Salam terik,
Pada hari Ahad baru-baru ini, Pida meluangkan masa untuk berkunjung ke Kapreza UKM 2012 di Kolej Za'ba.
Aqil wakil tadika dia masuk pertandingan Kid Talent Show. Kau jangan tak tau, Aqil ni memang talented budaknya. Kalau dia menari tu, terbeliak jugak la mata tengok bontot dia bergelek. Ntah bila masa dia belajar dengan Inul pun aku tak tau. Tau-tau dia dah pandai goyang gerudi.
|
Aqil dan pasukan tariannya sedang menunggu giliran untuk mempersembahkan tarian mereka. Dua minggu jalani latihan intensif. Harap-harap menang la anak aku. |
|
Sufi tak masuk apa-apa acara sebab dia kategori bawah umur. |
Si Rania pulak masuk pertandingan mewarna untuk kategori umur 7 hingga 12 tahun.
|
Rania dan peserta lain sedang mengaler lukisan. Masing-masing tak nak kalah, nak rebut hadiah hamper yang ditawarkan. Kau nampak tak pencil case Nia tu? Itu Pida punya masa Pida sekolah tingkatan 5 kira-kira 17 tahun yang lalu. Elok lagi sampai dapat diperturunkan kepada anak. Jimat kan Pida? Ke kedekut? |
|
Inilah hamper yang menjadi rebutan dan dambaan peserta termasuk Rania. Ada Ribena kau! |
|
Rania tekun mewarna lukisan kartun Oolat Oolit iaitu siri kartun 3D yang disiarkan di TV1. |
|
Rania bergambar bersama hasil warnaannya di samping bunting OOlat OOlit sebelum dihantar kepada juri profesional. Mintak-mintak la anak aku menang. |
|
Yes! Horee! Anak aku menang! Hoi orang kampung! Anak aku menang lawan mewarna! |
|
Dah, dah... Kau tak payah nak mengumpat belakang aku pulak. Nia menang saguhati je. Bukan nombor satu pon. Oklah tu daripada tak menang langsung... Tapi hadiah tu cepat-cepat disambar oleh Aqil sebab dia nampak ada tanah liat. Dia tu memang suka main tanah liat. |
|
Paling dia suka buat siput. Gentel gentel gentel, gulung gulung gulung, jadilah siput babi. Paling
tak boleh blah dia suka buat banyak-banyak pastu dia susun kat depan
tv, geli aku nengok. Lepas tu datang si Sufi penyekkan satu-satu. Apa
lagi, gaduhlah budak berdua tu. Gaduh bukan takat jelir-jelir lidah,
tapi sampai dah guna kaki buat flying kick. Last-last dua-dua melalak
lepas kena jotos dengan aku. |
|
Selain acara Pertandingan Mewarna dan Bakat Kanak-Kanak, ada juga acara melukis graffti yang disertai oleh ramai anak muda berbakat. Serius diorang memang kreatif dan cool. |
|
Perghhh... cool siot! |
Sementara menunggu keputusan pertandingan Aqil, kitorang beralih ke tempat kuda. Aqil nak naik kuda!
|
Bertuah la Aqil tu kalau dia berani naik kuda. Dia tu nampak je gangster, tapi sebenarnya penakut. Suruh naik atas ambik Muqaddam pun takut kena kejar hantu. Rania good girl. Very the brave la this girl. Pakai helmet saiz orang dewasa, tu yang nampak macam tak konfiden je. Bayaran yang dikenakan ialah RM3 seorang. Murah sangat la tu kalau nak dibandingkan dengan modal kau nak beli kuda sendiri. |
|
"Mak, kenapa Nia rasa berdebar je naik kuda ni?" Oh, sebab abang hensem tu mengiringi kau macam puteri raja kan? |
Akhirnya tibalah masanya pemenang diumumkan. Tapi pengumuman pemenang tu salah. Nama sekolah tak tele dengan nama tarian. Teacher dan parents pun terpinga-pinga jugak. Patutnya yang dapat nombor corot tu persembahan Aqil, tapi tadika lain pulak yang naik sebab nama tadika dia yang diumumkan. Aiseymen... Rugi satu hamper.
Akhirnya majlis pun selesai dan kami semua balik ke rumah. Sampai di rumah, bukak hadiah.
|
Inilah hadiah Rania. Satu set alat tulis yang comel. Gunting tu comel lote kan? Geram rasa nak gunting rambut sendiri je. |
|
Ini pulak tanah liat. Kau tengok la tu, Aqil dah buat kepala kartun. Nak kata itik, macam angsa. Nak kata cipan, macam tenuk. Ah, sukati ko la Aqil. |
|
Ini yang dah siap. Terpaksa sendengkan sebab dia tak stabil, tak boleh berdiri tegak. Apa la ko ni Aqil. |
|
Ini pulak adalah majalah keluaran lepas yang kami dapat secara percuma. Terima kasih mahasiswa dan mahasiswi Kapreza. Korang memang hebat kerana berjaya menganjurkan acara besar cenggini.Terima kasih juga kepada penaja acara iaitu VisualXtreme Sdn. Bhd. Tahun depan jumpa lagi! |
|
Mak, nak etet. |
Suka lukisan besau-besau tu lah....!
ReplyDelete(etet. tu hapa? haha!)
Uncle pun pandai lukis graffiti kan?
ReplyDeleteWell, etet tu... ntah tanya Sufi.