Pada suatu petang, Pida meletakkan phablet Galaxy Note 2 Pida di atas meja di ruang tamu. Kebiasaannya, Pida akan meletakkannya di tempat yang keep out of reach of children tapi hari tu Pida mati-mati terlupa. Ini semua gara-gara melayan Rania dan Aqil menonton kartun kegemaran mereka iaitu Phineas And Ferb.
Bila teringatkan phablet kesayangan Pida tu, terus Pida tercari-cari. Dan Pida terus menjerit sebaik melihat Note 2 Pida tu sedang ditikam bertubi-tubi tanpa belas kasihan oleh si Sufi dengan pisau sapu mentega!
Sufi bergambar mesra dengan pisau sapu mentega. |
Sebaik melihat adegan memilukan tersebut, Pida terus menerpa ke arah Note 2 yang sedang ditetak berkali-kali itu. Pida ambik pisau dari tangan Sufi dan Pida cubit dia. Habislah Note 2 aku... habislah...
Tetapi bila Pida periksa Note 2 tersebut, ajaib! Kerana tidak ada segaris calar pun! Wow! Dah kena tikam bertubi-tubi pun masih tak ada kesan calar! Hebat! Lepas tu Pida menoleh ke arash Sufi yang sedang menangis sambil menggosok-gosok pipi montel dia tu.
Alhamdulillah... skrin phablet Pida ni tak bercalar walau sikitpun walaupun dah kena tetak. |
Terima kasih kepada teknologi Corning Gorilla Glass yang digunakan dalam skrin Galaxy Note 2. Ia tahan lasak dan kalis calar walaupun menerima tekanan dan goresan yang kuat (kecuali pasir atau batu-batu kecil yang boleh mencalarkan sikit).
Tak percaya? Cubalah!
Salam sis,pkai skrin protector x?
ReplyDeleteSaya tak pakai skrin protector sebab skrin gorilla ni cantik dan kilat dia berbeza dengan kilat skrin lain. Nanti kalau pakai protector jadi tak cantik pulak.
DeleteTapi kena hati-hati juga, ia masih boleh calar jika terkena hablur-hablur halus seperti pasir. Sebab pasir tu ada bahan semula jadi yang tajam.
Skrin gorilla kawan saya bercalar juga sebab dia simpan dalam kocek seluar dan bercampur-campur dengan syiiling.