(Ini adalah entry membakor.)
Pada kali ini Pida ingin membuat sedikit review tentang peranti yang sedang hot dan meletop iaitu Samsung Galaxy Note II.
Ada apa dalam kotak ini - telefon, alat pengecas dwi fungsi (USB dan plug 3 pin), manual pengguna, earphone dan kad waranti |
Bateri yang bersaiz gaban. |
Nipis - 9.4 mm. Berat - 183 gram. |
Gandingan Galaxy Note II dengan Galaxy S3. |
Namun kali ini Pida lebih ingin berkongsi mengenai hasil gambar yang dirakam dengan menggunakan Galaxy Note II ini. Pada Pida, selain sentuhan S-Pen Note II yang sangat jitu dan lebih selesa daripada S-Pen generasi terdahulu iaitu Galaxy Note, bintang utama bagi peranti terbaru keluaran Samsung ini ialah KAMERA.
Pida pernah puji melambung fungsi kamera digital yang terdapat pada Samsung Galaxy Note dulu. Pida kata gambar-gambarnya sangat cantik dan sharp. Tapi kamera Samsung Galaxy Note II lebih gerek, lebih berkuasa, lebih best!
Shorcut Camera sebagai GUI Note II. Mari kita perhatikan ciri yang ditawarkan dalam kamera digital merangkap telefon dan tablet ini : |
Dengan 8 megapiksel, kamera Galaxy Note II ini berupaya menghasilkan gambar yang super-fine. Ada satu ciri terbaru yang Pida perasan telah ditambah dalam kamera Galaxy Note II iaitu fungsi makro atau jarak dekat.
Pida dah uji fungsi ni. Ia boleh merakam gambar sedekat 7cm dari lens kamera. Ia berfungsi seperti kamera DSLR, kotak fokus tu ejas-ejas (adjust) sendiri sampai dia fokus sharp kat subjek sebelum kita tangkap gambar tu. Hasilnya, kau boleh nampak perincian objek tersebut; bahan buatan dan tekstur permukaan. Dan boleh juga menghasilkan bokeh yang cantik!
Cakap berdegang-degung tak guna. Jom tengok hasil tangkapan Pida!
Penafian : Pida bukan jurugambar pro, jadi gambar-gambar ni memang la tak nampak pro. Cuma nak tunjukkan apa yang boleh dilakukan oleh kamera Galaxy Note II sahaja.
Perhatikan bunga di belakang itu sudah menjadi bokeh. |
Bokeh depan dan belakang. |
Bokeh pada bahagian kiri gambar. |
Bokeh pada biji tasbih yang paling dekat dengan lens kerana memberi fokus pada kalimah Laailaha Illallah. |
Syiling 5 sen ini diambil dalam jarak 4.5 cm dari lens. |
Gambar-gambar jarak dekat di atas tidak dicrop langsung, hanya di-resize untuk mengecilkan saiz pixel.
Gambar-gambar lain yang diambil:
Gambar dalam gelap yang menggunakan cahaya dari sekeliling. |
Secara ringkasnya, Samsung Galaxy Note II sama hebat; malah lebih hebat sedikit daripada Galaxy Note. Tips and tricks bagi kedua-duanya adalah sama.
Saiz skrin Samsung Galaxy Note II adalah 0.2 inci lebih besar daripada abangnya. Dengan skrin sebesar 5.5", ini bermakna ruang menonton lebih luas dan puas mata memandang.
Paparan skrin sangat jelas dan cantik. Kalau tengok video tu memang best la. Gambar pun sharp. Skrin Super AMOLED tu tak payah tampal dengan protector pun takpe, tapi pandai-pandailah jaga supaya tak calar.
...sila jenguk Samsung di sini. Ditulis di atas platform S-Note. |
Apa lagi yang boleh Pida katakan tentang Samsung Galaxy Note II ini selain HEBAT!
Ditulis di atas platform S-Note. |
cantik gambar2 awak tu.
ReplyDeleteJimmy, thanks a lot!
DeleteDatang lagi ye.
Memang berbaloilah yg memilikinya
ReplyDeleteTapi, entah bila saya nak membelinya
kerana senarai yuran, itu dan ini
sedang menunggu
Hahaha... cikgu ni buat saya sedih je membacanya ;p
DeleteHola Pida!
ReplyDeleteComo estas? To be truth, it's burning in & out! Unfortunately, I have no plan to buy it now! Maybe later... hikhik... Takde keperluan :))
All the pics are awesome :)
Hola Marya,
DeleteEstoy muy bien, gracias!
Debe comprarlo, creerme ;)
Gracias Marya.
nk requesttt, can u make comparison between note 3 and sony z1. tapandai la bab2 gadget ni. help meee sbb nak beli. tp cant decide between both ni
ReplyDeleteHanna. sorry saya tak dapat nak buat review note 3 dan sony z1 tu sebab saya tak menggunakannya. Hanna boleh google ye. TQ :)
Delete