Sunday, April 15, 2012

Kau suka warna apa?

Salam warna,

Kita hidup di dunia yang penuh dengan warna. Dunia warna-warni yang penuh ceria. Cuba kaubayangkan kalau persekitaran kita ni cuma hitam putih je macam cerita tv dulu-dulu? Ceria tak ceria? Tentulah tidak, bosan ada.

Apa pulak kaitan warna dengan personaliti atau sikap kita? Haa... di sini Pida akan membentangkan satu hasil kajian yang telah Pida lakukan selama 30 tahun di Universiti Of Kaler Luna di benua Afrika meneliti kaitan antara warna kegemaran dengan perangai manusia.
 


MERAH

Kalau kausuka warna merah, maknanya kau ni seorang yang gagah. Betul ke? Pida rasa macam tak betul je. Menggemari  warna merah bermakna kau seorang yang gembeng atau cengeng. Sikit-sikit nangis, tak boleh sentap sikit, nangis. Nangis sampai merah-merah mata kau. Tersedu-sedan sampai merah-merah hidung kau. Part keluar hingus tu yang tak boleh blah tu.


Ada beberapa cara untuk menyembunyikan mata yang merah akibat menangis daripada disedari orang. Antaranya ialah menutup sebelah mata dengan penutup tin susu. Sebelah lagi biar terbukak supaya nampak jalan. Sebab kalau kaututup dua-dua belah, kau nak tengok macam mana? Nanti terlanggar orang, tak pasal-pasal kau kena luku dengan siku. Nak?



KUNING

Kalau kausuka warna kuning, maknanya kau ni suka terpengaruh dengan budaya kuning. Tau budaya kuning? Ialah budaya di mana seseorang artis kebudayaan itu memakai pakaian tarian berwarna kuning ketika mempersembahkan tarian di pentas sekolah rendah ketika hari penyampaian hadiah. Ataupun masa kecik-kecik dulu kau pernah kena demam kuning atau dalam bahasa saintifiksyennya jaundice.


Tidur menonggeng tidak harus sama sekali dikaitkan dengan aktiviti songsang. Ia hanyalah satu kaedah semulajadi untuk mengeluarkan cacing pita dan cacing kerawit yang tidak boleh dihapuskan oleh ubat cacing jenama Combantrin atau Zentel (bangsa cacing degil). Eh, citer pasal warna kan? Budak ni tidur pakai baju kuning. Boleh?




BIRU

Kalau kausuka warna biru, maknanya kau ni seorang pekerja kolar biru. Ataupun setiap pakaian kau mesti kena taruk nila. Waima seluar kecik pun harus kaunila sebab kau memang pencinta warna biru. Mungkin juga kau ada kenangan tersepit ibu jari di pintu bilik room mate kau ketika kau mengendap dia menyalin tuala sampai biru birat jari kau tu. Kau juga suka makan kek blueberry.

Masa sekolah dulu Pida pasukan biru. Asyik kalah memanjang. Bila Pida tukar rumah sukan, biru juara. Hah, jangan ada yang kata aku bawak sial pulak.


Pasukan ini nampak gagah dalam jersi biru. Tapi pehal yang sorang tu tetiba je oren? Apa istimewanya dia sehingga dia boleh berlagak ganjil daripada rakan-rakannya yang lain? Oh, mungkin dia tersalah sarung. (Well, dia goal-keeper tapi Pida tak kenal nama dia).




HIJAU

Kalau kausuka warna hijau, maknanya kau ni seorang yang berjiwa kental bukan berjiwa kentang. Sengaja Pida kaitkan warna hijau dengan semangat kental seperti tentera. Kan askar pakai baju celoreng kaler hijau. Ada pernah kaunampak uniform combat kaler pink? Penggemar warna hijau juga mempunyai sifat yang baik iaitu cintakan tumbuh-tumbuhan dan gemar bercucuk tanam seperti menanam tebu di tepi bibir dan menuang air ke daun keladi.


Budak ini peminat warna hijau. Dia bercita-cita untuk menjadi askar combat. Dia suka makan sayuran hijau. Tapi mak dia selalu bagi makan carrot.



HITAM

Kalau kausuka warna hitam, maknanya kau ni ada sedikit sifat antagonis di dalam diri kau. Kau juga seorang yang tidak suka memblondekan rambut kau ke warna lain selain hitam kerana kau malas nak dengar leteran mak kau. Makanan kegemaran kau semestinya bubur pulut hitam yang tidak ditambah santan kerana kau tidak suka bubur pulut hitam kau itu bertukar warna menjadi maroon.


Mungkin sejarah hitam lampau yang menghantui dirinya telah menjadikan dia lebih berhati-hati menghadapi hari muka walaupun ketika sedang menyiram pokok bunga.



PUTIH

Kalau kausuka warna putih, maknanya kau ni seorang yang masih suci pemikiran. Mungkin rancangan tv kegemaran kau hanyalah Sesame Street atau AgroTek, dan kau kurang gemar menonton program hiburan ultra seperti Akademi Fantasia. Lagha, kata kau. Pakaian kau juga sentiasa putih sehingga kauterlupa untuk menila pakaian kau itu seterusnya menukarkan warnanya menjadi kuning akibat karat air.

Jangan terkejut jika terserempak dengan budak kecik main buai pakai baju putih melepak. Baju tu baju baru... baru basuh.


PINK / MERAH JAMBU

Kalau kausuka warna pink, maknanya kau ni berjiwa keanak-anakan atau remaja di bawah 15 tahun atau baru baligh. Biasanya orang yang suka pink ni akan memastikan semua barang miliknya berwarna pink termasuklah senduk kayu mak kau juga kaucatkan dengan warna pink. Kau hanya makan dan minum yang berasaskan strawberry sahaja dan kau juga menyimpan beratus-ratus cd Pink Panther.

Jadi pengacara majlis pun haruslah memakai pink siap dengan tiara pink juga. Kenapa mikrofon tu tak kalerkan pink jugak?

OREN

Kalau kausuka warna oren, maknanya kau seorang yang sukakan sesuatu yang terang dan jelas. Contohnya apabila orang bagi arahan pada kau, kau hanya akan laksanakan arahan tu jika ia jelas. "Pida, tolong ambik anak aku dari sekolah eh?" Mampuslah aku tak ambik anak kau sebab kau tak bagitau bila, di mana... yang aku ni pun satu... tanyalah kat kawan tu.


KELABU

Kalau kausuka warna kelabu, maknanya kau tidak suka hitam dan kau juga tidak suka putih. Kaugabungkan kedua-dua warna tersebut menjadi warna kelabu. Ini bermakna, sifat kau bercampur antara baik dengan tak baik. Kadang-kadang kauhulur jugak singgit dua kat tabung masjid, tetapi kadang-kadang jugak kaurembat balik duit tabung masjid yang kaubagi tadi. Sekali aku bambu kau, baru kau tau.



UNGU

Kalau kausuka warna ungu (dulu Pida sebut warna kundang) - bukan 'unggu', maknanya kau seorang yang syahdu. Dahlah jiwang tangkap leleh, pastu asyik layan lagu Eddie Hamid je... iiisyy... pening kepala aku. Lagi satu, orang yang suka warna ungu ni adalah tergolong dalam kategori lemah lembut. Ha ye la tu.


WARNA-WARNI

Kalau kausuka warna-warni, maknanya kausuka semua warna yang ada kat dunia ni. Kau memang dilahirkan sebagai seorang yang kusut. Semua personaliti kausauk. Kautonton semua rancangan dari WWF SmackDown, Mentor sampailah 30 Minit Bersama Ustaz Don.


*Pida tak sempat nak kaji warna turquoise, cyan, magenta, maroon, fuchsia dan velvet, sebab zaman Pida dulu takde kaler-kaler ni. Nak nyebut pun tak reti. Aku tau itam, putih, merah, biru dan kelabu taik anjing. Dah tu je.

5 comments:

  1. okeh.. saya mengaku saya pilih - warna-warni

    ReplyDelete
  2. Yatie, saya pun suka warna-warni jugak! ;)

    ReplyDelete
  3. baju saya atas tu warna pink la..apasal letak kat warna merah?

    ReplyDelete
  4. baju saya atas tu warna pink la..apasal letak kat warna merah?

    ReplyDelete
  5. apasal ko komen dua kali? lempang nak?

    ReplyDelete

Oh, tak sangka ada yang sudi komen... terima kasih!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...