Monday, April 2, 2012

Restoran D'Tasik Uniten - Saksi Birthday Celebration

Salam celebration,

Sempena hari lahir mak pada 25 Mac yang lalu, Pida dan adik-adik telah membawa mak dan ab ke satu tempat yang istimewa sekali iaitu Restoran D'Tasik.

Soalan     :   Di manakah terletaknya Restoran D'Tasik ini?

Jawapan  :   Restoran D'Tasik terletak di Hotel Residence, Kajang.

Soalan     :   Hotel Residence? Di mana ye?

Jawapan  :   Ia terletak di Uniten Kajang.

Soalan     :   Uniten? Apakah itu?

Jawapan  :   Uniten adalah akronim kepada Universiti Tenaga Nasional.

Soalan     :   Oh, jadi di manakah Restoran D'Tasik itu?

Jawapan  :   Kau google boleh tak?!







Kami sampai di restoran tersebut pada pukul 8.30 malam. Masa tu belum ramai pelanggan. Kami duduk di tepi tasik untuk menikmati pemandangan indah dan damai.







Kitorang borak-borak parti mana nak pangkah masa PRU nanti sebelum pelayan membawa menu. Tapi bila menu dah sampai pun kitorang masih lagi bincang sama ada nak keluar mengundi atau tidak masa PRU nanti.



Sambil tunggu makanan sampai, kami menjamu mata dulu melihat pemandangan indah dari meja kami. Itu bangunan Hotel Residence yang terletak di hadapan tasik.


Tak lama kemudian, air yang dipesan tiba dahulu.


Air buah naga RM7.50.



Air campuran durian belanda dan peach. RM6.50.



Air D'Kayangan. Aiseyman, Pida lupa la campuran dia. Harga dia RM6.50.




Jus Epal.






Mak dan ab minum teh cina Melayu buat. Satu lagi tu air apa 'ek Pida lupa la.



Apa yang paling Pida suka di Restoran d'Tasik ni ialah persembahan kumpulan muzik ala-Mariachi yang bergerak dari satu meja ke satu meja untuk menyanyikan lagu pilihan kita. Pida memang tunggu sangat kedatangan pemuzik ni ke meja kami.





Inilah kumpulan muzik ala-mariachi tu. Sementara menunggu makanan yang dipesan sampai, kami pun dihiburkan oleh mereka. Secara asasnya, peralatan mereka terdiri daripada instrumen percussion iaitu gitar akustik, conga, dram dan double half-moon tambourine. Gitar tu pulak ada yang berfungsi sebagai akustik bass dan solo.




Mula-mula, kami mintak lagu Happy Birthday khas untuk birthday girl yang diraikan iaitu mak. Lagu ni dinyanyikan dalam irama rancak. Kitorang tepuk tangan sebab gembira (♪kalau anda gembira tepuk tangan♪). Rania buat head-banging sebab terlebih gembira (over-dosed).




Sebagai pencinta muzik tegar, Pida tak melepaskan peluang bergambar dengan ahli-ahli mujik ni. Masa ni diorang menyanyikan lagu Hari Ini Dan Semalam. Cuba kau peratikan Sufi tu. Dia kontrol macho tu ... konon taknak bergambar dengan retis, suruh duduk kat baby chair dia, tapi sebenarnya dia teruja sebab dapat berdiri sebelah retis. Perhatikan juga Ab sedang memegang tamborin. Dah gian la tu dah lama tak pekena muzik. Keluarga kami memang keluarga muzik... keturunan.




Ermm.. ok nampaknya ab dah setuju. Setuju untuk menyanyi bersama-sama.





Yes!! Akhirnya makanan yang dipesan sampai jua. Siakap masak kukus lemon, udang goreng mentega, kerabu mangga dan signature dish Restoran D'Tasik iaitu sup ketam.






Udang goreng mentega. Rasanya sangat sedap. Harganya dikira mengikut berat udang yang kita ambil sendiri. 100 gram = RM10.




Sayur sawi masak sos tiram. Yang ni pun sedap. Sawi dia segar. Rangup dimakan. Bagus untuk memperbanyakkan susu ibu bagi kegunaan bapa eh bayi yang menyusu badan.





Ada orang kerek tak nak makan nasi. Tak sesuai dengan tekak, katanya. Jadi si kerek ni makan sirloin steak. Lepas makan ingat dia speaking, tapi rupanya terus cakap jawa. "Aku wes wareq, ora iso mangan lagi. Loro weteng kok." (Aku dah kenyang, dah tak boleh makan lagi. Sakit perut la.)



Kami pun makan, makan, makan sampai sendawa burp! Alhamdulillah... Puuttttt!!! Astaga... Hoi tak senonoh la kau! Busuk bro...

Kami adik-beradik tong-tong kutip hasil bukan cukai untuk membayar bil. Jumlah harga semua sekali ialah RM245.00 ++.

Perut kenyang, hati senang. Perut lapar, hati nestapa. Hahaha cambangsat je pantun aku ni.




Oh, nama kumpulan ini ialah Atana Voice. Ok, dah tau nama. Atana Voice. Hai Atana Voice! Nice voice!





Nak bergambor dengan diorang rasa segan silu bagai ditusuk semalu, last-last kami bergambor dengan poster diorang je.



Kami memang sungguh seronok malam itu. Gembira kerana dapat meraikan hari lahir mak (dan belated ab juga) bersama. As for the restaurant, boleh pergi lagi lain kali (recommended).




7 comments:

  1. The pit stop of fashion lovers. We offer the range of dazzling and mesmerizing Sarees for your Baju Kurung,Kebaya and Kaftan, Punjabi Suits, Salwar Kameez exclusively imported from India. Various colors, designs, popular fashions, and textiles custom-made for you to bring colours in your life

    http://dedazzlerzzshoppe.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Ooo... biasa restoran ni. Sebab biasa ke masjid kat sebelah tu...

    (Sebenarnya, saja nak bagi tau gi masjid, tu... haha)

    ReplyDelete
  3. Ayat tak boleh blah...

    "Bagus untuk memperbanyakkan susu ibu bagi kegunaan bapa eh bayi yang menyusu badan"...

    Siap buat buat tersalah tu... Bapa EH konon.... Hahah..

    ReplyDelete
  4. Uncle, saya tahu. Oooo jadi hamba Allah yang tengah ruku' masa tu uncle la ye? haha

    Fello, memang tersilap taip. Butang backspace rosak hehe.

    ReplyDelete
  5. Sugeh tenan Pida ki mangan eneng enggon sing uapikk koyo kuwi. Mangan-mangan eneng sing nyanyikne. Yo seronok.

    Oh ya minum jus durian belanda tu bagus sangat. Ia kan sebagai anti kanser terbaik. Minumlah hari-hari. Taip saja kat Google...DURIAN BELANDA LEBIH BAIK DARIPADA 10000 KIMOTERAPI

    ReplyDelete
  6. Bertiga sahaja ke kumpulan Atana Voice ni...? Sa Nusa jugal best sebab ramai & meriah... Hehe...

    ReplyDelete
  7. Mat Som : Saya kena balik kampung separap dulu untuk terjemahan hehe

    Hazmin : Nyanyian Sa Nusa mmg lebih sedap berbanding Atana. Sa Nusa dulu apa-apa lagu pun boleh aje walaupun yang paling terbaru. Hebat diorang.

    ReplyDelete

Oh, tak sangka ada yang sudi komen... terima kasih!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...