Thursday, July 27, 2017

Darmawisata Cherating III : Penyu Tidak Menangis Lagi

Salam penyu,

Dalam perjalanan pulang dari Kuala Kemaman ke Balok, kami singgah di satu tempat yang agak menarik jugak iaitu Pusat Konservasi Penyu yang terletak di Cherating.

Papan tanda yang menyambut ketibaan kami.

Boleh baca tentang pusat ini di batu penerangan ini. Pida pun tak baca. Malas la nak baca panjang-panjang. Suruh nia je baca lepas tu cerita kat Pida.

Inilah bangunan pusat konservasi ini. Macam rumah nenek aku aje.

Lanskap yang terdapat di hadapan pusat ini.

Masuk percuma. Tapi kalau hati kau meronta-ronta nak bayar sebab kaurasa takde benda percuma di Malaysia ni lagi, maka kau boleh la menyumbangkan sedikit wang yang ada dalam kocek kau tu ke dalam tong sumbangan yang disediakan.

Lukisan penyu seolah-olah mengucapkan selamat datang kepada kami.

Masuk-masuk je terus nampak menatang ni.

Dugong dan penyu agar. 

Tengok dugong ni teringat kat Si Tenang si anak dugong yang pernah menggemparkan negara suatu masa dahulu yang ditemui oleh seorang nelayan Johor. 

Nelayan tu jaga Si Tenang baikkk punya tapi ada pihak yang agak sengal mengarahkan agar Si Tenang dilepaskan semula ke laut dengan alasan kembali ke habitat semulajadinya. 

Namun, selepas 3 hari, Si Tenang ditemui mati di laut. Dan pada masa tu Pida pun ikut sama emo. Apatah lagi nelayan yang dah menganggap Si Tenang sebagai ahli keluarga sendiri. 

Baik, lupakan kisah tragis Si Tenang. Beginilah keadaan di dalam galeri ini.

Apa benda pulak yang diperatikan budak-budak ni?

Oh, rupanya adalah diorama saat-saat telur penyu menetas.


Ruang galeri yang kemas dan tidak terlalu besar. Pengunjung boleh menimba banyak ilmu tentang penyu; habitat, spesies dan banyak lagi.

Malas la nak tulis panjang-panjang. Aku ngantuk ni. Layan je la gegambar ni ye.

Ada juga pameran batu karang yang pelbagai rupa. 






Tu kau nampak tak tanda Keluar tu? Tanda tu memang suruh kau keluar. Sebab kat luar tu ada benda lagi dia nak tunjuk kat nko. Kau keluar sekarang!

Ini Pida berdiri di atas tangga sebaik kaki keluar. Waaaa.... rerupanya kawasan di luar ni memang luas la. Patutlah dia beria suruh nko keluar. Jom nengok apa yang ada.


Oh, di luar bangunan ni terdapat kolam yang dihuni oleh penyu. Mestilah penyu, takkan tiba-tiba dalam kolam ada beruk.

Yang dalam sangkar tu ialah anak-anak penyu yang baru menetas. Geletis je aku tengok anak penyu ni. Rasa nak telan aje buat maajun.

Di kolam yang lain pula, ditempatkan tuntung. Budak-budak sekarang mana tau tuntung. Diorang tau fidget spinner aje. Anak-anak Pida pun macam mmmm aje bila Pida tunjukkan ini ialah tuntung.

Tuntung ni Pida namakan Cumi dan Ciki sebab diorang comel dan nampak macam tengah fall in lerve. 
Geli dowh kepala tiba-tiba ada merah.

Tu makam siapa pulak?

Ooo, rupanya adalah kaca pameran penyu yang telah diawet.

Ada dia tulis tu tapi biasalah aku mana suka membaca.

Boleh juga kalau nak bergambar. Kau orang ni ingat mak nak ambik gambar paspot ke apa. 

Oit, mak suruh posing. Kau orang sibuk panggil kucing yang melepak kat atas tu.

Lepas dah habis pusing satu round, kami pun beransur pulang. Tapi rasa tak sedap pulak sebab masuk free. Dah biasa membayar ni bila dapat free eh kok canggung pulak. 

Maka Mumu keluarkan cash 15 juta dari kocek beliau dan memasukkan ke dalam tabung sumbangan yang disediakan. Itu untuk beli pampers dan mainan penyu-penyu di sini.

Eh sekali Mumu terperasan pulak ada jualan cenderamata. Maka dia pun memilih satu ekor penyu kaler oren sebagai tanda rindu-rinduan jadi kenangan hapuslah air matamu.

Setelah hampir sejam di sini, kami pun kembali ke penginapan kami di Samsuria Resort tu. 

Sejak itu, kami tidak memakan penyu lagi.

Kami menang moto.


No comments:

Post a Comment

Oh, tak sangka ada yang sudi komen... terima kasih!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...