Wednesday, March 20, 2013

Memimpikanmu

Salam mimpi,

Malam tadi Pida terasa rindu yang amat terhadap mak. Sampai Pida update status kat facebook menyatakan rindu Pida itu.

Selalunya tatkala rindu menjengah diri, Pida akan membacakan surah Al-Fatihah untuk disedekahkan pahalanya kepada mak. Pida baca dengan mata terpejam dan jiwa yang khusyuk; seolah-olah Pida memberi hadiah kepada mak yang sedang menadah tangan menerimanya.

Dan selalunya juga, tika rindu datang, air mata pasti mengalir. Pada saat itu tergambar semula saat-saat sedih mak menghembuskan nafas terakhir di sisi ab dan kami semua. Pida dapat merasakan bahawa Pida masih lagi menggenggam erat dan mencium tangan mak.

Malam tadi adalah malam Pida yang berbahagia. Mak hadir lagi di dalam mimpi. Seronoknya Pida berbual-bual mesra dan rancak dengan mak, maklumlah sudah lama tidak bersua. Namun mak tidak bercakap sepatah pun.

Mak hanya tersenyum dan tersenyum. Seolah-olah mak terhibur sangat dapat mendengar cerita Pida.

Namun akhirnya Pida tersedar. Oh, rupanya hanyalah mimpi. Tapi Pida rasa puas juga sebab dalam kerinduan ini, dapat juga Pida 'bertemu' dengan mak walaupun hanya di alam mimpi.

Buat mak yang dirindui, Al-Fatihah.


2 comments:

  1. Semalam dilla pn mimpikan pakcik yg meninggal dunia sehari selepas emak kak pida.

    dalam mimpi tu, dilla bergurau-gurau dgn dia sambil menepuk bahu tp pakcik hanya tersenyum.

    tiba-tiba terus terjaga. jam menunjukkan pukul 2:30am, terus baca Al-Fatihah dan berdoa semoga arwah pakcik tenang disana.

    huhuuu Al-Fatihah juga utk emak kak pida =I

    ReplyDelete

Oh, tak sangka ada yang sudi komen... terima kasih!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...