Sekejap sahaja sudah menjengah tahun 2012. Amacam? Azam tahun 2011 dah selamat tertunaikah? Apa pula yang anda lakukan pada malam tahun baharu?
Pergi pesta nyanyi-nyanyi dan tari-menari di Dataran Merdeka?
Pergi makan lamb mandy di restoran nasi arab?
Pergi jalan-jalan naik kereta tengok lampu kat Dataran Penggaram?
Atau sekadar duduk di rumah tengok siaran ulangan di Astro?
Biasanya pada malam tahun baharu Pida cuma lepak-lepak di rumah sahaja, tak koser nak menyemak-nyemak dengan orang ramai. Lagipun cuma tahun baharu, ada apa sangat!
Uihh, Pida trauma bila berada kat tempat-tempat sesak ni. Dulu pernah masa Pida tengok bunga api, tiba-tiba Pida rasa ada macam ada senduk kayu kat alur montot... Pida buat dekk je (eh, bukan sebab stim hokay!). Tapi makin lama makin menjadi-jadi pulak menyenduknya! Sekali Pida toleh belakang, rupa-rupanya Pida kena rubber! Langsat!
Sudah sudahlah... Pida enggan mengingati kisah lalu. Pida malu! Pida sudah tidak berguna lagi.... ah!
Oh ya, tajuk kali ini adalah seperti di atas. Kita sebagai manusia pasti menginginkan sebuah kehidupan yang bermakna dan tidak sia-sia. Kerana kita adalah hero dalam sebuah kisah cinta.
(Inilah analogi yang Pida terangkan kepada Rania apabila dia bertanya bagaimana asal kejadian dirinya. Selepas itu dia berkata, "ooo jadi abah cintakan mak ye... eeee tak malu!" Ye, Pida malu tersipu-sipu pada masa itu).
Kehidupan yang fana ini tidak bermakna jika tiada gumbira. Kanvas dunia yang sementara ini kelihatan hambar jika tidak dihampar warna-warna bahagia. Kita selalu mengimpi untuk melalui hari-hari yang bererti, namun sudah menjadi resam dunia, kadang-kadang kebaikan yang kita harapkan itu bertukar menjadi sebaliknya...
Tetapi kita rasa sentap bila semasa kita baru saja memperkenalkan nama kita, penemuduga tersebut terus tertidur di atas meja temuduga itu sambil berdengkur! |
**********
Kita rasa mantap jika pakwe kita tak abis-abis memuji dan membodek kita sampai meletup-letup hidung kita kerana terlalu banyak kembang dan kempis. |
**********
Kita rasa mantap jika buah hati hasil cinta monyet yang sudah dikenali sejak zaman belum tadika lagi sudi berkahwin dengan kita. |
Tapi kita rasa sentap bila alih-alih dapat tau buah hati pengarang jantung kita selama ini rupanya adalah adik susuan kita! Huaaaaa!!!! |
**********
Kita rasa mantap jika makwe kita beria-ia ajak kita datang meminang dia. Kita siap bawak mak dan makcik kita sekali. Cincin belah rotan pun kita bawak. |
**********
Kita rasa mantap jika kita dapat mandat jadi imam solat berjemaah dengan makwe kita bersama ahli keluarga dia sekali semasa majlis cukur jambul anak sedara dia baru-baru ni. |
Kita rasa mantap jika boss kita buat jamuan khas untuk kita saja, siap buat kat resort 5 bintang, jemput semua staf termasuk makcik cleaner, pak cik tukang, siap ada pertunjukan bunga api lagi kau! |
dataran penggaram tuh?? Balik bp ke new year arituh??
ReplyDeletecaption yg last skali 2 dtujukan khas utk ko ke..muahahaha...
ReplyDeletefello, saya tak balik kampung... kat rumah je tgk tivitiga dan tivisatu. ;)
ReplyDeletehilma, ko ingat senang ke kerajaan nak buang staf? eh, eh.. sekarang exit policy dah boleh la... kemon la... saya buat blog lepas opis hour.
ReplyDeletehuaha...ape kes pakwe i lari ikut minah hitam??huahahaha....
ReplyDeletemati-mati aku ingat kumpulan k-pop mana komen kat blog aku. hah adik, kan cun gambor kau kat atas tu hahaha!
ReplyDeletegambo memang da chun da...tp caption xleh bla...hahahahaha....well,im famous now...sbb da msuk belog mokde...hahahaha...
ReplyDelete