Monday, May 1, 2017

Holiday Homes At Samsuria Resort

Salam holiday,

Sudah lama ab menyatakan hasrat untuk membawa anak-anaknya makan angin.

Itulah salah satu impian ab. Menurutnya, kitorang adik-beradik cariklah satu tempat percutian di pantai timur dan boleh mandi pantai.

Maka bermusyawarahlah kami enam beradik melakukan survey untuk memenuhi hajat ab tercinta. Pesan ab, ab taknak tau apa-apa masalah, ab tau setel.

Survey punya survey, gaduh punya gaduh, lepas bertumbuk-tumbuk bagai, akhirnya kami tak sepakat memilih sebuah tempat penginapan yang hmmmm.... marveles!

Apartment Holiday Homes At Samsuria Resort, Balok Kuantan. Awesome!

Last-last kami pilih untuk bercuti di Cherating. Mula-mula kitorang nak pegi Terengganu sebab kami memang jatuh cinta sangat dengan keindahan Terengganu. 

Namun disebabkan kekangan tarikh percutian kami pada hujung minggu dan bukan musim cuti sekolah, maka Cheratinglah destinasi terbaik.

Apartment ini mempunyai ruang tamu yang sangat luas. Susun atur dan perabotnya moden. Masuk-masuk pintu je Pida macam, waaahhhhh!!! Cantiknya!

Dapur ini ringkas sahaja tetapi moden dan anggun. Tungku dia tak pakai api, tapi jenis induction cooker. Terletak sebaik sahaja masuk ke dalam. 

Memang gini kan susun atur rumah skrg.. kalau aku memang tak la dapur kat depan-depan alam. Kalau jenis yang dapur buat geli-geli je bole la dapur terpampang kat depan macam ni.

Ini bilik tidur utama. Katil saiz raja. Memang best jadi ayam golek kat atas katil ni. Golek-golek sampai tergolek lalu tersadai di atas suami... lantas... ah, kau tahu apa yang berlaku... sudah tentulah suamiku ditumbuk oleh Mumu.

Bilik tadi, ini yang bukak lampu. Sangat tenang dan selesa.

Ini ialah bilik tidur kedua. Katil saiz permaisuri
 Kecik sedikit daripada bilik pertama tadi namun tetap luas dan selesa.

Walaupun apartment ini mempunyai 2 bilik tidur, namun pada malam harinya suamiku tetap nak kami sekeluarga tidur sebilik. Mesra katanya. Mesra korokmu. Rimas tau tak.

Apartment ini memang dihias cantik. Pida tertarik dengan lukisan cat air yang mengindahkan dinding. Dia punya cantik tu rasa macam kau nak curik aje bawak balik.








Cantik kan seni lukisan ini? Pida sampai pegang-pegang dan belek lukisan-lukisan ni sebab terlalu cantik.

Apa lagi yang menarik di Samsuria ini? Pantai yang indah dan dekat aje di depan sana!

Bilik kami mengadap laut. Memang syurga la. Pantai sini memang terbaik. Cantik, pasir dia macam bedak talkum Cuticura wa cakap lu. Halus bak pasir pantai. Oit, memang la pasir pun.

Lagi satu dia punya ombak perghhh... ganas carik gaduh kau! Memang mencabar la. Bukan ombak manja-manja, ni ombak menghempas pantai. Memang terhempas la. Lenguh badan kiter malam carik minyak wak dakam.


Mula-mula acah-acah main kat gigi air je. Main-main pasir. Main timbus-timbus. Lepas aku timbus kau, kautimbus aku pulak. 

Mumu timbus ketam.

Setakat cakap kat awek sanggup renangi lautan api tu boleh pegi meninggal la. Meh sini beradu kekuatan dengan ombak Pantai Balok ni. 

Wah! Lihatlah itu. Betapa seronoknya mereka mandi-manda bermain ombak. (I love this pic. Thanks to kamera Samsung Galaxy S7 Edge yang sungguh powerful. Gambar asal. Hanya one-touch 'auto-adjust'.)

Aqil main splash-splash.

Seronok melihat ab tersenyum. Ummi pun kemain lagi happy. 

Berbaloi sungguh penginapan dan percutian di Samsuria Resort ini. Rumah selesa, pantai dekat dan indah. Apa lagi yang dimahukan dalam sebuah percutian keluarga yang ideal...?

=)











No comments:

Post a Comment

Oh, tak sangka ada yang sudi komen... terima kasih!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...