Salam utp,
Pada akhir bulan Oktober lepas, Pida dan keluarga telah meraikan majlis graduasi adik bongsu Pida di Universiti Teknologi Petronas (UTP) iaitu seminggu selepas
majlis konvokesyen suami Pida di UPM.
Kami sampai sehari sebelum majlis konvokesyen dia dijalankan. Jadi, sementara itu, Pida sebagai penolong ketua rombongan (exco logistik) mencadangkan agar kami pergi menghabiskan tenaga dan wang ringgit di Pesta Konvo UTP.
|
Kan dah kata, memang nak ngabiskan duit kan. Memang pun. Kat depan pesta orang dah jual belon. Kang tak dibelikan habis meraung si Sufi tu. Kalau setakat meraung takpe lagi, ni dah tahap peluk kaki Pida sampai nak terlondeh seluar aku. Dah la mahal. RM5 hengget satu. 3 dah RM15 hengget. Sampai rumah kena kipas terus koyak. Tengok la si Aqil tu kemain bersyukur dapat belon. |
|
Pesta Konvo UTP dibuat di tepi tasiknya yang indah. |
|
Sangat lapang untuk bermain ram ram rep dan police sentri one two jaga. |
|
Semua ada kecuali abang sulung Pida. |
|
Dah maghrib barulah kami balik. Kami bermalam di rumah kawan yang dekat dengan UTP. Esok nak ke sini lagi untuk majlis konvokesyen. |
|
Esoknya, kami datang semula ke sini untuk meraikan hari konvokesyen adik Pida. Dia dapat sesi petang. Tapi kami datang pagi untuk mengambil gambar rasmi dia bersama mak dan ab di studio yang disediakan di situ. Kami bergambar berlatar belakangkan Kompleks Canselor yang sungguh besar dan gah. |
|
Ini ruang di dalam Kompleks Canselor. Di sinilah upacara penganugerahan ijazah dijalankan iaitu di dalam dewan. |
|
Ini ialah perpustakaan. Besar, unik, canggih dan dipenuhi dengan puluhan ribu buku. Bertingkat-tingkat. Tak pernah Pida tengok perpustakaan macam ni. Walaupun Pida seorang yang tidak sukakan buku, namun Pida turut teruja dengan pusat sumber UTP ini. |
|
Gambar keluarga. Masa ni semua orang senyum kecuali Aqil sebab masa tu dia tengah sakit perut. Pida kata, "Sabar, jap kita bergambar dulu baru berak eh." Si Sufi macam biasalah, kaki dia tu digunakan untuk pakai seluar je. |
|
|
Tanda bagus itu bermaksud "Bagus ada mak dan ab." |
|
Kaedahnya gembira sangat la tu dah konvo ye dik! Tahniah adikku. Dulu kaulah anak mak yang paling bongok sekali tapi sekarang kau dah jadi jurutera. Jangan jadi jurutera bongok sudah. |
|
Rania menggambarkan dirinya sebagai Kimi Raikonen semasa bergambar di sebelah kereta racing F1 yang diletakkan di ruang dalam Pusat Sumber. |
|
Sementara menunggu adik bergambar di studio, Pida pergi meronda di gerai menjual bunga. |
|
Hakikatnya harga jambangan bunga di UTP ini tersangatlah mahal. Kebanyakannya RM50 ke atas dan ada yang mencecah RM100. Yang murah RM20 ada tapi itu pun macam tak padan dengan saiz dia. |
|
Haa inilah yang harga RM20 tu. Anak patung bear kecik, bunga poncot bulat merah sebijik, reben-reben, batang besar = RM20. Untuk orang kais pagi makan pagi macam Pida ni kira mahal la... |
|
Yang macam ni harganya RM80. |
|
Nak bayar pun menggigil je tangan. |
|
Patutlah harganya mahal. Rupanya bunga ros yang dijual itu adalah dari jenis yang berkualiti tinggi. Tebal, besar dan teksturnya macam baldu. Cantik sangat. |
|
Sedang bersiap-siap untuk mengenakan jubah. |
|
Pida bergambar bersama adik-adik dan adik ipar (mak Razin dan Sofia). |
|
Adik tengah ambik skrol daripada Tan Sri Sidek Hassan, Pro Canselor UTP. Gambar diambil dari luar dewan. |
|
Ciuman daripada mak dan ab. Kami adik-beradik dulu pun kena cium jugak. |
|
Berbaloi sudah. |
|
Majlis berakhir pada lewat petang. Selepas itu bagai burung, kami pun pulang ke sarang. |
Alhamdulillah, dengan terkonvonya adik bongsu Pida ni, maka tercapailah sudah impian mak dan ab untuk melihat kami enam beradik menggenggam ijazah. Mudah-mudahan kami menjadi anak yang berguna dan berjasa kepada mak dan ab.
Sekalung penghargaan untuk mak dan ab kerana telah membesarkan kami dengan sempurna sehingga kami berjaya dengan kehidupan sekarang. Mohon doa dan restu berpanjangan daripada mak dan ab sehingga ke akhir hayat kami.
|
Wahai adikku.... Jangan biarkan ibumu menangis kerana kegagalanmu, biarlah ibumu menangis kerana kejayaanmu ---> ayat popular dalam buku autograf masa kecik-kecik dulu. |
UTP tu berhantu tahu... adik kamu mesti tau cerita tu....
ReplyDeleteAaaaa takooottt!
ReplyDeleteTahniah
ReplyDeleteTq hihi :)
Delete