Thursday, May 3, 2012

Majlis Aqiqah Aida Sofia

Salam aqiqah,

Baru-baru ini telah berlangsungnya majlis aqiqah Aida Sofia yang berumur 3 bulan. Kalau kau nak tau, Aida Sofia ialah anak sedara Pida iaitu adik Razin.

Majlis telah selamat diimplementasikan di rumah mak Pida. Hahaha mesti kau tersenget-senget mulut mencebik bila Pida tulis cemtu kan? Sebenarnya Pida pun meluat jugak kat diri sendiri sebab tulis bahasa bombastik walhal langsung tak masuk konteks ayat.

Oklah, Pida tulis balik. Majlis telah selamat diresepsikan di rumah mak Pida. Hahaha kena lagi!


PIDAAAAA!!!!! DUSH DUSH DUSH

Adoi. Sakit la bodo.



***Pagi sebelum majlis***


Pembahagian tugas telah dirangka sejak mama Sofia mula dimasukkan ke labour room lagi. Babah Sofia sebagai tombot angkut sampah dan taik kucing, sementara anak-anak Pida ditugaskan untuk bermain buai dan menyanyi lagu Pohon Beringin bagi menghiburkan pekerja rewang. Tugas Pida ialah menjaga gerak-geri pekerja agar mereka tidak mengular. Di tangan Pida ada kayu cemeti yang orang buat libas kuda kepang tu.




Ini adalah dua orang buruh kanak-kanak yang diimport secara pasaran gelap dari Hutan Amazon. Mereka dipercayai kuat bekerja kerana makanan asasi mereka adalah buah acai beri semata-mata. Lagipun tak payah bagi upah budak-budak ni. Mak bapak diorang bukan tau aku tangkap diorang ni sebab tengah sibuk main Solitaire. Tengok tu betapa kuatnya mereka, meja bulat itu hanya angkat berdua sahaja. Berdua lebih baik, kata salah seorang daripada mereka (yang pakai singlet. Eh, kok dedua pakai singlet).



Selepas menyusun meja, buruh kanak-kanak ini dikerah pula mengalihkan sangkar kucing lumpuh dari porch ke pasir kucing. Kelihatan kanak-kanak yang memakai singlet ada gambar kartun tu berfikir kenapakah dia perlu melakukan tugas pencacai ini. Hep!!! Cepat buat!!! Nak etet ke tak?!



Kanak-kanak yang memegang Mykid bernama Razin ini kelihatan lesu sekali setelah lebih banyak mengular daripada buat keje.


Nampaknya kanak-kanak yang dipanggil Sufi ini telah terlebih dahulu menghilangkan diri sebelum keje habis dibuat. Nampaknya juga dia sedang bersiul riang kerana pada fikirannya dia dapat melepaskan dirinya tetapi malang kerana gambarnya telah sempat ditangkap oleh jurugambar yang kebetulan juga sedang mengular. Ah, kantoi...



Langkah kanak-kanak ini tersekat kerana baru saja nak pergi dapur teguk jus acai beri, ketua rewang dah bagi dia tugas vakum keseluruhan rumah. Itu belum lagi angkut karpet yang beratur kat belakang tu bawak naik atas.


Akhirnya siap. Sedia untuk diminum. Bukan. Sedap dimakan begitu saja. Bukan juga. Ah, mana-manalah.




***Majlis Makan Tengah Hari***



Antara lauk yang dihidangkan. Labu dan kacang panjang masak lemak.



Hidangan signature orang jawa - pecel lele.



Iwak goreng a.k.a fried fish



And of course; the king of the dish of the day of you and of me... Kambing aqiqah masak merah. Dicipta sempurna oleh Mak Long Pida (Pida punya Mak Long) yang terkenal dengan kehandalannya memasak apa jua jenis masakan kecuali masakan Mediterranian (ntah-ntah masakan mediterranian pun Mak Long terrer). Masak orang pun dia boleh.

Sebenarnya banyak lagi lauk yang dihidangkan untuk dinikmati tetamu seperti ulam kacang botor dan sambal belacan, ayam goreng bersos, kuih sampai 10 jenis sampai boleh buat gerai, bubur kacang, bubur pulut hitam dan eh macam-macam ada! Tapi ada satu jenis kuih yang Pida rasa mesti kau tak kenal iaitu....


Haaa!! Sapa tau kuih apa ni? Ini ialah kuih DANGAI. Dalam bahasa jawa, ia dinamakan kuih RANGIN. Bahan utama kuih dangai ini ialah kelapa dan tepung pulut. Sedap kau kuih ni. Rasa sekali nak lagi. Kuih ni makcik Pida yang buat. Thank you Mak Siti!



Keadaan terkawal semasa makan tengah hari. Suasananya jauh lebih bersih dan tenang daripada keadaan di Dataran Merdeka.



Co-host majlis iatu nenek. Inilah nenek yang Pida ceritakan dulu tu. Di sebelah nenek adalah jejaka iras-iras rakyat Bangladesh iaitu adik bongsu Pida. Yang kecik kat belakang tengah korek telinga pastu cium tu ialah Sufi. Eh, mana buruh kanak-kanak yang dorang tu?!



***Majlis malam - kenduri tahlil dan selawat***


Tetamu majlis tidak kira kecil-besar tua-muda kerajaan-swasta merdeka-hamba mengaminkan bacaan doa oleh Tok Kadi eh silap, Tok Imam.


Jemaah berdiri membaca selawat dan marhaban.



Upacara memperkenalkan Aida Sofia kepada hadirin. Sesi suai kenal dan ice-breaking telah diimplementasikan dulu oleh Tokyi. Hahaha tak abis-abis dengan implementasi aku ni. Ketuk dengan senduk kang, terus jadi beruk.


















***Pasca majlis***


Apa kau ingat lepas habis majlis je kau boleh tido peluk bolster dan mula mimpi basah? Yang pergi biarlah pergi, yang tinggal ni kenalah kemas dulu derr...


Budak bertuah. Bapak kau penat bukan sebab mengangkat sofa tu, tapi sebab mengangkut kau berdua.


Bravo! Siap suda! Bole tido juga!



***Corat-coret majlis (The interlud)***


Cita-cita saya nak jadi penari latar, tapi mak saya mati-mati suruh jadi bomba. Saya tak suka main air, saya suka menari. Apa pendapat encik?


Emm... saya rasa sektor pertanian harus dipertingkatkan memandangkan kita terlalu banyak kebergantungan kepada negara luar. Contohnya, nak makan strawberry yang manis pun kena impoert. Apa pendapat encik?


Encik ada nombor kontek Shila Amzah tak? Saya nak apply jadi manager dia la. Apa pendapat encik? "Hoi budak kecik! Ko tu masih bergayut lagi dah berangan macam-macam. Ko jangan macam-macam la budak kecik."


Di bawah lindungan Kaabah.


Mak, Aqil buntu nak main yang mana satu. Nak gitar ke, nak gambus arab ke, nak sitar kulit ular ke atau nak ukelele.


Mak, Sufi main lagu Selamat Hari Raya. Hari Raya bila mak?


Aku dah kata jangan main jalar-jalar, kan dah jatuh. Ha main lagi main lagi.


Hello world! My name is baby Aida Sofia. I would like to say thank you to everyone of you kerana sudi memeriahkan majlis aqiqah saya. Terutama kepada Babah, Mama, Tokyi, Mamaneh, Opah, all my tías and tíos, and every one. Thank you!




No comments:

Post a Comment

Oh, tak sangka ada yang sudi komen... terima kasih!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...