Friday, March 1, 2013

Rumah Makan Sunda Cibiuk, yuk!

Salam cibiuk,

Hari tu Pida pergi makan tengah hari di sebuah restoran yang menawarkan masakan asli Sunda yang terletak di Kajang. Masakan Sunda yang terkenal ini berasal dari Jawa Barat, Indonesia dan sememangnya sudah mula mendapat tempat di anak tekak masyarakat tempatan.

Menyebut tentang masakan tradisional Indonesia, Pida dah terbayang kepedasannya. Pida ni jenis yang tak tahan pedas, tak boleh pedas langsung. Siaplah aku menggagau carik perigi kalau termakan pedas. Tapi oleh kerana ini percubaan pertama nak merasa masakan Sunda yang terkenal itu, Pida sudah bersedia menghadapi kemungkinan hingus meleleh sewaktu makan.


Rumah Makan Khas Sunda Cibiuk terletak di Taman Putra Kajang. Tarikan utama restoran ini adalah sambal-sambalnya yang pelbagai jenis dan rasa dan yang paling penting.... pedas!

Terdapat macam-macam jenis menu yang ditawarkan. Kebanyakannya berasaskan nasi dan sambal. Mari kita menahan kecur air liur dengan gambar-gambar di bawah. Hoi kau yang pakai tudung ekin tu! Lap air liur!

Ini hidangan pilihan Pida. Sebab Pida tanya waiter tu, mana yang paling tak pedas. Dia syorkan yang ini. Tapi bila dibukak laa kok diinti lada kok nasiknya... Kok tadi dibagitau nggak pedas... Namanya Nasi Bakar Pulen Komplit. Nasi dibungkus macam lontong dan aksesorinya terdiri daripada ayam bakar, tauhu goreng, tempe goreng, ikan sepat masin, timun dan salad. Walaupun Pida ni jawa totok, namun Pida tak gemar tempe. Tauhu pun tak minat. Habis apa yang aku suka? Harga : RM14.90

Suami Pida mengorder Paket Nasi Liwet Komplit Ayam Goreng. Jangan salah sebut. Liwet bukan liwat. Aksesori terdiri daripada nasi yang dibalut dengan daun pisang seperti lontong, tauhu goreng, tempe goreng, jering, sayur lodeh, timun dan salad. Harga : RM13.90


Adik Pida yang tengah hangat bercinta dengan jejaka seberang tu memesan Nasi Timbel Komplit Ayam Goreng. Terdiri daripada nasi yang dibungkus dengan daun pisang (seperti kuaci gergasi.) Eh, kuaci ke koci? Kuaci yang hamster makan tu kan? Aksesorinya ialah ayam goreng, ikan sepat masin, tauhu goreng, tempe goreng, sayur lodeh, timun dan salad. Harga : RM12.90.


Ikan sepat masin yang masin.

Sayur lodeh yang manis.

Setiap hidangan akan mendapat sambal istimewa ini yang dibuat daripada lada dan tomato secara percuma! Sambal ni... pehhh... pedas tapi sedap giler! Turut diberikan percuma ialah teh o panas yang tidak dicampur gula. Jadi kalau kau datang sini, tak payah order air. Memang dia akan kasi teh o percuma. Tapi tawar la.


Minuman yang istimewa di sini ialah jus alpukat (avokado). Harga RM7.90. Yang belakang tu ialah teh o panas percuma tu. Jari-jemari yang enterframe tu milik Sufi.

Untuk pencuci mulut, Pida memilih pavlova. Dah lama teringin nak makan pavlova, akhirnya jumpa di sini. Harga RM9.90 untuk sebiji pavlova bersaiz mulut cawan.

Rasanya? Terbaik!

Pida juga memesan Ais Durian Ala Cibiuk yang berharga RM10.90. Dia macam aiskrim durian, memang durian pun, campur dengan degan kelapa taruk ais. Peh... segerrr bugerrr!

Sufi makan pavlova campur ais durian. Sambil makan sambil tonton Ultraman Mebius kat Youtube.

Masa ni dia ponteng sekolah. Pida tanya, "Sufi, let's go to school." Dia jawab, "Taknak." Pida tanya kenapa? Dia jawab, "Takut mati."

Kami kenyang!

Testimoni yang disain oleh retis-retis popular Indonesia.

Yang tak habis Pida bungkus bawak balik. Sambung makan kat rumah. Pendek kata, makan kat sini memang sangat sedap dan berbaloi walaupun harganya agak mahal. Sekali-sekala boleh la... kalau tiap-tiap hari mau luruh bulu kaki.

Kalau nak tau lebih lanjut, sila lawati www.cibiuk.my


Update  :  Entry kedua Cibiuk.



2 comments:

  1. ya Ampun kak pida. dekat banget sama gue.

    tiap ari lalu jalan itu~ hehe

    nmpk mcm sedap tp asben gue takleh terima tekak makanan cmni~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Diila,

      Ya benerr? Harus dicobain loh!

      Lezat!

      Delete

Oh, tak sangka ada yang sudi komen... terima kasih!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...