Friday, October 26, 2012

Dialog yang tidak patut dibualkan dengan bakal mertua

Salam mertua,

Musim cuti sekolah bakal tiba. Cuti sekolah di Malaysia sinonim dengan musim kerja kahwin atau walimatul urus. Tapi sekarang ni orang kahwin sepanjang tahun. Setiap minggu ada saja jemputan kahwin. Dah tak kira waktu cuti sekolah lagi dah.

Namun, sebelum sesebuah pasangan itu berkahwin, diorang mestilah bermula dengan bibit-bibit percintaan kan? Masa tulah nak jumpa bakal mak mentua dan bapak mentua.

Bagi yang perempuan, pengalaman pertama berjumpa bakal mertua adalah suatu detik yang sangat mendebarkan. Bermacam-macam andaian yang berlegar-legar di fikiran. Aku diterimakah? Aku menerimakah? Segalanya suspen gitu.

Bagi yang jejaka pulak, pengalaman pertama berjumpa orang tua awek mereka adalah satu peluang keemasan untuk membuktikan kejantanan mereka. Masa inilah si teruna ni kena jadi orang yang berkeyakinan untuk mendapat merit daripada bakal mertua. Masa ni boleh la lagi control macho atau berlakon, tapi awas, kau nak berlakon sampai bila?

Baiklah, dalam entry ini Pida akan memberi serba sedikit panduan bagi para cowoks dan ceweks ketika menghadap bakal mertua terutama pada kali pertama. Ingat, first impression itu adalah penting!

Ada beberapa adab ketika berhadapan dengan keluarga pakwe/makwe. Antaranya ialah adab ketika berbual. Namun ada beberapa dialog yang tidak patut kaututurkan di hadapan bakal mertua. Kalau kau gatal jugak mulut berbual pasal perkara-perkara ini nanti, nahaslah kau. Kempunan la kau nak kahwin dengan anak diorang!

Contoh dialog yang 'jangan' ialah:

1)   Eh, Milah kata dia anak yatim piatu. Pakcik dan makcik ni siapa pulak? Takkan hantu kot? Hahahaha. "Pang!"

2)   Rumah ni dah habis bayar ke belum?

3)   Apesal kuih apam ni rasa macam basi je... makcik bagi saya makanan basi ke?

4)   Idham tu nakal la makcik. Entah-entah ikut perangai pakcik kot...?

5)   Betul ke dulu pakcik dan makcik kahwin kena tangkap basah?

6)   Lepas kitorang kahwin nanti, kitorang duduk kat rumah ni jelah ye. Jimat duit sewa dan api air kan pakcik?

7)   Tema rumah makcik ni macam tak berapa sesuai la. Patutnya warna sofa ni kena matching dengan kaler langsir. Meja konsol ni elok letak kat sudut sana tu. (sambil menukar kedudukan perabot).

8)   Rumah ni memang banyak lalat ke? Geli la dowh...

9)   Duit pencen pakcik banyak lagi?

10) Bakal tunang saya tu anak kandung ke anak angkat?

Haaa... itulah antara dialog yang tidak boleh sama sekali diucapkan dalam pertemuan pertama, kedua, ketiga dan seterusnya. Kalau kau tak nak merasa kena reject mentah-mentah la...

Ingat, jaga mulut dan jaga perut! Selamat pengantin baru!

3 comments:

  1. Haha..thnx kak pida.sy akn ingt pesanan ni walaupun sbnrnya soklan no 2 tu pernah ditnya oleh sy.tp bkn kat bkl mak mertua lah..pd en pentunang..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Ye ke ct? Lawak arr.

      Delete

Oh, tak sangka ada yang sudi komen... terima kasih!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...