Friday, October 19, 2012

Mesej PM mentel daripada budak mentel

Salam mentel,

Beberapa hari yang lalu Pida dapat PM (private message) di Facebook Pida. Bukan orang lain pun yang kasi mesej tu, suku sakat Pida jugak. Kira bau-bau stokin la Pida dengan dia.

Dia tulis mesej tu macam ni :

"Salam Kak Pida. Apew kbr? Nk tny, bf kiter mcm tk chayunk kt kiter ag arr... Nk wt camner hek? Mmuahh.. chayunk kak pida ktart-ktart!"

Yang pertamanya Kak Pida nak ucapkan terima kasih la kepada engkau sebab sudi bagi aku mesej macam tu. Macam jahanam aku membacanya. Terketar-ketar tau tak? Roshak bahasheww chelakew.

Yang keduanya, Kak Pida nak bagitau satu perkara kat engkau. "Lau ko tls camniey ag kt aq, aq bakor uma kau."

Yang ketiga, Kak Pida nak tanya, apahal dengan boifren ko tu? Dia tu bodoh ke macam mana? Eeii... Kak Pida tak paham la citer ko ni. Tetiba kau bagi Kak Pida pernyataan masalah. Mana abstrak ko? Kak Pida nak dalam dwibahasa, boley?

Oklah, memandangkan ko ni remaja bawah umur kan, lesen motor pun tak layak lagi mohon kan... apa kata ko dengar nasihat Kak Pida. Kak Pida ni dah makan garam terlebih dulu daripada ko. Garam bukit tau, bukan garam laut.

Pasal boifren ko tu kan, agak-agak kenapa 'ek dia tak sayangkan ko lagi? Eh, Kak Pida lupa la nak tanya umur boifren ko tu berapa? Kalau sebaya, ahhh biasalah mesti la dia dah jumpa cikaro yang lebih gempak daripada engkau. Engkau tu apa ada, dahlah pendek, takde lesung pipit pulak tu.

Kalau boifren ko tu umur 20 tahun ke atas atau dah kerja, ahhh biasalah mesti la dia dah jumpa cikaro yang lebih gempak daripada engkau. Engkau tu apa ada, dahlah pendek, takde lesung pipit pulak tu.

Kalau boifren ko tu umur 30 tahun  ke atas atau dah jadi laki orang, ahhh biasalah mesti la dia dah jumpa cikaro yang lebih gempak daripada engkau. Engkau tu apa ada, dahlah pendek, takde lesung pipit pulak tu.

Ha... puas hati dengan jawapan Kak Pida? Ke ko nak unfriend aku lepas ni? Cayunk ko ktart-ktart! HAHAHAHA.


11 comments:

  1. blogwalking...

    bahasa SMS/PM skrg mmg sangat teruk ejaannya. sampai ada masanya terkial2 nak faham pe ke benda ya ditulis...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Anony,

      Pida setuju dengan kau. Tapi yang sedihnya DBP pun tak proaktif.

      Anyway TQ very much Anony! Datang lagi tau ;)

      Delete
  2. Suka baca blog pida, pg2 dah tersengih sorang2 kt ofis cam bunga kembang semangkuk..lawak3

    ReplyDelete
  3. Apa2 pn salam perkenalan dari sy

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amy Khairul, terima kasih banyak-banyak. Pida amat hargai.

      Mampir lagi yuk! ;)

      Delete
  4. Replies
    1. Uncle,

      Mentel tu istilah orang Johor. 'Men' - seperti menyebut 'E'pal dan 'Tel' juga seperti menyebut 'E'pal.

      Maknanya mengada-ngada, gedik gitu!

      Hihihi. ---> Ha ni gelak mentel la ni.

      Delete
  5. wahahah apa punye nasihat daa....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu bukan nasihat... Itu marah!

      Delete
  6. eee....gelinyee..sape yg bg 2 dut..cer citer cer citer...ahaha..ak dh kepochi...

    ReplyDelete

Oh, tak sangka ada yang sudi komen... terima kasih!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...