Thursday, February 9, 2012

Naik LRT

Salam LRT,

Pagi tadi Pida pergi kerja naik LRT. Sebab hari ni ada mesyuarat di KL, jadi cara paling murah dan mudah untuk ke sana ialah dengan menaiki pengangkutan awam.

Pida bermula dari stesen LRT Sungai Besi. Orang tak berapa ramai, tapi ramai jugak la, tapi tak berasak-asak sangat macam stesen komuter.

Destinasi Pida ialah stesen Hang Tuah. Dalam kepala Pida, semua orang kena turun di stesen Chan Sow Lin (CSL) sebelum tukar aliran. Jadi, Pida pun dengan konfidennya beli tiket ke CSL. Tengok-tengok kakak kaunter tu bagi token. Oh, dah tukar kepada token rupanya. Dulu pakai kad. Kali terakhir Pida naik LRT adalah pada tahun 2009. Nampak sangat dah lama tak naik.

Masa tengah tunggu LRT tu, Pida terbaca mesej yang dipaparkan pada digital signage. Dia kata kalau aliran Kelana Jaya tak payah susah-susah turun kat Masjid Jamek. Lebih kurang begitulah maksudnya. Maknanya, Pida sudah berada di aliran yang betul untuk ke destinasi. Sebenarnya tak perlu turun di CSL sebab boleh terus ke Hang Tuah.

Namun apakan daya, token sudah dibeli, nak tak nak kena turun jugak kat CSL (untuk mengelakkan kena maki pak guard) dan beli token lain untuk sambung lagi 2 stesen sebelum sampai Hang Tuah. Kira buat dua kali kerja la... takpe, pengajarannya ialah lain kali tanya kat kaunter, "Kak, bagaimanakah harus saya beli token untuk mendarat di stesen Hang Tuah? Perlukah kaki melangkah ke CSL?"

Di dalam tren, orang memang ramai. Masing-masing nak pergi kerja. Ada yang nak pergi pasar, ada yang nak pergi sarapan. Pida awal-awal dah berpaut pada tiang tengah. Gaya pun dah macam penari tiang kat disko cuma pakai baju kurung je dengan pakai tudung Ariani beli masa sale (5 lai seratus). Tapi tetap nampak seksi.

Pida paling fobia orang ramai-ramai ni. Takut kena rubber macam dulu. Kali ni Pida bertekad, kalau ada orang berani rubber Pida, Pida akan tarik ekor dia! Pida nekad nih! Berani la kau rubber aku, aku tarik ekor kau sampai kau jerit. Jerit bukan sebab stim, tapi sebab urat kau putus, darah tak jalan. Padan muka.

Tapi takde sapa rubber Pida. Pida pulak yang sibuk planning bagai nak tarik ekor orang. So sekarang ni siapa yang sex maniac sangat ni? Orang lain ke aku sendiri? Hahaha. Ok, tak kelakar.

Akhirnya Pida selamat sampai ke destinasi mesyuarat di sebuah hotel di tengah-tengah bandaraya KL. Hotel ni belakang lowyat je, so nanti boleh cabut gi beli komputer. Haha banyak duit kau.

Dah, tu je. Bai.



Pemandangan dari bilik hotel Pida. Cantik gitu.









Pida nak sambung gi mesyuarat... hasilnya tido!

2 comments:

  1. fello, saya tak tido la... duk dpn mana boleh tido, nanti kantoi dengan pengerusi.

    ReplyDelete

Oh, tak sangka ada yang sudi komen... terima kasih!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...