-mana pun ada. Bukan kat ofis Pida je. Kat ofis kau pun mesti ada kan? Entah-entah kau tak? Hehehe. Orang yang dibodek dan diadu domba tentulah boss atau pegawai yang berautoriti.

Kenapa mesti bodek? Sebab, kalau kaubodek baaiikk punya, kau akan senang dapat kepercayaan, selalu dapat pujian, jadi orang kanan, markah tinggi walaupun kerja nan ado.

Cara membodek? Selalu rapat-rapat, bila berborak jenis yang 'yes boss', sikit-sikit jumpa boss macam la dia sorang je yang buat kerja.

Kita boleh kenal kaki bodek ni. Tengok cara sengih pun boleh tau dia ni jenis ampu punya orang. Kipas tak hingat. Kaki bodek ni bolehlah dianggap sebagai parasit kerana ia akan menjadi liabiliti jika perangai bodek ini dah jadi amalan dalam organisasi.

Kesan bodek kepada organisasi : Boleh menyebabkan orang lain yang berhak, terlepas peluang peningkatan kerjaya. Siapa rugi? Boss la.

Kalau kaubodek untuk upkan diri kau sendiri takpe, ini kaubodek untuk downkan orang lain. Bole blah la orang macam ni. Gimam...


Kategori keempat : Dengki dan menjatuhkan orang lain

Ini adalah bangsa puaka. Manusia jenis dengki ni memang busuk. Dia akan cari sebab atau alasan untuk menjatuhkan kau sebab dia memang tak suka kau. Ada je nak cari salah kau kat celah mana sekalipun termasuklah celah kelengkang dia.

Paling bangsat dia akan tabur fitnah. Dia juga suka memburuk-burukkan kau tidak kira masa, selalunya dalam mesyuarat walaupun kau tiada dalam mesyuarat tersebut. Dia akan tersenyum puas jika orang lain termakan kata-katanya. Dia akan rasa menang jika dia dapat buat kau sampai kau jatuh terduduk.

Apakah kesan dengki ini kepada kau? Sifat dengki dan benci yang berpanjangan juga merupakan penderaan mental. Kau akan rasa down, hilang semangat dan motivasi, malu bertemu rakan sekerja lain selepas mengetahui banyak cerita buruk tentang diri kau disebarkan oleh si pendengki.

Kau juga boleh menjadi murung dan lebih kasihan jika kau merasakan tiada nilai lagi pada diri kau lebih-lebih lagi si pendengki itu adalah orang yang berkuasa di pejabat.

Rasa down ini boleh menjejaskan produktiviti. Lebih teruk jika ia dibawa balik ke rumah. Tak pasal-pasal dingin dengan keluarga dan anak-anak akibat terlalu tertekan dengan keadaan di tempat kerja.Tidur tak lena, dek kerana asyik memikirkan beban emosi yang ditanggung.

Bagaimana nak berhadapan dengan orang yang dengki? Lawan. Lawan bukan dengan dengki atau kejahatan, tapi lawan dengan kebijaksanaan. Macam mana? Biarkan. Ikut rentak dia. Jangan balas apa-apa. Tunjukkan yang kau tidak setara langsung dengan kebodohan dia. Ingat, diam itu pintar.

Tunjukkan bahawa kau adalah orang yang lebih educated daripada dia. Bahawa dia bukanlah lawan yang setaraf dengan kau kerana kau lebih baik daripada dia. Banyakkan berdoa dan mengadu pada Allah.  Percayalah, lambat-laun dia akan berubah.

Bagaimana dengan reputasi kau yang tercalar akibat perbuatannya? Apabila kebenaran terserlah, orang lain akan tahu perkara sebenar, dan mengikut detik waktu yang berlalu, maka akan pulihlah reputasi itu. Kena banyak bersabar, bersabar dan bersabar.

Ironinya, orang yang suka menjatuhkan orang lain biasanya rapat dengan boss. Kenapa 'ek? Rujuk kategori ketiga.


Kategori kelima  :  Kepochi

Manusia jenis kepochi atau kepoh ni kadang-kadang jadi penghibur juga. Pantang ada skandal, dialah orang pertama yang scoop dulu. Lepas tu dia cerita kat orang lain perihal orang lain. Prihatin, katanya. Prihatin bontot kau.

Orang kepochi@joyah ni senang cakap meningkatkan graf dosa kering kita la. Suka sangat bergossip dan mengumpat. Sementara nak tunggu pukul 5 tu sempat lagi mengata hal orang. Hoi makcik, pekung sendiri tu dah tutup ke?

Staf kepochi adalah golongan yang memang tak boleh simpan rahsia.

"Kak, saya sakit pinggang ni. Tak boleh gerak sangat."

"Eh, kau tau, si Pida sakit pinggang dah seminggu. Kalau tak sebab kanser kolon tu mesti sebab dia ganas sangat sampai bergegar katil kan... HiHIHIHhhihihHIHhhhihihi."

Babi.



Kategori keenam  :  Bermuka-muka

Kalau dibagi pilihan orang yang macam mana harus dicampak ke neraka dulu, Pida akan cakap orang yang bermuka-muka atau hipokrit. Bahaya kalau ada staf macam ni kat ofis.

Orang hipokrit adalah manusia yang tidak ikhlas. Depan kau muka manis, belakang kau rupanya dialah musuh dalam selimut. Konon baik dengan kita, ingat dia memang baik, rupa-rupanya baik ada makna. Dia jadi proksi orang lain untuk korek rahsia daripada kita. Dasar lidah bercabang.

Yang kita ni pun lurus bendul, orang baik kita pun baik. Haa kau! Sekali tiba-tiba timbul cerita Pida begini Pida begitu, Pida tak setuju dasar ni, Pida bangkang peraturan tu. Pida tak suka si polan, Pida bodek si polin.

Kau nak buat apa dengan orang munafik ni? Ludah? Haha. Bacin bro.


Kategori ketujuh  :  Pak lawak

Dapat kawan yang suka buat lawak ni memang best. Dia ni la yang jadi tukang hibur staf. Ada saja idea kelakar dari kepala hotak dia. Suka mengusik orang, suka mengenakan orang, ceria je kita rasa kalau orang jenis lawak ni berada dekat dengan kita.

Tapi awas, kadang-kadang mereka ni nampak je lawak, tapi sebenarnya hati sensitif. Mudah terasa pulak bila orang kenakan dia. Pulak. Kaukenakan orang boleh.

Yang penting, dalam setiap organisasi mesti ada pak lawak kan?


Kategori kelapan  :  Lurus bendul


Manusia jenis ni memang wujud. Salah sorangnya adalah Pida sendiri. Memang kadang-kadang Pida ni lurus sikit sampai boss Pida pernah cakap Pida ni lurus sangat.

Pida rasa Pida bukanlah lurus sangat sampai bendul, tapi jenis yang mengikut arahan dan jenis skema sikit kalau buat kerja. Jenis berstruktur. Kalau baca arahan tu jenis yang baca satu-satu perkataan ikut baris. Ye la, dah terbiasa buat algoritma haha.

Orang yang lurus ni senang disuruh. Memang betul-betul menjunjung prinsip "Saya Yang Menurut Perintah" punya orang.


Kategori kesembilan  :  Vokal atau extrovert

Bukannya asyik menyanyi kerja dia, tapi jenis yang lantang bersuara. Kalau dalam mesyuarat dialah yang asyik tak puas hati itu ini. Komplen sana sini.

Sampai kita dah boleh agak, kalau ada apa-apa mesyuarat, gerenti dia bagi pendapat atau cadangan atau komen atau rasa tak puas hati. Memang gerentilah!

Tapi bagus jugak kalau ada staf yang berani bersuara. Kerana dengan adanya orang macam inilah keluhan yang selama ini tidak diendah, akan jadi minit dan disusuli tindakan. Kira hero juga orang yang vokal ni.


Kategori kesepuluh  :  Pendiam atau introvert

Kadang-kadang Pida bersifat pendiam. Keputusan daripada Inventori Personaliti Sidek yang Pida ambil baru-baru ini menunjukkan Pida jenis introvert. Pida agak bersetuju dengan keputusan ini.

Secara peribadi, Pida bukanlah jenis orang yang ekstrovert tetapi Pida bukan juga jenis yang sangat introvert sehingga tidak bersuara langsung. Pida bercakap hanya apabila perlu. Tapi Pida tetap punyai ramai kawan.

Orang yang pendiam ni memang agak sukar untuk ditelah hati budinya. Adakah dia diam sebab memang dia pendiam, atau adakah dia diam sebab dia tak suka bergaul (anti-sosial) atau adakah dia diam sebab dia ni nak spy kita.

Kadang-kadang jugak staf yang introvert ni tak ambik pusing langsung hal sekeliling. Dia buat hal dia je. Macam katak di bawah tempurung. Kalau ada kematian misalnya, dia akan tahu selepas arwah dah dikebumikan.



Kategori kesebelas  :  Baik

Kat ofis Pida ramai orang yang baik. Diorang ni memang jenis baik la senang cakap. Hormat sesama staf, tak pernah menyakitkan hati orang lain, suka menolong dan tak berkira kerja.

Orang macam ni memang mudah disayangi. Mana-mana pergi pun orang akan sayang. Kalau dia berpindah pun akan jadi kehilangan. Bertuah dapat kawan dengan orang yang baik. Moga-moga kau dan aku tergolong dalam orang yang baik-baik.



********************************************



Jadi begitulah sebelas kategori manusia hasil dapatan daripada pemerhatian Pida terhadap sifat dan perangai staf di tempat kerja Pida. Bukan nak tujukan pada sesiapa sebab Pida gambarkan secara umum sahaja. Namun itulah realitinya.

Sifat manusia memang pelbagai. Yang baik tu baguslah. Yang tak baik, harap-harap kita semua tidak termasuk dalam kelompok tersebut.

Tak rugi berbuat baik. Tak salah bertolak-ansur. Organisasi bagai sebuah kapal. Seorang nakhoda bertanggungjawab mengemudi kapal dan anak-anak buahnya agar sampai ke destinasi yang dituju dan tidak karam.

Semua anggota organisasi memainkan peranan yang sama penting. Yang membezakan cuma pangkat dan gred tetapi tanggungjawab yang digalas tetap sama iaitu memajukan organisasi.

Pida bertuah kerana dicampak ke organisasi sekarang. Kerana Pida dapat pengalaman yang sangat berharga di sini. Sama ada pahit atau manis, itulah yang mendewasakan Pida dan menjadi nilai tambah dalam pencarian Pida terhadap ilmu baru.

Selamat pagi Boss!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...