Monday, December 24, 2012

Ciri-ciri makwe idaman pakwe

Salam pakwe,

Entry Pida yang lepas tentang sifat umum lelaki yang patut dijauhi oleh bakal isteri mengundang reaksi daripada pembaca blog Pida ni.

Kata pembaca yang hanya mahu dikenali sebagai Anonymous tersebut, yang Pida nyatakan tu ciri-ciri lelaki. Bagaimana pula dengan ciri-ciri perempuan yang merupakan bakal makwe/tunang/isteri? Pertama sekali Pida mengucapkan terima kasih kepada Anonymous tersebut yang sudi membaca dan menulis komen.

Untuk pengetahuan Anonymous, Pida dah buat kajian yang tak terperinci untuk mencarikan jawapan bagi pertanyaan tersebut. Oleh kerana Pida ni seorang perempuan, maka Pida telah mendapatkan input secara rawak daripada lelaki-lelaki keliling pinggang Pida - suami, adik-adik, kawan-kawan dan anak-anak lelaki Pida (?)

Jadi khas untuk Anonymous tersebut dan untuk kau juga, berikut adalah ciri-ciri makwe idaman pakwe untuk dijadikan isteri.

Ciri gadis pujaan :

1)   Cantik.

Ciri ini paling banyak mendominasi undian. Hey! Korang lelaki ni memang suka dengan perempuan cantik eh? Cantik macam mana? Cantiklah. Cun. Sedap mata memandang. Buat kita tergoda tatkala memandangnya.

Kata orang lelaki, kalau berjalan dengan perempuan cantik ni rasa bangga je... rasa besar je lobang hidung tu. Macam kiranya orang respek la sebab dia berjalan dengan makwe / tunang / isteri yang cantik.

Ciri cantik juga jadi pilihan supaya genetik cantik tu boleh dijadikan warisan untuk melahirkan anak-anak yang cantik juga. Huh, jauhnya berangan.

Habis tu gadis yang tak cantik macam mana? Adalah jodoh diorang tu nanti....Huh.

Kau pilihlah nak yang depan ke yang belakang. Dua-dua Miss Universe.


2)   Lemah-lembut

Orang lelaki amat mendambakan perempuan yang lemah lembut. Diorang kata perempuan yang lemah lembut ni boleh mencairkan hati lelaki. Lagipun perempuan yang lemah lembut ni biasanya jenis taat dan tak membantah. Kalau bercakap tu antara dengar dengan tak aje. Kalau ketawa kita ingat dia tersedu-sedu. Kalau menangis dengar macam bunyi nyamuk kat telinga je.


3)   Memahami kerjaya

Ciri ini pun penting juga. Lelaki zaman sekarang ni bukan hanya nakkan isteri yang cantik dan lemah lembut, malahan juga memahami kerjaya suami mereka.

Contohnya kalau suami dia tu seorang jurutera syarikat minyak yang kerjanya 6 bulan di laut 6 bulan di darat, isteri mestilah faham bahawa suami kerap tiada di rumah. Janganlah asyik merungut kata suami asyik out-station tak ingat nak balik rumah sedangkan kerja suami dia memang begitu.

Kalau suami tu pekerja am pembersihan pulak, jangan merungut kalau suami balik rumah bau busuk. Jangan kata suami tu macam bau tong sampah DBKL. Dah kerja dia memang gitu... sapa suruh kahwin dengan dia dulu?


4)   Berdikari

Ciri ini berkait dengan ciri memahami kerjaya di atas. Kalau suami tu jenis kerjanya tak tentu masa, contohnya doktor yang selalu ada on-call, isteri mestilah pandai menguruskan diri sendiri dan anak-anak. Pendek kata, tidak terlalu bergantung kepada suaminya sahaja. Apa-apa je tunggu suami. Sikit-sikit harapkan suami. Susahlah cenggitu.

Sekurang-kurangnya tahu macam mana nak contact apek gas (sekarang abang Pakistan yang bawak basikal hantar gas), klinik mana nak pergi kalau anak jatuh basikal, dan apa alasan nak bagi kalau ah long datang nak kutip hutang.


5)   Berkerjaya

Sesuai dengan peredaran masa, lelaki sekarang lebih gemar jika isterinya bekerja. Bukan apa kata diorang, bukan nak makan gaji bini, tapi sebagai meringankan beban tanggungan perbelanjaan suami terutama bila anak-anak dah makin ramai, harga barang dan perkhidmatan tak nampak tanda-tanda akan turun, dan untuk lebih menstabilkan kewangan.

Orang lelaki sangat menghargai isteri yang membantu mereka dari segi kewangan dengan rela hati. Tapi suami-suami harus ingat tau, duit bini duit bini. Duit laki duit bini. Harta bini harta bini. Harta laki harta sepencarian laki bini.


6)   Kelakar

Aik? Orang lelaki nak carik calon bini yang kelakar? Macam Pida eh? Hahaha...  elok la tu. Ketawa la kau puas-puas bila bini kau asyik buat lawak tak abis-abis.


7)   Bijak

Bijak. Hmmm... bijak tang mana tu ek? Orang lelaki kata, diorang nak carik isteri yang bijak sebab diorang nak isteri diorang tu bukan setakat boleh jadi bini je, tetapi juga boleh jadi teman bekerja, rakan berbual dan kekasih yang setia.

Oooo Pida paham. Maksudnya kau nak bini kau tu nanti luas pengetahuan tentang banyak perkara ye? Maksudnya kalau kau kutuk Rajagobal pun dia boleh kutuk sekali. Gitu?


8)   Tak mengongkong

Ciri ini pun penting juga. Orang lelaki tak suka kalau bini diorang seorang yang queen control. Asal melangkah je mesti akan ditanya, "Abang nak pergi mana tu?" "Balik cepat tau."

Sebenarnya kitorang orang perempuan bukannya queen control, tapi sayang laki.


9)   Pandai memasak

Yang ini dah tentulah... orang perempuan kalau tak pandai memasak, tak cukup syarat lagi tu. Memang bukan semua orang perempuan pandai memasak.

Pida sendiri pun bukannya terror sangat masak. Pida masak cuma untuk mengelakkan mati aje. Kalau nak makan sedap, suami Pida yang masak. Haa ini kes lain. Ini kes suami memang rajin + pandai + minat memasak.


10)  Rajin

Orang perempuan memang kena rajin. Macam Pida ni rajin kemas rumah. Memang susah la kau nak tengok rumah Pida bersepah. Pida kalau rumah bersepah memang boleh pening kepala sampai 2 hari.

Anak-anak pun dah tau pe'el Pida. Kalau diorang tak kemas rumah, siaplah aku jotos sorang-sorang. Sampai dapur pun tak berasap sebab takut dapur bersepah. Muahahahahahaha.


11)   Romantik

Orang lelaki memang suka perempuan romantik sebab buat menambah kasih sayang kata mereka. Romantik sang wanita membuatkan lelaki sentiasa rasa disayangi. Sifat romantik ni bukan semua orang ada tau. Hanya insan anugerah Tuhan je yang ada sifat romantik ni.

Romantik bukan hanya dengan perbuatan bagi hadiah atau kad ucapan, bagi gelaran jiwang kat Whatapps pun kira romantik juga. Pasangkan cool fever kat dahi suami masa demam pun romantik jugak. Bagi surprise bil kad kredit kat suami pun romantik jugak.

Pida romantik? Eh, mestilah... kau apa tau.


12)   Solehah.

Ini ciri yang paling orang lelaki mahukan daripada bakal isteri mereka. Tak payah ulas panjang lebar pun kau faham kan kenapa?


Itulah serba-sedikit ciri-ciri makwe idaman pakwe untuk dijadikan isteri. Sebenarnya ada banyak lagi, tapi itu ciri-ciri yang wajib la seperti penyabar, sopan-santun, pandai mengaji dan banyak lagi.

Jangan berharap untuk mencari insan yang sempurna. Kalau dah si Rapeah tu jodoh kau, terima ajelah.

3 comments:

  1. Bagi surprise bil kad kredit kat suami pun romantik jugak


    i loveeeee this statement kakak!

    ReplyDelete
  2. Betul kata Pn Pida kita ni
    Khasnya ciri-ciri

    * PANDAI MENGAJI-KALAU BOLEH ADA SIJIL QARIAH SEMASA KAT SEKOLAH

    Sebabnya: Anak-anak tak payah dihantar ke rumah ustaz, ustazah malam-malam, kerana di situ akan wujud risiko anak diculik dan sebagainya, maklumlah takkan kita nak jaga sepanjang masa pergi dan balik mengaji tu. Kan pernah berlaku peristiwa, anak dibunuh dan di***** semasa balik dari mengaji.
    Kedua, suami tak perlulah ajar isterinya itu mengaji. KERANA tugas suami wajib mengajar isterinya bab-bab keagamaan. Sebab tu Rasulullah menekankan pentingnya ciri-ciri isteri itu mesti kuat AGAMAnya.




    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah cikgu... Alhamdulillah saya bersyukur sbb saya boleh mengaji dgn baik (saya rasa). Insya Allah bab tajwid asas dan makhraj saya tak fail. Tapi bila saya ajar Rania ngaji mesti dia nangis teresak2. Dia kata saya ajar ngaji garang. Hehehe.

      Delete

Oh, tak sangka ada yang sudi komen... terima kasih!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...