Friday, January 27, 2012

Cerita Berpantang

Salam berpantang,

Tak tau la kenapa kali ni Pida rasa nak tulis pasal berpantang. Kali terakhir Pida berpantang ialah kira-kira setahun setengah yang lalu. Rasa macam baru semalam je Pida mula berpantang.

Masuk ni dah tiga kali Pida berpantang. Berpantang sewaktu anak pertama adalah yang paling rigid. Kenapa? Sebab pada waktu itu Pida dijaga oleh nenek Pida. Nenek Pida adalah orang Jawa zaman dulu yang amat tegas dalam bab berpantang selepas bersalin ni.


Semasa Rania yang sulung lahir, Pida berpantang bersama nenek.

Berpantang anak kedua (Aqil), Pida masih berpantang dengan nenek walaupun tidak sepenuhnya.

Berpantang anak ketiga (Sufi), Pida duduk rumah sendiri aje. Dah pandai kan... duduk la berpantang sendiri tanpa orang tua. Mak mentua jaga 2 minggu je. Keburukan berpantang sendiri ni, kita akan jadi sedikit renyah sebab tak dapat tidak, kita bangun buat kerja jugak.


Hari pertama selepas balik dari spital, nenek dah sediakan jus istimewa untuk Pida. Jus pati kunyit. Sedap? Hotak kau sedap. Air bandung lagi sedap. Nenek kata jus pati kunyit boleh mengecutkan rahim dengan cepat. Ye la tu nek...

Mula-mula Pida takmo. Pida cakap "Nehi! Nehi!" Tapi nenek balas balik "Zindegi tum mere pyar." Pida pun minum... tapi Pida minum ngadap mangkuk jamban sebab takut termuntah. Memang Pida muntah, tapi bukan sebab pati kunyit tu, tapi sebab Pida terpandang makhluk cumil ketul-ketul yang Pida lupa nak flush lepas berak tadi.

Tapi memang betul la... sebaik sahaja Pida teguk pati kunyit tu, rahim terus kecut! Hihi...

Pengalaman berpantang dengan nenek adalah peluang yang ingin dilepaskan oleh semua orang. Nenek Pida memang jaki bebenor dengan Pida masa berpantang ni. Tak boleh berjalan laju sikit, nenek sound baiikkk punya "Nanti kalau koyak jahitan tu ko merasalah kena jahit lagi!" Ok, Pida jalan slow giler, tetiba nampak siput babi selamber je motong kat tepi.

Sebab itulah nenek sentiasa ingatkan Pida agar duduk sahaja di rumah sepanjang tempoh berpantang. Dan seriusly, Pida memang tak keluar rumah langsung sepanjang 44 hari tu kecuali untuk pergi ke klinik bawak baby periksa sakit kuning.

Pida hairan juga kerana ramai ibu berpantang sekarang berani keluar rumah membawa baby yang masih dalam hari ke tempat-tempat khalayak. Walaupun ibu itu memakai baju sejuk dan lengkap berstokin, namun sebenarnya itu tak elok untuk kesihatan ibu dan bayi kerana perubahan suasana di luar yang mungkin terlalu sejuk atau panas.

Eh, nak duduk pun ada cara tau. Kau ingat orang berpantang ni boleh duduk terkangkang macam yang kau selalu buat tu? Nehi, nehi.... Cara duduk orang berpantang ialah 1) melunjurkan kaki dan rapat  2) duduk seperti duduk antara dua sujud.

Dua cara tu aje. Tapi kalau duduk atas kerusi tu duduk la macam biasa. Jangan pulak kau berlunjur atas kerusi, nampak macam bongok pulak. Jangan pandai-pandai nak duduk bersila ye. Kang rabak aku tak tau.

Nenek juga bagi petua agar luka jahitan cepat kering. Ambik buah manjakani, yang buah punya, bukan serbuk. Pastu basahkan biji manjakani tu dan gosokkan biji tu di belakang pasu (pasu bunga) sampai keluar pati dia.

Pastu kauambik pati manjakani kat atas pasu tu dan kausapukan kat luka jahitan tu. Memang terbukti cepat kering dan sembuh. Jahitan ni jangan terlalu kerap kena air (jangan biarkan basah dan lembap). Sebab tu lepas kencing kau kena lap kering-kering. Jangan saja-saja biarkan benda tu berair, nanti lambat baik, jadi bernanah pulak. Eeeee....

Semasa menjalani proses berpantang dengan nenek, waktu makan adalah yang paling azab. Hari-hari nenek masakkan lauk asam, asam, asam. Singgang, singgang, singgang. Bening, bening, bening. Kasi kecut, kata nenek. Pukul 7.30 pagi nenek dah hidangkan nasi panas, sepinggan penuh pulak tu. Nenek cakap kena habiskan nasik tu, jangan tambah. Kalau tak abis, tinggalkan. Tapi jangan tambah. "Kenapa nek?" "Itu petua."

Jangan tidur waktu pagi, kata nenek. Ngantuklah nek... Jangan! Nanti badan letih. Pulak...

Time tidur malam lagi azab. Baring kena lurus, tak boleh langsung mengiring ke kiri atau ke kanan. Nanti peranakan beralih, bagitau nenek. Ok, yang ni Pida ikut sebab takut peranakan beralih ke telinga.

Semasa baring dengan lurus tu, nenek tahan tapak kaki Pida dengan batu giling. Percaya tak? Batu giling buat sendal kaki aku! Serius Pida tak boleh bergerak langsung. Dah macam mumia pun ada juga time tu cuma tak berbalut je. Nenek cakap tujuannya supaya Pida tak bergerak, jadi peranakan tak bergerak. Pida cuba jugak tendang batu giling tu, tapi berat giler kau. Kalau ngempap anak kucing harus mati.

Tidur malam tak pernah lena...

Pagi-pagi dah kena bangun awal. Mandi rempah. Ini best. Daun-daun tu nenek carikan dari kampung, ada juga yang didapati dari kampung mertua Pida. Antara daun herba yang digunakan ialah daun serai wangi, daun sirih, halia bara, daun pandan, daun jambu batu, daun kunyit, daun mengkudu dan daun senduduk. Nenek akan merebus daun-daun ni dan air rebusan tu dijadikan air mandian. Waw! Wangi dan segar.

Selepas siap mandi, Pida kena berdiang atau bertangas. Nenek sediakan bahan-bahan bertangas tu semasa Pida sedang mandi. Masa tulah nenek hidupkan kemenyan arab dalam bekas tembikar. Bila dah berasap-asap kemenyan tu, Pida pun bertangas. Perghh... panas je rasa. Nenek cakap biar cepat kering. Bertangas ni best, badan kita rasa kuat dan sihat.

Selesai bertangas, nenek suruh Pida sapukan param di seluruh badan. Kau tau ke param tu apa? Macam mana nak cakap ek? Dia macam bedak sejuk, tapi saiz dia besar macam syiling 50 sen. Dibuat daripada beras. Wangi. Badan jadi putih bercapok-capok bila param tu kering. Param ni tujuannya untuk memanaskan badan.

Maknanya, sampai petang la badan Pida bersalut param. Kata nenek lagi, tujuan pakai param adalah untuk menjadikan kita nampak hodoh di mata suami supaya suami takde nafsu kat kita. Hek elleh... nenek ni kelakarlah.

Bukan setakat param yang menghodohkan Pida, pilis juga menambah lagi kehantuan wajah Pida yang memang hodoh ni. Orang kata double hodoh la. Takpe, jangan bodoh. Pilis dipakai di atas dahi; dari ufuk kiri ke ufuk kanan, bentuk pelangi gitu. Tujuan memakai pilis adalah untuk membuang angin di bahagian kepala dan mengelakkan rasa pening seterusnya mengelakkan rabun.

Nenek juga selalu ingatkan agar jaga mata sepanjang tempoh berpantang. Nenek tak kasi tengok tv lama-lama. Untuk 2 anak pertama tu memang Pida ikut petua tu. Alhamdulillah mata Pida tak rosak. Tetapi semasa sedang berpantang anak ketiga, Pida kerap menengok komputer.

Betul la kata nenek, kena jaga mata semasa berpantang. Akibat terlalu kerap menggunakan komputer ketika dalam tempoh berpantang, Pida akhirnya menjadi rabun. Akibatnya juga, Pida terpaksa memakai cermin mata. Tapi sekarang dah kurang sikit rabun, jadi Pida dah tak pakai spek lagi. 

Dari segi pemakanan, nenek sangat tegas. Pida hanya boleh makan yang rebus-rebus dan yang masam-masam je. Yang goreng-goreng, yang sejuk-sejuk, yang pedas-pedas tak boleh.

Minum pulak tak boleh teguk selamber macam orang kebulur, kena teguk perlahan-lahan supaya perut tak buncit. Sebab tu kalau Pida nak minum, Pida tengok kiri kanan, bila line clear (nenek takde - tengah tengok telenovela) Pida pun teguk pakai botol je. Haha dasar kurang ajar.

Bercerita tentang perut, Pida amat menjaga perut supaya tidak buncit. Oleh itu, nenek Pida suruh sapu kapur sirih campur limau nipis kat perut bagi mengelakkan Pida menjadi Awang Boncit. Selepas itu, Pida pakai barut diikuti oleh bengkung. Bengkung tradisional yang berjela-jela tu la yang Pida pakai. Dia punya panjang boleh buat tarian naga.

Cara memintal dan mengikat bengkung ni ada tekniknya. Kena mulakan dari bawah pinggul supaya pinggul tak menggeleber dan supaya kita boleh berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan Inul. Cara menyimpulnya pun perlulah kuat dan letakkan kain bengkung yang disimpul tadi betul-betul di atas perut sebagai alat penahan supaya tidak buncit.

Sewaktu berpantang, ada beberapa perkara yang selalu nenek ingatkan. Jaga ibu jari kaki! Jangan terhantuk ibu jari kaki, nanti bentan! Oleh itu tuan-tuan dan puan-puan, Pida sentiasa memakai stokin tebal untuk mengelakkan masuk angin dan untuk menjaga ibu jari kaki daripada dihantukkan oleh sesiapa.

Apa lagi yang pantang dilakukan semasa berpantang? Iaitu jangan sesekali mengangkat-angkat barang terutama yang berat. Waktu berpantang adalah waktu untuk memanjakan diri. Serius. Tak payah buat apa-apa. Kerja orang berpantang ni cuma makan dan menyusukan anak aje.

Jangan la mengada-ngada tunjuk rajin nak masak sendiri la, basuh pinggan la (tak boleh kena air sangat nanti masuk angin), nak basuh baju la (paling bahaya menarik baju dari mesin basuh kerana ia akan menyebabkan bahagian perut, rahim dan peranakan yang masih lemah akan tegang dan boleh jadi bentan!)

Orang berpantang duduk diam-diam! Begitulah kata nenek.
      
Oh ye, ada satu lagi yang unik. Rambut kena ikat ketat-ketat, sanggul tinggi-tinggi supaya angin tak masuk kepala, supaya kepala tidak pening. Jadi Pida pun ikatlah rambut ketat-ketat sampai jadi tegang kulit muka tak boleh buat ekspresi apa waima senyum sekalipun pada suami akibat terlalu ketat dan tinggi. Tetiba suami Pida kata "Cantiklah ayang, macam Noor Kumalasari." Noor Kumalasari kepala angguk kau.

Pida berurut selama 5 hari berturut-turut mulai hari kedua iaitu sehari selepas balik dari spital. Berurut adalah penting untuk mengembalikan semula tenaga yang banyak hilang semasa proses bersalin. Berurut juga dapat melancarkan peredaran darah supaya kita kelihatan segar dan tidak pucat.

Semasa berurut, makcik tu buat sengkak. Kau tau ke sengkak tu apa? Sengkak, bukan sengkek. Sengkek tu kau! hahhaha gurau aje... Sengkak tu menaikkan peranakan dengan cara menolak peranakan kita tu dari arah bawah perut dan dinaikkan perlahan-lahan sampai ke tengah perut. Pehhh... sengkak ni memang sakit. Rasa nak nangis masa kena sengkak tu. Tapi lepas kena sengkak, badan rasa sangat ringan dan segar.

Pida juga mengamalkan makan jamu. Tapi Pida makan jamu selepas sebulan bersalin iaitu selepas baby Pida pulih sebenuhnya daripada kuning. Agak-agak hati dia dah berfungsi dengan baik tu, Pida pun mula makan jamu. Hello... bukan jamu pil ye puan-puan, tapi jamu serbuk. Kena bancuh setengah cawan, pastu minum sekali teguk je. Amacam? Ada bran?

Yang paling best, sepanjang waktu berpantang tu Pida kena pakai kain batik. Hai... orang muda macam Pida ni manalah pakai kain batik. Kain batik pun takde kat rumah. Tapi cun jugak Pida pakai kain batik. Macam perawan jawa gitu.

Begitulah rutin Pida selama 44 hari berpantang dengan nenek. Masuk hari ke-45 tu rasa macam merdeka habis. Budak lepas spm tu tak rasa merdeka macam tu. Sebab mulai hari ke-45 Pida dah tak perlu mandi herba, tak perlu comot-comot pakai param dan pilis, tak perlu makan jamu, tak payah pakai bengkung, tak kena sendal kaki dengan batu giling, tak payah pakai kain batik...

Mulai hari ke-45 Pida dah boleh mula sikit-sikit jamah makanan yang selama ini Pida tak boleh makan seperti yang bergoreng, minum air sejuk sikit-sikit, jalan tak payah pakai stokin, boleh jalan laju-laju, boleh tidur mengiring dan boleh goda laki ahaks! Gatal betul betina ni.

Walau apapun, Pida amat bersyukur kerana dijaga dengan begitu rapi oleh nenek. Di sebalik keperitan mengharungi cabaran berpantang cara orang dulu-dulu ni, tersurat seribu hikmah yang Pida perolehi secara langsung terutama dalam aspek kesihatan.

Alhamdulillah, sepanjang tempoh berpantang selama 44 hari sebanyak 3 kali dalam masa 6 tahun, Pida tidak pernah berasa letih atau lemah. Pida yakin, ini adalah kerana Pida cukup menjaga aspek pemakanan yang diajar oleh nenek dulu. Masa berpantang tak boleh lapar. Itu petua nenek.

Lagi satu yang paling best nenek cakap, orang berpantang ni kerjanya cuma makan dan menyusukan anak sahaja. Dua itu SAHAJA. Mandikan anak pun sepatutnya orang lain yang buat. Bestnya!

Pida juga tidak mengalami pertambahan berat badan. Berat Pida maintain sebelum dan selepas beranak. Mungkin juga faktor fisiologi Pida yang mempunyai tahap metabolisme yang tinggi. Sental apa sahaja pun tak jadi gemuk. Pida masih boleh memakai kebaya macam Noor Kumalasari dulu-dulu.

Terima kasih nenek. Pida berasa sangat terharu dan dihargai kerana dalam ramai-ramai cucu nenek, Pida antara mangsa yang bertuah terpilih untuk menjalani latihan rekrut di bawah kaedah diktator nenek. Nenek mengajar Pida menjadi manusia yang sabar dan berdisiplin.

Pada mulanya Pida memang rasa berat, namun setelah seminggu, ia sudah menjadi alah bisa tegal biasa. Hari ke-45 rasa pelik sedikit kerana Pida tak comot lagi, malah comel (mari muntah).

Kini Pida sedar, janganlah kita terlalu berbangga dengan gaya hidup kita yang kononnya moden. Setelah apa yang Pida lalui dalam tempoh berpantang bersama nenek, Pida dapati ia bukanlah petua yang sia-sia. Ada falsafah di sebaliknya. Benarlah, orang tua-tua ini memang bijaksana sebenarnya. Pida bersyukur kerana mempunyai nenek yang tidak lokek berkongsi pengalaman dan ilmu yang ada padanya. Sayang nenek.

Jika ditanya selepas ini adakah Pida nak berpantang lagi dengan nenek, jawapannya ialah "TIDAKKK!!!"

35 comments:

  1. ambik la ilmu dari nenek... boleh buat bisnes!

    (kirim salam adik)

    ReplyDelete
  2. Betul tu uncle, nenek memang sentiasa nak perturunkan ilmu dan rahsia petua, tinggal nak tak nak je belajar daripada dia. baik cungkil ek?

    (adik jawab salam)

    ReplyDelete
  3. ayat tak boleh blah..

    "Ok, Pida jalan slow giler, tetiba nampak siput babi selamber je motong kat tepi." Hahah....

    Emm jarang jarang entry kat blog nie takde gambo....

    ReplyDelete
  4. Fello, gambar ada, tapi gambar saya yang tengah comot pakai param. Nak ke? hahahaha

    ReplyDelete
  5. kalau gambo awak pakai param, baik tgk gambo param (pelawak dulu dulu) ..

    ReplyDelete
  6. saya pun org jawa jugak, ni pun tgh berpantang dgn mak.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siti Noraisyah, masa berpantang ni kena banyak bersabar. Saya lupa nak tulis kat dalam entry tu bahawa nenek saya pesan sangat iaitu semasa kita duduk, jangan duduk bersimpuh apatah lagi bersila.

      Kena duduk macam duduk antara dua sujud tu atau berlunjur. Itu untuk mengelakkan jahitan terbuka. Nenek saya kata kalau duduk bersimpuh, nanti 'terkeluar'. Hahaha.

      Selamat berpantang :)

      ps: jangan banyak sangat ngadap komputer, nanti rabun!

      Delete
  7. wakakaka kelakar pida entry ko yg nih...salam dari ambo , kawan baru hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Nurhaizat! hehehe... kelako eh? Ko tak baca entry lain, lagi kelako.. hahahha.

      TQ so much! :)

      Delete
  8. Pida.. Suka sgt entry ni.. Ada FB tk? Nk add boleh? Status FB ko mesti best2 kan..

    ReplyDelete
  9. EvaRiena, terima kasih banyak2! Jangan jadi rakan FB saya, nanti menyesal :P

    ReplyDelete
  10. seronoknye berpantang cam tu ye... sy berpantang rasanye 30 hari je.. selebihnye buat keja cam biasa basuh baju, jaga anak(sebab rapat), memasak, kemas rumah.. :)

    ReplyDelete
  11. wahhh..i really fall in love with this story...sedang dlm pantang hari ke 24..akibat terllu boring sy da buat kerja rumh mcm mnypu cuci piring dan masak...baru hari ke 22 start buat semua tu...ya ampunnn..start bsoknya sya x kan bt kja lgi..sdng berehat gara2 cuci piring n mnypu seharian..dn lgi stu telah terangkt air untuk masak tu da berapa kli..mcmna ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ayang, oh please lepas ni jangna buat kerja-kerja rumah seharian tu ye. Sebab kalau tangan banyak sangat kena air nnt kembang dan mudah kembang. Kalau menyapu kita gunakan pergerakan tangan dan melibatkan urat-urat pinggang dan badan, nanti sakit.

      Jaga pantang betul-betul ye supaya tak bentan. Lepas ni kalau boleh urut badan semula.

      Selamat berpantang ayang! :)

      Delete
  12. Saya tengah berpantang jugak.. pilis bengkung tungku berstokin minum jamu yg jenis bancuh.... manjakani yg pait tu mkn ngn nasik subahanallah... 44hri rasa 400hari huhu... pastu asek lapooo je risau badan naik bkn turun

    ReplyDelete
  13. Sy bookmark petua2 pida , nanti bersalin boleh refer haha , tq dear

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe, tq. Selamat berpantang. Dan jangan serik berpantang! :)

      Delete
  14. Search bhidan, click2 bce entry ni. Tetibe rse eh aku ngah bce citer dlm pantang bersalin ke citer lawak ni. Hihii. (ayat byk kelakar) best :)

    ReplyDelete
  15. Bismillah,

    bertuahnya pida dapat berpantang dengan nenek.
    Alhamdulillah Farah pun dapat berpantang dengan mertua n mak...

    mmg tak pergi shopping complex untuk hampir 60 hari...masa tu rasa mcm bosan tapi fikir-fikir balik banyak hikmahnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Farah, memang banyak hikmahnya. At least kita sebagai ibu dan baby yang masih terlalu kecik tu terhindar daripada jangkitan udara yang mungkin berbahaya di luar sana. Syabas! Heheee

      Delete
  16. rasa senak perut bca. baru tau cara betul ikat bengkung. baru tau cara duduk (ingtkn blh la berssimpuh. berpantang keguguran sendiri :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, ikat bengkung ada tekniknya. Duduk pun kena betul caranya. Trimas kerana sudi membaca ;)

      Delete
  17. alhamdulillah banyak ilmu manfaat yang dikongsi, terima kasih banyak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah kalau memberi manfaat. terima kasih ye puterikemasul :)

      Delete
  18. AnonymousJuly 14, 2017

    Assalamualaikum, kita bersalin normal,baby tak cukup bulan (bukaan jalan 3cm shj dah bersalin) dan takde jahit.. Semalam acik ngurut kata rahim dh kecut dan dia dh urut sengkak.. Harini kita berpantang baru cukup seminggu..

    Boleh ke nk baring mengiring/duduk bersila?
    Boleh ke makan telur?
    Hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam... tahniah dapat baby. Eloknya semasa berpantang, kita tidur baring tegak aje. Itulah yang nenek saya pesan sgt supaya peranakan kita stay. Duduk cara duduk antara dua sujud atau lunjur kaki. Wlupun tak jahit (wow bestnya tak.kena jahit), tapi tetap nak jaga rahim. Itulah pesan nenek hehehe... selamat berpantang dan terima kasih ;)

      Delete
    2. Kalau saya, telur, ayam semua daya bedal. Yg penting makan kena berkhasiat ye. ;)

      Delete
  19. Pilis bila dah kering boleh terus cuci tak? Adakah pilis di pakai satu malam?

    ReplyDelete
  20. Wahh. Bestnyaaa.. Nak cari mana jamu bancuh sndiri tu. Teringin

    ReplyDelete

Oh, tak sangka ada yang sudi komen... terima kasih!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...