Sunday, December 11, 2011

Sang rembulan yang gerhana

Malam tadi Pida bertuah kerana dapat menyaksikan detik-detik awal fenomena gerhana bulan. (sebenarnya tak dapat pun saksikan gerhana penuh) Pida dah bersiap-sedia sejak pukul 7.31 malam lagi tetapi sang rembulan masih bersembunyi di balik awan tebal kerana hujan yang lebat pada petangnya.

Pida setia menunggu sang rembulan. Pida yakin sang rembulan akan muncul jua. Ya! Akhirnya si jelita itu menampakkan dirinya kira-kira pukul 8 malam.

Subhanallah! Bulan sungguh terang malam ini. Pida tak tunggu lagi, Pida terus rakam gambar yang menunjukkan bulan yang dilindungi awan malam tadi. Gambar disusun mengikut kronologi.

Bulan sungguh besar dan terang. Serius cantik.

Ini gambar setakat jam 8.15 malam. Selepas itu langit terus gelap.

Tidurlah lena wahai sang bulan!

3 comments:

  1. wah... pakai apa nie?? DSLR ke?? Saya pakai hp, tak dpt capture cahaya bulan tu. Nampak gelap jek...

    ReplyDelete
  2. Firus, saya guna D3100 kitlens. Sayang bulan cuma dapat dilihat sehingga pukul 8.15 malam je. tapi bulan masa tu terang sangat.

    ReplyDelete

Oh, tak sangka ada yang sudi komen... terima kasih!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...