Wednesday, May 3, 2017

Darmawisata Cherating II : Cintaku Berulang Di Kuala Kemaman

Salam cintaku,

Kami tidak ada perancangan yang banyak dalam percutian keluarga kali ini. Dapat berada di tepi pantai Balok yang indah inipun dan cukup seronok bagi kami terutama tauke besar rombongan kami iaitu ab.

Hari kedua di Cherating, kami tak tau nak pergi ke mana. Tapi ada satu destinasi yang Pida betul-betul nak bawak keluarga ke sana.

Kau ingat tak Pida pernah cerita pasal satar yang sungguh sedap dan heaven di Kuala Kemaman?

Haaa, tempat inilah yang Pida paling nak pergi. Sebab rindu sangat dengan satar yang sangat sedap tu.

Kuala Kemaman terletak tidak jauh dari Balok dan Cherating tempat penginapan kami. Perjalanan tak sampai setengah jam pun.

Tatkala sampai sekali lagi ke gerai satar tu (nasib baik Pida masih ingat gerainya), Pida rasa tak sabar-sabar nak makan satar.

Yes! Pida yakin inilah getai satar tersedap di dunia tu. Walaupun dah 4 tahun kenangan manis itu berlalu, namun keenakannya masih terasa-rasa di hujung lidah bercabangku ini.


Standard arrr kalau dah ke sini mesti order satar dan otak-otak. Dengan air kelapa. Dengan goreng pisang sekali baq hang.

Otak-otak dia memang tak sama dengan otak-otak kempas atau kepala otak kau berjambul. 

Otak-otak Kuala Kemaman ni memang dia bagi kau daging ikan seketul pastu dia paiskan dengan rempah dia. Ya Allah, dia punya sedap tu memang level taubat nasuha la wa cakap lu.

Tengok ab tu. Termenung memikirkan anak-anak durjana yang hanya tau mengabiskan beras aje.

Ab bersama Rania. Masa ni ummi tengah sibuk pilih-pilih makanan dengan air kelapa.

Adakah satarnya masih sama rasanya? Ye! Sama. Siyes arrr... memang sama la gila. 

Lebih kurang sejam mentekedarah satar dan otak-otak di gerai ini, kami kembali buntu. Buntu sebab tak tau nak ke mana lagi. 

Tiba-tiba timbul cadangan gila nak gi Kuala Terengganu. Nak pergi ke Taman Tamadun Islam katanya. 

Tapi apabila kami menimbang setiap aspek termasuk jarak perjalanan dan masa sampai dan pulang; akhirnya kami sependapat bahawa cadangan gila tersebut sememangnya gila.

Maka kami memutuskan untuk hanya bersiar-siar sahaja di sekitar Kuala Kemaman. Kami akhirnya sampai ke Pantai Mak Nik yang sangat indah.

Di Pantai Mak Nik ini, pengunjung boleh melakukan macam-macam aktiviti. Ada permainan kereta untuk kanak-kanak, boleh sewa hoverboard, main bubble dan main basikal.

Sufi bodek mak dan abah.

Boleh juga main buaian.

Lama jugak kami melepak di tepi pantai ini. Suasana dia memang nyaman dan cantik sebab dikelilingi pokok rhu dan pine.

Kami pulang semula ke tempat penginapan di Samsuria Resort. Tapi sebelum tu, demi memenuhi keinginan Rania, kami melawat Pusat Konservasi Penyu di Cherating.

Untuk hari kedua ini, memang Pida puas hati la dapat kembali ke pangkuan satar tu. Puas hati betul. Memang puas hati la.

No comments:

Post a Comment

Oh, tak sangka ada yang sudi komen... terima kasih!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...