Thursday, December 22, 2011

Antara klinik kerajaan dan klinik swasta

Salam semua,

Tajuk kali ini ala-ala polemik sikit. Bukan apa, sekarang ni sibuk dengan Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) *oh ye, Pida dah sain setuju terima SBPA*.

Seperti yang ramai dah maklum terutamanya staf gomen macam Pida ni, salah satu faktor menarik yang ditawarkan oleh SBPA ialah anjakan mata gaji yang agak tinggi juga jika dibandingkan dengan SSM.

Jadi, apa kaitan tajuk entry ni dengan SBPA? Wallaweh, takde kaitan, saja je tulis. Eh, ada... ada kaitan sebenarnya. Pida nak bagi satu situasi di mana apabila gaji sudah meningkat, adakah mutu perkhidmatan turut terangkat?

Pida nak kongsi pengalaman Pida berurusan dengan sebuah entiti dalam agensi kerajaan - Klinik Kesihatan Ibu Dan Anak (KKIA) di tempat Pida.

Anak pertama dan kedua Pida dilahirkan di hospital kerajaan. Layanan memuaskan, doktor dan jururawat pada masa tu baik dan amat membantu. *Thanks y'all!

Apabila tiba waktu temujanji di KKIA untuk rawatan bulanan anak, masa nilah Pida rasa nak menjerit. Sebab :

1)   Orang ramai giler. Pukul 7 pagi tu kadang-kadang dah ada orang beratur nak rebut giliran awal. Pida pun selalu juga datang seawal 7.30 pagi, dapat giliran 20 ke atas huhu...

2)   Proses pemeriksaan terlalu panjang. Nak tunggu giliran dipanggil pun lebih setengah jam, tu baru nak timbang anak, kena bukak lampin, baju segala, kasi bogel budak tu. Pastu kena pakaikan semula *oh, sungguh leceh nak menyalinkan anak di tempat awam yang orangnya ramai.

Diaper ni harus ditanggalkan sebelum baby ditimbang.


3)   Lepas timbang, kena tunggu lagi sehingga nurse panggil untuk masuk ke bilik seterusnya. Kali ni nak periksa perkembangan anak, dah pandai apa, dah pandai mintak adik lagi ke belum... Pastu keluar balik dan tunggu.

Saya dah pandai hisap ibu jari kaki, nurse!


4)   Dah lah tempat menunggu sesak, kipas tu rasa macam menabur angin panas je. Orang semua panas. Panas... panas... Pasni kena tunggu nurse panggil masuk ke bilik seterusnya untuk cucuk anak.

Huh.... gitu gini gitu gini habis 3 jam aku! Balik ofis buat keje macam biasa tapi masih rasa penat.

Pengalaman di atas telah Pida harungi untuk anak pertama dan kedua. Itu pengalaman buat pemeriksaan anak, belum cerita tentang pemeriksaan semasa mengandung. Lagi penat kau! Dahlah mengandung, kena jalan kulu kilir sebab proses rawatan dibuat di tempat yang berbeza. Timbang berat kat sini, ambik darah kat situ, periksa air kencing kat sinun, pastu balik semula ke tempat asal masuk bilik doktor. Another 3 hours!

Haha! Itu adalah pengalaman. Tapi pengalaman itu membuatkan Pida berasa tidak mahu lagi menempuh seksa penantian seperti itu lagi!

Untuk anak ketiga, Pida mula beralih membuat rawatan di hospital swasta di tempat Pida. Hospital ni menjadi pilihan sebab ia merupakan pusat rawatan Islam.

Sepanjang mengandung, Pida jumpa doktor swasta ni setiap bulan. Bil memang mahal, setiap kali rawatan tak kurang daripada RM150. Doktor bagi vitamin yang mahal sikit la, yang 5-dalam-1 terus... teringat pulak kat klinik kerajaan kena makan 4 jenis vitamin.

Proses rawatan di hospital swasta lebih teratur dan selesa. Pemeriksaan timbang dan urine dibuat di tempat yang sama, jadi takdelah buang masa sangat ke sana ke sini. Masa jumpa doktor paling best sebab doktor akan buat imbasan ultrasound. Rasa seronok sangat tengok baby dalam perut.

Gambar imbasan ultrasound Sufi


Tapi ada juga yang tak best. Kadang-kadang ada suami yang ikut bini buat pemeriksaan ni macam tak faham pulak dengan keperluan perempuan hamil yang perlu duduk. Dengan selambanya suami penyayang tapi tak prihatin ni duduk kat kerusi yang sebenarnya disediakan khas untuk ibu mengandung sambil mengulit bini. Aduh... eyesore la wei! *Ini masalah sikap. Pida siap cakap dengan suami, "Abang tak payah ikut la, sempit la..."

Buat pemeriksaan di hospital swasta hanya memakan masa selama 1-1 jam setengah, bergantung pada bilangan mangsa buatan orang yang datang pada hari tersebut.

Bila tiba masa bersalin, Pida dimasukkan ke labour room. Wah! Labour room ke bilik tidur ni? Cantik dan cosy sungguh. Rasa selesa sangat. Pida tak nampak pun peralatan gunting pisau bagai dan ini membuatkan Pida rasa lebih tenang dan tidak gementar.

Doktor yang menyambut baby tu pun masya Allah mesra dan lembutnya... memang rasa istimewa sangat layanan yang diberi sebagai pesakit. Ya... kita mesti berasa tenang ketika melalui proses bersalin, kalau kena tengking mau termasuk balik budak tu karang. ♥Terima kasih Dr. Khamsiah dan Dr. Anita♥

Gambar ini dirakam beberapa minit selepas Sufi dilahirkan. Kalau di GH boleh ambil gambar seperti inikah? Sorry, I don't think so ;P


Bayaran yang dikenakan - RM1,500++.

Untuk rawatan bulanan anak pula, kali ini Pida memilih untuk melakukannya di klinik panel suami. Oh suami, nasib baik u kerja swasta, dapatlah kita anak-beranak faedah perubatan dan insuran! ♥TQ♥




Jadi, itulah pengalaman berharga Pida menjadi pelanggan di klinik kerajaan dan klinik swasta. Boleh nampak perbezaannya kan? Sebenarnya Pida takde masalah atau pengalaman pahit di hospital/klinik kerajaan, cuma dari segi proses kerja tu Pida lihat sangat lama dan meleret-leret. Layanan di hospital kerajaan baik dan Pida tak pernah kena marah sebab Pida ni baik hahaha.

Pada pendapat Pida, kalau kita ada duit dan berkemampuan tu, pergilah ke hospital swasta. Biarlah mereka yang kurang berkemampuan mendapatkan rawatan percuma atau bayaran yang minimum di hospital kerajaan. Perkhidmatan di hospital kerajaan sebenarnya sudah semakin baik. Cuma kadang-kadang bila kita dengar layanan buruk tu, pada Pida itu masalah sikap.

Semoga selepas ini mutu perkhidmatan kakitangan hospital kerajaan akan lebih berada di tahap yang boleh dibanggakan, lebih-lebih lagi gaji naik kan? Kalau tak, penatlah DS Najib melaung Transformasi, Transformasi tak habis-habis.

Pida orang kerajaan. Pida tak akan menghentam kerajaan sesuka hati. Tapi Pida ada pilihan, dan pilihan itu berada di tangan Pida. *Sebab lepas ni jika ada rezeki lagi, insya Allah Pida akan teruskan mendapatkan khidmat rawatan di hospital swasta.

ps : Pida berkhidmat untuk negara.

8 comments:

  1. hye pida!

    berkenaan susu segar yang pida tanya, UPM tak pernah advertise pun utk jual susu lembu fresh ni atas sebab-sebab tertentu..

    tapi dari pemerhatian iyou, ada jer pelanggan tetap yang datang beli. cuma iyou tak berapa pasti procedure pembelian macam mana. TAPI takpe, untuk pida iyou akan usahakan! nanti kalau iyou dah dapat info pasal susu segar ni, iyou inform pida cepat-cepat yer!

    btw, untuk lain-lain hasil ternakan/pertanian memang dijual kepada orang awam. kalau berminat, boleh datang terus ke PUSAT JUALAN UPM. (berdekatan dengan stadium UPM)

    ReplyDelete
  2. Jangan lupa kengkawan, sedara mara dan adik beradik juga sahabat handai. PRU13 ni kita pangkah Pida.....

    ReplyDelete
  3. hahaha! tak memasal Pida jadi calon PRU.

    ReplyDelete
  4. yuppp!sy sokong dgn entry ni Pida sbb sy dh lalui pengalaman yg hampir sama dgn Cik Pida. Nice entry :)

    ReplyDelete
  5. azira, terima kasih ;)

    ReplyDelete
  6. betul tu, masalah sikap sebenarnya some nurse n doc ni... kalau kat private baik2 ajer... hie

    ReplyDelete

Oh, tak sangka ada yang sudi komen... terima kasih!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...