Sunday, July 30, 2017

Darmawisata Cherating IV : Oh Patin Temerloh!

Salam patin,

Setelah berada 3 hari 2 malam di Cherating / Kuala Kemaman, maka kami pun memutuskan untuk pulang.

Hari terakhir darmawisata singkat kami benar-benar membuatkan kami rasa berat nak meninggalkan Cherating.

Gila kau tak berat. Kat KL mana ada pantai dan laut seindah Cherating. Kat KL juga tak ada satar dan otak-otak selazat sesedap Kuala Kemaman.

Namun hidup perlu diteruskan. Kami meninggalkan Cherating dengan harapan dapat ke sana lagi nanti.

Berjalan-jalan makan angin dengan Ab ni banyak santai dan rileks. Ab dah pesan, on that way balik jangan tak singgah Temerloh.

Tau dah kalau sebut Temerloh tu tak lain tak bukan nak makan ikam patinlah tewwww. Sebagai anak yang comel, kami tidak membantah malah menyokong cadangan Ab itu.

Temerloh Bandar Patin. Kalau datang ke Temerloh, silalah makan patin. Rugi kalau tak rasa. 

Kami mencari gerai makan yang menjual lauk ikan patin. Tak banyak gerai yang dibuka pada hari Ahad. Ada satu gerai ni yang kami terjah.

Disebabkan kami memang lapar gila masa tu sebab dah tengah hari memang time orang makan, maka kami ambik beberapa potong ikan patin. 

Kami ambik bahagian kepala,...

...tak cukup kepala, kami ambik bahagian badan,...

...tak cukup badan kami ambik ekor pulak! Haaa lengkaplah puzzle ikan patin sekor.

Tengoklah ikan patin yang sungguh jelita ini. Sedap weh. Lagi sedap daripada flower horn. Patin tempoyak. Perghhhhhh. Merecik.

Kami makan macam makan kat rumah sendiri. Habis sepotong tambah lagi. Habis tambah lagi. Seronok aku tengok tauke tu gembira melayan kami.

Seorang pemakan patin sedang menikmati kelazatan ikan ini. Beliau tidak mahu identitinya didedahkan kerana bimbang diketahui jiran-jiran.

Kelihatan tauke bercekak pinggang sambil menyangkutkan dagunya di batang sudu pelanggan tersebut.

Anak pemakan patin tadi beraksi macho dengan menyapu rambutnya dengan kuah patin sambil memakai baju cici dan caca.

Kalau dah sampai Temerloh, kalau kau tak bergambo kat location ni, lebih baik kau jadi puteri umno je la. Kau tengok aku, cute kan?

Satu aktiviti menarik di sungai ini ialah perlumbaan bot. Ye, lumba bot. Diorang lumba bawak laju-laju pusing-pusing sungai. Best sangat tengok perlumbaan ni. Unik.

Inilah funder kitorang. Namanya cumi dan ciki. Eh bukan. Namanya Ab dan Ummi. Terima kasih kerana bawak kami jalan-jalan. Kami mana ada duit sendiri nak pegi makan angin. 

Abadikan kenangan dengan gambar tak nampak muka ni. Maafkan Pida sebab tak reti ejas pencahayaan.

Sesudah menikmati kelazatan patin, kami pun berpisah dari sini. Masing-masing balik ke rumah sendiri. Ab dan Ummi pun pulang ke Batu Pahat.

Percutian kami kali ini amat bermakna. Setiap saat bersama Ab dan Ummi dirasakan hangat dan erat. 

Mak? Sudah tentu kami amat merindui mak kerana mak dulu pun sangat suka makan angin bawak anak-anak.

Semoga ada lagi peluang kami bersama-sama dalam percutian yang lain pula.

Selamat tinggal Temerloh, selamat tinggal patin.

Selamat tinggal Cherating!




No comments:

Post a Comment

Oh, tak sangka ada yang sudi komen... terima kasih!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...