Saturday, April 8, 2017

Kembalilah Najip Ali!

Salam kembali,

Baru-baru ini satu kontroversi membabitkan pengacara sensasi dari negeri Temasik iaitu Najip Ali telah tercipta.

Pida tak nak mengulas panjang mengenai perkara ini kerana Pida malas haha. Cuma nak cerita pasal pengacara kegemaran Pida ni aje...

Akibat daripada isu ini, Najip Ali dilaporkan telah disingkirkan daripada terus menggalas tugas sebagai juri tetap Maharaja Lawak Mega 2017 yang sedang berlangsung.

Petikan daripada Beautifulnara.com. 

Hasil carian google dengan kata kunci "najip ali". Ternyata keputusan yang keluar adalah kontroversi yang sedang trending ini.

Bagi pembaca yang pernah mengikuti entry Pida bertajuk maharaja-lawak-mega-minggu-ke-5-jambu, dan juga entry berjudul mlm-2012-minggu-7-jambu-terbaik, Pida ada menyebut tentang Najip Ali. 

Pida memuji cara komen dia yang sangat mantap, bernas dan cerdik; juri paling bijaksana dalam ramai-ramai juri MLM setakat ini.

Dan sebagai pengikut setia MLM, Pida amat gembira kerana pada tahun ini sekali lagi Najip Ali diberi tanggungjawab menjadi juri.

Pida tentunya tertunggu-tunggu giliran Najip Ali menyampaikan komentar terhadap persembahan peserta. Mendengar ulasannya yang ada kelas tersendiri, dah cukup membuatkan Pida rasa 'kenyang'.

Jadi, apabila Najip Ali tidak dibenarkan menjadi juri lagi, Pida berasa amat kecewa. Tiada lagi komen padu dan jitu yang dilontarkan dalam MLM tanpanya.

Entry ini ditulis secara umum, sekadar untuk Pida meluahkan perasaan sedih kerana tidak dapat menonton Najip Ali lagi. 

Pida tak nak komen tentang isu ini dan juga juri yang menggantikan dia. Kerana bagi Pida, Pida hanya menulis tentang apa yang berlaku kepada Najip Ali sekarang. 

Najip Ali - hanya satu Najip Ali.


7 comments:

  1. Betul Pida,
    Saya pun lihat dalam komen komen Najip ada kewajarannya. Tak lah semua suka dan nak bagi 5 bintang saja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan? ,Dia pun tak la lokek Ha, cara dia bagi komen secara teknikal dan nampak kewibawaan tu yang menarik perhatian. Tq baca hehe ;)

      Delete
    2. Assalamualaikum Pn Pida

      Delete
  2. Assalamualaikum Pn Pida...apa khabar? Selamat terus menulis entri blog pada saat badai media sosial telah meranapkan segala2 nya

    ReplyDelete
  3. Maaf, saya punya hp ni dah pening....tadi mcm tak publish..saya komen lagi..mcm tak publish..alih2 dah ada 3...ini bahana dah lama tak tulis blog

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam cikgu mat som hehehe. Terima kasih sudi baca.

      Delete

Oh, tak sangka ada yang sudi komen... terima kasih!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...