Salam perak man,
Sebut Perak Man je mesti kau dah terbayang sesuatu kan? Yeszaaa...!!!!
Selepas berjaya menteramkan Muhaimin yang mengaruk-ngaruk di dalam kereta sekembalinya dari melawat Galeri Sultan Azlan Shah, kami meneruskan aktiviti jalan-jalan cari jantan di lokasi seterusnya.
Hey! U kata ai gedik? Memang ai gi jalan-jalan carik jantan hokay. U nak tau ai carik jantan tu di mana?
|
Di sini! Di Galeri Arkeologi Lembah Lenggong. Jarak dari Kuala Kangsar ialah 30 kilometrico. |
|
Di dalam galeri ini tinggal seorang jejaka yang dikenali sebagai Perak Man. Yang tak tau Perak Man tu, sila Alta Vista atau Yahoo ye. *Buat adik-adik Gen-y dan gen-z, Alta Vista tu dulu enjin carian yang utama dan popular dalam tahun 1995, macam google sekarang ni. Ada paham? |
|
Perak Boys. |
|
Di bahagian luar galeri, banyak terpampang bunting promosi tentang Perak Man ini. Tidak dinafikan, Perak Man adalah tarikan utama pengunjung untuk ke galeri ini. Kalau bukan kerana beliau, Pida percaya takde sesiapa yang nak pergi ke sini kecuali mereka yang betul-betul nak buat kajian tentang arkeologi.
Jadi terima kasihlah kepada pihak yang membawa Perak Man kembali ke Lenggong ini. Sekurang-kurangnya kepulangan Perak Man dapat meletakkan daerah ini di peta pelancongan dan meningkatkan ekonomi negara khususnya kepada sektor pelancongan negeri Perak. Perghhh cakap tak nak kalah aku ni.
|
|
Perak Man diangkat sebagai Warisan Kebangsaan oleh kerajaan Malaysia melalui Jabatan Warisan Negara. |
|
Haa! Nampak tak? Itulah Perak Man. Tu! Tu! Yang kat dalam tu! Ok takpe, kitazoomjiked. |
|
Inilah dia rangka asal Perak Man. Ori ye, bukan replika gred AAA tau. |
|
Kalau dia suruh Pida susun balik puzzle ni jadi rangka yang betul, memang sah-sah aku kecundang. Sebab, Pida ni memang lemah sikit main jigsaw puzzle. Lagipun aku ni failed sikit bab-bab anatomi ni. Kang aku susun kepala ke bawah. |
|
Diceritakan di sini bagaimana Perak Man dikebumikan pada masa itu. Tiada kafan, tiada talkin, yang ada hanyalah haiwan-haiwan yang dijadikan 'bekalan' untuk Perak Man. |
|
Lelaki dalam gambar di atas ini bukanlah jelmaan Perak Man, sebaliknya beliau melakonkan semula kedudukan Perak Man ketika dikebumikan. Kira lenguh jugak Perak Man dalam keadaan begitu kan? Eh tapi kan masa tu dia dah mati. |
|
Macam tulah gamaknya Perak Man ditanam selepas kematiannya dulu. |
|
Yang ni best. Tengok, Perak Man pun ada MyKad tau. Kellas kau! Oh ye, hasil 'bedah siasat' dan siasatan pakar geologi mendapati Perak Man dikatakan mempunyai kecacatan di bahagian tangan (lemah atau atrophied) dan satu jari yang cacat. Macam yang digambarkan di atas inilah. Penemuan yang menarik kan? |
|
Pida nak kongsikan proses pencalonan tapak warisan dunia Unesco. Oleh sebab Perak Man ini dijumpai di tanah tumpah darahnya iaitu daerah Lenggong, maka Tapak Arkeologi Lembah Lenggong telah diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO sebaris dengan Taman Negara Mulu, Taman Negara Kinabalu, Georgtown dan Melaka. Jadi orang-orang Lenggong, silalah berbangga! |
|
Pemandangan di dalam galeri ini. |
|
Pemandangan dari atas. Yang kau nampak rangka tu bukannya Perak Man, tapi hanyalah replika. |
|
Ini pula waris-waris Perak Man yang masih belum dikenal pasti kesahihannya. Kerana mereka enggan memberikan bukti-bukti DNA. |
Demikianlah lawatan singkat Pida ke Galeri Arkeologi ini. Lepaslah hajat nak berjumpa dengan Perak Man yang masyhur ini. Bawaklah anak-anak ke sini, ia sangat bagus dan bermanfaat untuk mencari susur-galur tamadun manusia khususnya di Tanah Melayu ini.
Ok, Pida nak teruskan perjalanan!
Episod I - Masjid Ubudiah
Episod II - Galeri Sultan Azlan Shah
No comments:
Post a Comment
Oh, tak sangka ada yang sudi komen... terima kasih!