Sunday, August 21, 2016

Ulat Buku Perpustakaan Negara

Salam ulat,

Sempena meraikan ulang tahun perkahwinan jiran belah kiri Pida baru-baru ini, Pida telah merancang perkara menarik untuk anak-anak.

Hari itu hari Ahad. Biasanya pada hari minggu seperti ini, kami sekeluarga hanya duduk termangu di rumah sahaja. Jarang-jarang kitorang keluar berjalan-jalan pada hari Ahad kerana kami lebih selesa berlenggeng di rumah sahaja sambil menonton TV1.

Tetapi hari Ahad yang lepas, Pida merancang untuk membawa Rania, Aqil, Sufi dan Mumu ke perpustakaan supaya diorang boleh membaca buku dengan puas.

Maka, selepas bangun seawal jam 10 pagi pada hari tersebut, kami terus bersiap-siap untuk menuju ke Perpustakaan Negara.

Inilah bangunan Perpustakaan Negara Malaysia yang terletak di Jalan Tun Razak, KL. 


Destinasi kami sesampainya di PNM, perpustakaan kanak-kanak.


Perpustakaan kanak-kanak ni besar. Macam-macam buku ada. Anak-anak Pida yang memang ulat buku, terus teruja tatkala melangkah masuk.


Mumu acah-acah bizi carik buku. Sufi pulak beria-ia pilih buku. Kalau boleh semua dia nak baca.


Tiarap atas lantai pun bolesss... Kau buat macam kat rumah je kan. 




Tengoklah anak bertuah ni, kemain khusyuk ko tengok watak anime manga tu ye. Babap kang.






Perpustakaan kanak-kanak ini turut mempunyai ruang khas bilik komputer (thin client) untuk kegunaan budak-budak yang datang. Kalau nak guna, kena daftar dulu dengan kakak kaunter tu.


Sufi kerja dia google games di sudut ruang pc yang tidak berdaftar, tetapi seperti yang diduga, laman-laman games disekat. So kau kena bukak katalog library je la labu...

Mumu try nak bukak blog mak dia, tapi takleh la mumu... Kesian mumu baru nak jadi pollower mak ye.


Dari duduk sampai berdiri, Muhaimin masih gagal membuka blog mak dia. Lantas dia pasrah.

Ini ialah sudut tv. Sangat ceria dan menarik sebab kat dinding tu ada lukisan watak2 animasi tempatan seperti Upin Ipin & Geng, Boboiboi, Puteri, dan Ejen Ali. Tu nampak Rania tengah asyik membaca buku politik.

Muhaimin bergambar dengan Upin Ipin dan Mei Mei.

Boboiboi dan kawan-kawan pun ada.

Yang tu pulak Ejen Ali. Mumu memang teruja sangatlah dapat berdepan dengan kartun-kartun gergasi ni.



Selepas lebih kurang 2 jam berada di sini, kami pun balik. Tapi sebelum tu, terimalah gambar kenangan kami di sini kekekeke...

Di bahagian luar, kita boleh melihat paparan mural bertemakan kenegaraan yang menghiasi dinding. Antara yang dipamerkan ialah kelima-lima falsafah Rukun Negara:








Jangan cakap kau tak hafal Rukun Negara. Aku buang kau ke Pulau Seyceles kang.

Ok, itu sahaja cerita lawatan Pida ke PNM. Disyorkan untuk pergi!



Sunday, August 7, 2016

Misi Muhaimin : Mencari hadiah

Salam misi,

Sejak hari lahir Muhaimin yang ke-2 hari tu, Pida masih belum berkesempatan membelikan hadiah untuknya.

Kalau tahun lepas sempena cukup usianya setahun, Pida belikan dia buaian sebagai hadiah, tahun ini tak tau nak belikan apa.

Satu hari tu Pida tengok dia seronok dan teruja menonton video permainan keretapi yang bergerak atas landasan tu. So Pida pikir, mesti Mumu gembira giler kalau Pida hadiahkan set permainan macam tu kepada dia.

Lantas pada hari Ahad yang segar ini, Pida mencipta satu misi; iaitu mencari hadiah besdey present untuk Mumu.

Oleh kerana kitorang keluar selepas subuh kan, iaitu dalam pukul 10 gitu, maka kitorang sarapan dululah. Sejak bangun jam 9.30 pagi tadi belum sarapan kan, so kitorang sarapan kan Kentaki aje. Kentaki tempat aku ni 24 jam, kau apa tau.

Tengok arr tu, kemain berlagak lagi kitorang dapat sarapan kat Kentaki. Siap main tunjuk-tunjuk je order itu ini.

Sedap sangat menu sarapan kat Kentaki ni. Harga pun tak la mahal sangat. 

Double jempol, kata Sufi dengan yakin. 

Mumu kalau sarapan kat KFC dia cuma makan hashbrown je. Sebab dia suka sangat. Lagipun Pida tak hulur ayam kat dia sebab Pida nak makan sorang ayam tu. Giler kau nak share ayam kfc dengan orang lain.


Dah kenapa mumu jeling- jeling ayam mak? Mumu makan kentang tu je tau. Ayam mak punya.

Selepas selesai brekpas, kitorang pun meneruskan misi utama keluar pagi Ahad ni iaitu mencari hadiah besdey Mumu. Tapi tiba- tiba Pida tengok Mumu tak pakai kasut.

Alaaa, ini mesti tak pakai dari rumah ni tadi. Alaaa tak kuasa la mak nak dukung Mumu aje. Hmmm nak tak nak kena carikkan kasut dulu. Koser mak nak hangkut ko kulur kilir Mu.


Sampai di kedai kasut, Pida lepaskan Mumu. Sebenarnya sejak naik eskalator tadi pun dah lepas. Berjalanlah si kecik ni berkaki ayam. Haa pilihlah Mumu nak kasut mana.


Takyah pening-pening la mak. Mumu nak yang ni. Itu kasut dewasa la nak. Pegi bahagian budak-budak sana. Kau kan budak.

Tekun aje Mumu mencuba kasut. Maklumlah kakak cun yang sarungkan. Ehem ehem anak mak. Ok, mak setuju!

Akhirnya, dapat kasut baharu ya ya awww!!!


Lepas settle beli kasut untuk Mumu, kitorang meneruskan kembara ke pasaraya jual mainan. First-first Mumu dah tangkap satu mainan yang dia pilih sendiri.


Yeszaaa!!!  Mumu nak ini! Belikan ye mak!

Haa tu usha apa pulak tu. Takleh takleh, dalam cermin tu mahal. Alaa Mumu tengok je mak... Bukan nak mintak pun...

Yes! Dapat pun mainan yang mak cari-cari. Tak sabar nak tengok reaksi gembira dan teruja Mumu tatkala melihat permainan ini bergerak di depan matanya, bukan di dalam video lagi.

So Pida tak tunggu apa lagi dah. Terus sambar dengan rakusnya, terus bawak ke kaunter dan bayar. Terus balik rumah sebab tak sabar nak tengok muka Mumu happy! 

Sesampai di rumah, tak sempat kencing kitorang terus pasang keretapi tu. Masing-masing excited giler demi nak menggembirakan Mumu. Tak sabar nak tengok reaksi Mumu yang tentunya teruja dan suka dengan permainan ini nanti.

Mumu pun tak ketinggalan nak menyebok jugak pasang keretapi. Robot yang dia pilih tadi tu asyik dipasang aje. Memekak betol la robot ni. Sekali aku tampor terus bisu kang baru tau. Kellas ko Mumu, masuk rumah tak bukak kasut. Kau ingat kau orang putih??!! Bukak sekarang!

Selepas 10 minit bergotong-royong memasang, akhirnya keretapi tersebut siap dan bersedia untuk dilancarkan. Perghhh siap keluar asap tu bai...

Tapi sebaik sahaja keretapi itu bergerak di atas landasan, tiba-tiba harapan dan impian Pida untuk melihat kegembiraan terpancar di wajah Mumu tidak menjadi!

Mumu takut! Hahaha! Dia takut rupanya benda alah tu berbunyi siul-siul siap keluar asap bagai, sambil pusing-pusing keliling, terus dia lari sembunyik belakang bapak dia.

Sempat pulak dia menyelamatkan robot dia.

Last-last sampai ke sudah si Mumu takut dengan keretapi ni. Abah kau pulak yang over. Ingatkan dia seronok, rupa-rupanya dia takut. Aduyai anakku, yang kau beria seronok tengok orang lain main dalam video tu dah kenapa... Takpelah nak, mak tetap bersyukur sebab dapat tunaikan hajat mak nak belikan mumu hadiah hari jadi.

I love you Mumu!


Friday, July 22, 2016

Muhaimin dua tahun

Salam Muhaimin,

Alhamdulillah hari ini 22 Julai 2016; cukup Muhaimin usianya dua tahun.

Wahhh!!! Terasa baru semalam Pida mengandungkan dia, macam baru semalam Pida melahirkan dia, seolah-olah baru semalam Pida memangkunya di ribaan buat kali pertama.

Memang pantas masa berlalu. Cukup tak terasa. Muhaimin yang lebih kiut miut dipanggil Mumu pun dah mula pandai bercakap. Dan Pida peratikan Mumu ni kepoh jugak budaknya.

Dia dah hapal sebahagian besar lagu Didi And Friends dalam pelat2 dia tu. Mumu juga sangat suka menyanyi. Lagu kegemarannya ialah Akulah Kekasihmu dendangan Axl's. Tak percaya? Hahaha.

Doa Pida standard la, semoga Muhaimin membesar dengan sihat, sempurna. Semoga Muhaimin menjadi manusia yang bertaqwa, cemerlang dan berjaya di dunia dan di akhirat; dan menjadi seorang Mukmin yang mendukung ilmu.

Tapi sekarang ni Pida tengah pikir macam mana nak berentikan dia ngempeng... Hmmmmm...

Happy birthday Muhaimin!!!







Friday, June 10, 2016

Kapal Lalu Atas Kepala Lu

Salam kapal,

Ada satu petang tu time boring-boring sambil melihat Muhaimin mengorek pusat, tiba-tiba adik Pida call.

"Weyh kakak yang baik hati, jom kita jalan-jalan," dia mengajak sambil tergedik-gedik.

"Ahhh, malaslah... aku nak korek pusat Muhaimin ni," balas Pida dengan malasnya.

"Alaaa jom la kakak, adik ada satu port baaaikkk punya ni! Lu dengan anak-anak lu mesti teruja punyalah!" dia memujuk tanpa berputus asa.

Setelah menimbang dosa dan pahala, Pida akhirnya bersetuju mengikut ajakannya.

Selepas Asar, kami beramai-ramai menuju destinasi. Dan selepas lebih setengah jam perjalanan, maka kami pun sampai di satu kawasan yang sunyi dan lengang.

"Kau nak bawak aku ke mana ni? Kau nak bunuh aku ke apa bawak tempat takde orang ni?" soal Pida dengan penuh cemas sambil mengeluarkan pistol.

"Kakak jangan mengarut boleh tak? Ini banyak sangat tengok Gerak Khas la ni jadi macam ni," tingkahnya sambil merampas pistol Pida lalu mencampakkan ke udara.


Kami naik dua kereta. Sesampainya di destinasi, kami semua turun dan melepak-lepak dulu di pembahagi jalan sambil mengira burung yang lalu.

Sebenarnya Pida pergi ke satu port baeekkk punya untuk melihat kapal terbang lalu di atas kepala untuk mendarat. Punyalah baeekk tempat ni, sampaikan takde kenderaan pun yang lalu-lalang di situ. Buktinya? Tengok tu kitorang berjimba di tengah-tengah jalan. Kalau kat KL tu dah lama mampos kena langgar.

Di mana? Pida nak cakap pun tak reti sangat. Dia kat kawasan lama LCCT. Ada dua port, satu untuk melihat kapal terbang yang mendarat di KLIA, satu port lagi tidak jauh dari situ untuk menyaksikan kapal terbang mendarat di KLIA2. Pida pergi ke port KLIA2.


Pida dan adik-adik tengah gigih tunggu kapal terbang. Kita boleh nampak dari jauh lampu kapal terbang. Tu maknanya ada kapal terbang nak mendarat la tu. Siap jelah kau.

Haa, tu dah lalu sekor. Memang berdesing la telinga dengar bunyik enjin atas kepala. Perasaan dia ala-ala kat Maho Beach St Marteen gitteeww.

Muhaimin tak boleh fokus depan kamera. Dia mesti nak pandang atas bila kapal terbang lalu atas kepala dia. Lepas tu dia babai pramugari kat atas tu. 

Sementara menunggu kapal-kapal lain lalu, kitorang tinjau-tinjau kawasan sekeliling. Ada pagar besar ni dinamakan crash gate. Boleh intai-intai dari situ kalau suka ngintai.

Pida sedang mengajar Mumu cara-cara mengintai yang betul.

Ni dah kenapa macam menyembah pulak ni. Ko buat ritual apa ni? Ko ingat abang pilot nak balas lambaian dan panggilan kau?

Kitorang berada di sana sampai lewat petang. Saja nak tunggu maghrib, nak tengok sunset. Ni si Aqil ni buat gaya Abugen katanya.

Kitorang bergambar, bergambar, bergambar...,

Sampailah matahari betul-betul terbenam sehingga kami semua jadi silhouette.


Setelah puas menyaksikan kapal terbang lalu atas kepala sampai jadi bosan dah, kitorang pun balik. Memang best la pengalaman kapal terbang lalu atas kepala dalam jarak yang hampir.

Dari segi kekerapan, untuk pesawat Air Asia yang mendarat di KLIA2, kekerapannya agak tinggi. Ada satu masa tu, sampai lima kapal terbang beratur dalam skala masa yang dekat-dekat. So kitorang tak tunggu lama untuk tengok kapal lalu atas kepala lu.

Seronok? Memang seronok. Satu pengalaman yang unik dan jarang boleh didapati.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...