Monday, January 28, 2013

Nukilan hati Rania

Salam Rania,

Semasa sedang mengemas-ngemas buku di rumah, Pida terjumpa karangan Rania yang ditulis di dalam buku notanya.

Selepas membaca tulisan Rania itu, hati Pida cukup tersentuh. Pida tak sangka Rania boleh menceritakan kembali apa yang dilaluinya tempoh hari.

Pida yakin dia menulis begitu sebagai luahan kesedihannya kerana kehilangan mamaneh yang amat disayanginya. Pida dapat merasakan bahawa Rania juga amat berasa kehilangan insan yang istimewa dalam hidupnya.

Pida harap agar Rania akan terus mengenang mamanehnya sebagai ikon tersendiri baginya. Dan bagi Pida pula, sampai ke saat ini masih menangisi pemergian mak.

Mak, ketahuilah bahawa kami semua amat menyayangimu.



posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment

Oh, tak sangka ada yang sudi komen... terima kasih!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...