Saturday, February 4, 2012

Kenapa mak kau marah?

Salam marah,

Kenapa mak kau marah sangat sampai terpekik-pekik dia jerit nama kau nih? Ini kemungkinan jawapannya :

1.     Liat bangun tidur

Mak kau dah start kejutkan kau pukul 6.30 pagi suruh solat subuh, tapi kautarik selimut sampai selubung terus satu badan kau. Mak kau dah siap buat sarapan untuk kau tapi sampai basi air milo tu kau masih tak bangun lagi. Bila bangun tidur kau dengan selamber tanya mak kau kenapa dia buatkan air milo basi untuk kau. Tempeleng nak?


Makin dikejut makin dipejam. Lama-lama kena simbah air.





2.     Tak paham arahan

Mak kau pesan beli sabun buku kat kedai sebab dia nak basuh baju tidur dia, tapi dek kerana kau ni sengal, kau tersalah beli buku teks darjah tiga. Kan jauh beza tu. Tempeleng nak?


"Eh, tadi mummy suruh pegi sekolah ke? Laa... kiter dah pakai baju jalan-jalan ni."






3.     Tak pulangkan duit baki

Tadi mak kau bagi duit seribu untuk beli sabun buku. Tersalah beli buku teks satu dosa, kau buat-buat lupa nak pulang duit baki yang beratus-ratus tu satu dosa lagi. Yang mak kau tu pun satu, takkan la bagi duit sampai seribu? Agak-agak la makcik... Tempeleng nak?


"Err... duit baki? Err.. jap eh, nak tido dulu."




4.     Asyik merayap

Kau ni agaknya memang jenis kaki merayau, sebab tu mak kau marah sangat kat kau. Tak pernah lekat kat rumah. Dahlah bangun lambat, komplen air milo basi, kelepet duit baki lagi, dah tu belum tengah hari kau dah menghilang diri. Bila mak kau carik, rupanya kau tengah ponteng sekolah melepak kat CC. Tempeleng nak?


Ni la budak jaman sekarang. Baru keluar dari rahim ibu dah create account facebook.





5.     Jenis melawan

Mungkin kau belum rasa masuk neraka, sebab tu kau berani melawan mak kau. Tak boleh mak kau tegur sikit, dah melenting kau ye. Dah la tu, kauherdik-herdik mak kau tu sampai terkebil-kebil orang tua tu. Kau ni nak jadi batu ke? Ke nak kena tempeleng?

Mak kau pesan jangan balik maghrib-maghrib, nanti kena sorok hantu tektek. Sebenarnya kau memang suka kan kena sorok dengan hantu tektek?






6.     Pemalas

Ini salah satu sebab utama kenapa kau selalu kena marah dengan mak kau. Nak kata kau tu putera raja, tak juga. Nak kata cacat, kau sihat. Tapi pemalas mengalahkan ular sawa kenyang. Tak sikit pun kau ada hati nak tolong ringankan beban mak kau. Cubalah tolong dia sapu sampah ke, basuh jamban ke, pam tayar ke, atau repair dumbell tu ke... Ini tidak, asyik makan tanggung berak cangkung je kerja kau.

Suruh makan kaumakan....,


Suruh tulis syair kau tak tau.





7.      Ini adalah sebab yang paling utama iaitu (alamak!)


"PIDAAAA!!!! Mari tolong mak pasang roda skateboard ni. Kau ni asyik update blog aje... suruh buat keje malas. prot pret prot pret..... trong treng trong treng... Kang mak unfriend kau kang... TEMPELENG NAK?"

2 comments:

  1. mak skateboarder ke...?

    cool!

    ReplyDelete
  2. angkel gedek msti org petame yg slalu mengomen [ah, agak bhye pkataan itu]..

    ReplyDelete

Oh, tak sangka ada yang sudi komen... terima kasih!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...