Tuesday, April 10, 2012

Guru Afghanistan cekal

Salam Afghanistan,

Melihat gambar-gambar di bawah, kita akan melihat semangat dan kecekalan guru dari Afghanistan mengikuti kursus selama 3 bulan dalam bidang bahasa inggeris dan pendidikan Islam.

Mereka adalah guru dan pensyarah yang dipilih khas untuk melanjutkan pengajian di Malaysia di bawah program kerjasama antara Malaysia-Australia-Afghanistan.

Memandangkan kadar celik huruf dan peluang pendidikan yang sangat rendah di sana, dan juga atas faktor kemelut ketidakstabilan politik, maka kepulangan mereka nanti akan membawa sinar baru bagi rakyat mereka sendiri untuk menikmati pendidikan yang lebih berkualiti; seterusnya meningkatkan taraf hidup mereka.

Kau tengok... orang yang kemudahan belajarnya terhad, berkobar-kobar nak belajar. Kita? Suruh bayar balik PTPTN pun susah hihihi... ok.. ujrah? Haha sorry Pida tak campur (Pida dulu biasiswa JPA kekeke).























Ada jugak Pida terjumpa satu PC, guru Afghanistan ni letak gambar anak-anak sebagai wallpaper. Ye, Pida memang rasa sedih. Pun begitu, aku tetap tukar balik ke wallpaper default sebab pc tu Hak Kerajaan Malaysia der...

Apa pun, mereka nampak bersemangat sekali menuntut ilmu di tempat kita. Pida yakin mereka berazam untuk mengubah nasib diri dan keluarga mereka di tanah air.

Kha kismet darta ghowaram!

2 comments:

  1. Dan rasanya guru-guru ini apabila balik ke Afhanistan, mereka akan mengajar di khemah-khemah kerana rumah mereka banyak yang musnah dalam peperangan yang tiada pernah hentinya.

    Sungguh sedih mengenangkan saudara-saudara kita di Afhanistan ini, namun mereka bangsa yang tidak pernah mengalah kepada musuh.

    Di tangan mereka tersunggurnya kerajaan Soviet Union dan kini USA akan mengikut jejak yang sama

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mat Som,

      Betul tu. Bila tengok diorang kan, Pida rasa diorang ni memang kuat semangat sangat, despite the agony and plight.

      Afghan memang bangsa yang kuat sebenarnya.

      Delete

Oh, tak sangka ada yang sudi komen... terima kasih!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...