Saturday, June 29, 2013

Selamat pengantin baru Ab dan Ummi!

Salam pengantin baru,

Alhamdulillah, Ab telah selamat diijabqabulkan dengan ummi pada hari ini. ♥♥♥

Semoga sentiasa berbahagia sehingga ke akhir hayat. Salam sayang selalu!





posted from Bloggeroid

Friday, June 28, 2013

Penyokong setia JDT yang ale ale ale!

Salam JDT,

Sempena kemaraan pasukan JDT ke arena final Piala FA esok, anak-anak Pida telahpun siap sedia awal-awal lagi untuk memberi sokongan padu.

Semoga JDT berjaya meluaskan kuasanya sampai bila-bila.

Go! Go! JDT go!























posted from Bloggeroid

Sunday, June 23, 2013

Jerebu di Muo semakin pulih

Salam muo,

Perdana Menteri pada hari ini telah mengisytiharkan darurat di daerah Muar dan Ledang (dulu Tangkak) kerana bacaan IPU melebihi 750. Darurat kau!

Oleh kerana pada masa pengisytiharan darurat itu Pida tidak berada di Muo kerana masih berada di BP, maka Pida tak dapat bayangkan macam mana teruknya keadaan di sana.

Pada masa entry ini ditulis, Pida sedang dalam perjalanan pulang balik ke KL. Pida sengaja lalu Muo sebab nak merasai suasana jerebu yang berada di tahap darurat.

Namun keadaan di Bandar Maharani pada petang ini sudah semakin baik. Namun masih berjerebu. Tahap jerebu tidaklah sedahsyat pagi tadi sehingga diisytiharkan darurat.

Pida rasa jerebu di Muo pada petang ini lebih baik daripada semalam. Pemancar pun dah boleh dilihat dari jauh. Dari atas jambatan pun dah nampak pemandangan berbanding semalam yang terus kelabu.

Gambar-gambar di bawah baru je Pida rakam tadi kira-kira pukul 5.20 petang. Nampak kan perubahan ketara berbanding semalam?

Alhamdulillah jerebu semakin pulih di sini. Tak dapat nak tengok macam mana keadaan IPU 750 tu. Tapi dengar-dengar jerebu dah sampai KL eh?

Tidakkkk!!!

Update: Dah sampai Melaka. Sangat teruk!





















posted from Bloggeroid

Saturday, June 22, 2013

Jerebu nan kelabu

Salam jerebu,

Hari ini Pida balik kampung. Pida tak terus menuju ke BP sebaliknya Pida exit di Tangkak iaitu lalu Muar.

Keadaan jerebu di Muar sangat teruk. Mengikut laporan terkini sehingga tengah hari tadi, bacaan indeks pencemaran udara di daerah ini mencatat bacaan 276. Ini bermakna Muar berada di peringkat jingga yang berstatus sangat tidak sihat.

Seperti yang Pida ceritakan tadi, tahap jerebu di Bandar Maharani ini sangat teruk. Jarak penglihatan Pida anggarkan tidak sampai 100 meter.

Keadaan di hadapan kelihatan begitu kelabu. Kenderaan terpaksa menghidupkan lampu untuk keselamatan akibat jarak penglihatan yang terhad.

Sudahlah kelabu, baunya ya rabbi... bau asap semata-mata. Memang sangat tidak sihat. Berbahaya kepada pengidap penyakit yang berkaitan pernafasan seperti asma dan tak elok juga untuk semua orang menghidu udara tercemar ini secara berterusan.

Keadaan yang tidak sihat ini memaksa sekolah-sekolah ditutup pada hari Jumaat semalam termasuklah di Batu Pahat walaupun keadaan jerebu di BP tidak seteruk Muar.

Nampaknya balik kampung kali ini tak dapatlah nak pergi ke Tasik Y. Dahlah Sufi tu semput, kang tak pasal-pasal kang. Takpe, pergi karaoke je kat The Summit.

Gambar-gambar di bawah diambil pada jam 12 tghari tadi.

Update jam 5.05 petang tadi melalui Berita tv1 :  IPU Muar kembali merosot ke tahap Berbahaya dengan indeks bacaan 373. Waduh! Semoga cepat pulih.


Kan I dah bilang, jerebu kat Muar teruk.

Matahari pun macam malu-malu je nak memancarkan sinarannya. Ia berselindung di balik jerebu.


Kat atas Jambatan Sultan Ismail. Tak nampak apa-apa pun kat depan tu. Biasanya dah boleh nampak Bandar Maharani dan bangunan-bangunan kedai.

Kalau tak jerebu, kat Sungai Muar ni dapat tengok kelong kupang dan bot-bot nelayan. Kali ni semuanya lenyap gara-gara jerebu.





Sepatutnya kat tengah-tengah tu boleh nampak pemancar komunikasi. Tapi kali ini ia hilang dari pandangan.



Thursday, June 20, 2013

Semangat perjuangan di Muzium ATM

Salam perjuangan,

Dalam perjalanan pulang dari Eagle Ranch Resort tempoh hari, Pida sempat singgah di Muzium Angkatan Tentera Malaysia (ATM).


Inilah bangunan utama Muzium ATM yang telah dibuka pada tahun 2005 ini. Masuk percuma. Tapi kalau kau nak keluar modal jugak, kat dalam bilik pameran tu ada tabung khas kutipan untuk tujuan tambah baik dan naik taraf muzium. Dermalah banyak mana pun.

Pengunjung akan masuk dari pintu pagar yang melalui kawasan tugu memorial yang memahat nama wira-wira negara (tentera) yang gugur ketika mempertahankan tanah air. Nama-nama tersebut di'engrave' di atas batu marmar yang dikelilingi oleh kolam air pancut.

Selain tugu memorial, pengunjung juga dapat melihat deretan meriam dalam pelbagai saiz; dari saiz anak sampai saiz moyang di sepanjang laluan masuk ke kawasan muzium. Juga ada keretapi dan kenderaan-kenderaan tentera yang tak pernah Pida lihat lalu-lalang di jalan raya.


Yang ini kitorang naik keretapi nak pergi ke Alor Gajah. Ramai no yang bawak, tak sampai Alor Gajah nampak gayanya ni.





Memang agak jakun jugak la dapat tengok kenderaan tentera yang macam-macam rupa ni. Siap dapat masuk lagi dalam kereta perisai you... Tengok tu Rania duduk mencangkung cenggitu... dah macam nyonya kalah judi je aku nengok.





Selepas penat berhuha-huha di luar, kami pun masuk ke dewan pameran di dalam bangunan.

Sebaik memasuki ruang pameran, tersedia sebuah meja konsol dan di atasnya diletakkan Buku Tetamu sebagai kenangan kepada pengunjung yang melawat pameran di situ. Kitorang semua tulis nama masing-masing, ye la takkan nak tulis nama orang lain pulak kan. Si Aqil tu ada ke dia tulis nama dia kat bahagian 'Bilangan.' Lepas tu dia marah bila Pida ketawakan dia. Dahlah tulis nama 4 huruf pun ambik masa 4 minit.

Berhadapan dengan pintu masuk, pengunjung akan tertarik dengan sebuah kapsul masa. Pada plak itu tertulis "Pada hari ini 1 Mac 2008, Pelancaran Dan Penanaman Kapsul Masa Oleh Jeneral Tan Sri Muhammad Ismail Bin Hj Jamaluddin Panglima Tentera Darat. Tertanam di sini sebuah kapsul masa mengandungi aspirasi keutuhan tentera darat. Kapsul masa ini akan dibuka oleh Panglima Tentera Darat pada 1 Mac 2033."


Pemandangan di dalam ruang pameran.


Antara bahan pameran yang mencuri perhatian Pida. Fail peribadi Leftenan Adnan turut ditunjukkan. Serius rasa sebak tatkala melihat tinggalan tersebut. Terbayang-bayang bagaimana getirnya perjuangan beliau sehingga ke titisan darah terakhir demi mempertahankan tanah air kita. Bisakah kita menjadi sekental beliau?


Di Muzium ATM ini juga, pengunjung berpeluang merasai pengalaman masuk ke terowong komunis. Jom ikut Pida!


Rugi kalau tak masuk terowong ni. Nak tengok ada apa pada pida. Eh, promo blog sendiri pulak hehehe.... Nak tengok ada apa kat dalam terowong ni hehehe...

Budak-budak ni mula-mula takut. Tapi lepas Pida brainwash diorang, terus jadi berani. Kat depan terwong tu ada seorang askar komunis tengah tunggu kau. Sebenarnya terowong ni gelap. Cuma ada cahaya samar-samar je. Korek idung pun orang tak perasan.


Kat dalam terowong ni, barulah Pida tau suasana dan keadaan aktiviti harian komunis bintang 3 ni seperti tidur, menjalankan operasi pembedahan dan bermesyuarat. Memang underground habis la diorang ni dulu. 

Ini adalah barangan sebenar askar komunis yang dapat dirampas seperti senjata, pakaian dan bahan-bahan propaganda bercetak.

Terowong yang gelap ni kalau masuk sorang-sorang pun soram jugak. Takut ada hantu komunis sergah. Tak pun motor tu jalan sendiri. Weiuuuuuuuu!!!

Kami keluar dari terowong melalui pintu di hujung kawasan muzium. Di situ ada sebuah pesawat tentera. Nampak tak pramugari-pramugari kat kapal terbang tu? 

Berdekatan dengan pesawat dan terowong komunis tadi, terletaknya sebuah kereta perisai bersejarah yang telah mencatat tragedi sedih. Monumen Kroh; mengambil nama sempena kejadian serangan pihak Komunis di Jalan Kroh - Baling.

Sedih giler baca sejarah tragedi ini. Macam manalah perasaan mereka pada masa itu ek... semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh wira negara ini.

Di penghujung lawatan, ada kenderaan udara iaitu pesawat dan helikopter pejuang. 


Lawatan kami sudah sampai ke penghujungnya.

Budak-budak ni cukup gembira di sini. Biarlah diorang tahu siapa pejuang dan pembela kedaulatan tanah air kita yang tercinta ini. 

Secara peribadi, kunjungan ke Muzium ATM ini sangat bermakna bagi Pida. Barulah Pida mengerti betapa negara kita Malaysia ini adalah negara berdaulat. Dan Pida sangat menyanjung tinggi pengorbanan perajurit-perajurit tanah air dalam membela maruah negara.

Tabik spring untuk askar-askar kita!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...