Semalam sewaktu Pida balik dari kerja kira-kira pukul 6 petang, Pida ternampak seorang lelaki bersama seorang budak kecil dalam usia 2 tahun sedang menaiki motorsikal.
Lelaki itu mungkin bapa kepada kanak-kanak tersebut. Atau mungkin abang angkat. Mungkin juga rakan FB. Lantak la. Dia memakai topi keledar sedangkan budak lelaki yang masih kecil itu tidak memakai apa-apa di kepala walaupun gayung.
Sewaktu Pida nampak mereka, motor yang dinaiki itu sedang mencilok simpang dengan lajunya di jalan raya yang besar dan sibuk dengan kenderaan bertali arus. Berderau darah Pida melihat cara lelaki tersebut membelok ke jalan besar itu dengan selamba dan laju. Pida cuma berdoa dalam hati agar budak itu selamat.
Peristiwa semalam mengingatkan Pida kepada kisah yang terjadi kepada Pida sendiri. Mari kita flasback.
Pada suatu pagi yang dingin, Pida sedang bersiap-siap untuk pergi kerja. Kebiasaannya Pida menaiki kereta dan membawa bersama Rania, Aqil dan Sufi yang pada masa itu baru berumur setahun lebih ke taska. Suami Pida pergi kerja naik motor.
Tetapi pada pagi itu, Sufi merengek-rengek nak mintak abah dia bawak jalan-jalan naik motor keliling taman sebelum pergi ke taska. Jadi abah dia pun bawaklah dia naik motor. Pida tunggu sekejap di dalam kereta bersama Rania dan Aqil.
Nak dijadikan cerita, tunggu punya tunggu tak sampai-sampai lagi si Sufi ni. Pida dah lambat ni. Ofis masuk pukul 8.00 pagi. Ni dah pukul 7.35 ni. Eh, mana anak aku ni? Tanya Pida kepada diri Pida sendiri.
Pida tunggu lagi 5 minit. Hati dah mula resah. Kok ngapain tak pulang-pulang? Lantas Pida pun menaiki kereta dan berhenti di pondok pak guard.
"Ada nampak suami saya naik motor tak?" Pida bertanya kepada pak guard warga Nepal tersebut.
"Ada. Dah keluar tadi," jawab pak guard itu dengan sopan.
"Hah?!!" Pida kaget.
"Dia bawak baby ke?!"
"Haah... dengan baby sekali."
Terus rasa nak pitam. Ya Allah, laki Pida dah bawak Sufi pergi taska naik motor!
Memang berderau la darah O Pida ni. Menjerit-jerit Pida di dalam kereta kerana panik. Pida risau sangat sebab Sufi naik motor tak pakai helmet. Dah la dia tu baby lagi masa tu. Naik motor terkinja-kinja seronok sebab dapat angin sejuk.
Bukan sebab angin sejuk yang Pida risaukan. Pida risau sebab jalan ke taska tu jalan besar. Banyak kenderaan termasuk lori-lori bawak tanah lalu-lalang kat situ. Kereta pun laju-laju belaka. Pasang bump pun orang langgar jugak (Pidalah tu). Dan yang paling Pida risaukan ialah sebab masa tu Sufi tak pakai helmet!
Ya Allah, kau selamatkanlah Sufi.... hanya itu yang Pida doa berkali-kali. Dah tak keruan Pida bawak kereta masa tu. Tekan pedal minyak pun rasa macam tak jejak je. Perjalanan yang hanya 5 minit tu dirasakan macam 5 jam. Rania dan Aqil cuma diam melihat mak diorang macam kena histeria. Pida risaukan Sufi yang tak pakai helmet tu! Risaunya Allah je yang tau.
Sebaik tiba di taska, Pida terus mendapatkan teacher. "Sufi dah sampai?" Pida lantas bertanya.
"Dah... ada kat dalam tengah main." Fuhh... leganya rasa..... Alhamdulillah Sufi selamat sampai. Selepas itu barulah Pida turunkan Rania dan Aqil masuk ke tadika.
Selepas itu barulah Pida rasa boleh memandu dengan tenang. Jiwa dah tak kacau lagi. Bersyukur sangat sebab takde apa-apa berlaku pada Sufi.
Risau kau tau tak bila kita tau baby kita naik motor di jalan besar tak pakai helmet. Kalau apa-apa berlaku pada dia tak ke menyesal nanti? Hish... na'uzubillah.
Sampai sahaja di ofis, selepas parking kereta, Pida terus call suami Pida.
"Abang! pot pet pot pet... bahaya... pot pet.... takde helmet... pot pet... saman...pot pet.... jangan buat lagi.... pot pet pot pet.... i love you too."
Mak sanggup dukung Sufi ke mana-mana asalkan Sufi sentiasa berada di depan mata mak dengan selamat. |
as salam
ReplyDeletealhamdulillah selamat :)
Salam Tihara,
DeleteMemang lega sgt dia selamat.
Tq;-)
Sebelum tu saya nak ucapkan tahniah atas pencapaian tertinggi suami Pida memperoleh MASTER. TAHNIAH DAN SYABAS kerana impian telah menjadi kenyataan.
ReplyDeleteSufi Insya Allah sentiasa dalam perlindungan Allah.
Cikgu Mat Som, Alhamdulillah... terima kasih!
DeleteSalam..kasih ibu bawa ke syurga
ReplyDeleteHai Amy, bila dah jadi mak ni mmg sensitip hal2 keselamatan anak2.
Delete