Salam melenting,
Hari ni hari Jumaat. Bagi kakitangan kerajaan, waktu masuk bekerja sebelah petang ialah pada jam 2.45 ptg.
Tadi Pida duduk di kerusi Pida tepat-tepat jam 2.45. Kira on-time la. Tengah hari tadi Pida keluar pukul 12.15, balik rumah jap uruskan nia nak gi sekolah petang.
Pida nak cerita pasal perangai manusia ni. Tadi masa Pida sampai ofis kira-kira pukul 2.40, Pida dapati ada kereta lain masuk parking Pida. Pida rasa itu orang luar, sebab Pida tak pernah nampak kereta tu. Mungkin orang tu adalah jemaah solat Jumaat di masjid tempat Pida ni. Mungkin tadi dia nampak kosong, jadi dia letak kereta dia kat situ. Pida cakap dalam hati, takpelah, kau tengah i'tiqaf agaknya. So Pida park kereta Pida kat tempat terbuka (tak berbumbung).
Masa berjalan menuju ke jabatan Pida, Pida ternampak seorang ofismate Pida tengah mundar-mandir sambil cekak pinggang. Dia membebel sorang-sorang.
Pida senyum, Pida tau kenapa. Tanpa ditanya Pida terus cakap kat dia, "Parking saya pun ada orang ambik tapi saya park tempat lain ajelah."
Dia terus mengomel, "Akak ni selalu sakit hati. Ada je orang yang masuk parking akak ni. Bla bla bla..."
Pida nampak ada sebiji motor masuk parking dia tu. Pida yakin itu bukan motor orang dalam, tapi orang luar yang solat Jumaat di masjid, sama macam pemilik kereta yang masuk parking Pida tu.
Lepas tu makcik ni makin hangin bila Pida tak layan dia. Pida dengar dia cakap kat seorang student yang tengah duduk di bawah pokok dekat-dekat parking dia tu, "Boleh tak awak tolong alihkan motor ni? Campak la ke longkang ke..."
Amboi makcik, marahnya sampai nak humban motor orang ke longkang. Geram pulak Pida dengan perangai tak semenggah dia tu.
Taulah kita geram bila parking kita ada orang masuk. Tapi takkanlah sampai nak buang ke longkang. Pida pun selalu jugak orang masuk parking, marah memang marah sebab dah sah-sah ada nama Pida kat parking tu, tapi cari je la tempat lain. Yang kau pergi menyeksa diri marah sorang-sorang tu apehal? Buat menambah kedut je. Entah-entah orang yang kau marah tu tak tau pun kau marah kat dia. Lagi la sia-sia.
Tak boleh ke sabar sikit, bertolak ansur dan reda. Makcik tu bukan calang-calang orang, dah gred 52 dah. Dah otai. Boleh sampai jusa. Tapi perangai macam orang tak matang. Membebel sorang-sorang kat motor, dah macam orang tak terurus je.
Alah makcik, tak salah pun parking SUV makcik tu kat tengah panas. Waja saya ok je. Ular menyusur akar takkan hilang bisanya makcik...
Tak best la kalau ada orang kiasu macam makcik ni. Tak boleh jadi contoh teladan. Kesian kat orang macam ni. Pada Pida, makcik ni sebenarnya... PATHETIC!
ps: Tulis entry ni 10 minit. Arghh.. tak pasal-pasal aku kena balik lewat 10 minit petang ni.
garang tak bertempat laa makcik..
ReplyDelete