Hari minggu semalam Pida ada buat sedikit majlis sambutan hari jadi untuk Rania, Aqil dan Sufi. Sebenarnya Pida memang dah lama berhasrat untuk buat birthday party untuk budak-budak ni cuma belum jumpa masa yang sesuai. Baru kali ini Pida betul-betul ada kelapangan; itupun sebab Pida masih dalam cuti bersalin.
Majlis hari jadi ini ringkas sahaja. Pida cuma jemput adik-beradik sahaja. Itupun dah gamat macam nak runtuh rumah aku.
Mari kita saksikan rakaman kemeriahan majlis yang ringkas aje gitewww.
![]() |
| Ibu yang baik hati yang menganjurkan majlis hari jadi untuk anak-anaknya. Dah lama tak buat kan... last buat masa Sufi 2 tahun dulu. |
![]() |
| Budak-budak ni excited sebab dapat buat majlis hari jadi sendiri. Dah lama diorang mintak... nak buat sorang-sorang kang kena buat 3 kali. Last-last Pida buat satu majlis je sekaliarung. |
![]() |
| Inilah kek utama dalam majlis ini. Kek princess khas untuk Rania sempena hari lahirnya yang ke-9 tahun. Rasa sayang nak potong tapi kena la potong kan.. kalau tak macam mana nak makan. |
![]() |
| Rania tersipu-sipu malu ketika memotong kek princessnya. Nervous letteww first time potong kek princess. |
![]() |
| Aqil bengkek sebab tak ada kek khas untuk dia. Aqil punya cupcake aje kongsi dengan Sufi. |
![]() |
| Bersama kawan-kawan yang memeriahkan majlis. |
![]() |
| Sufi gembira Tiahil tertawa. |
![]() |
| Tiahil tertawa Sufi gembira. |
![]() |
| Kek princess special untuk Princess Rania. Sponge cake perisa vanilla selet dengan jem blueberry. Sedap! |
![]() |
| Pavlova kegemaranku. |
![]() |
| Meringue pavlova yang krak kruk rangupnya. |
![]() |
| Cupcake untuk Aqil dan Sufi mengikut watak kartun kesukaan diorang - Oggy and the Cockroaches. Seronok tengok Sufi melompat keriangan tatkala melihat cupcake yang ada kartun kesayangan dia. |
![]() |
| Comel-comel belako. |
![]() |
| Sofia the First ni special untuk Rania sebab dia minat tengok kartun ni. |
![]() |
| Yang ini Pida temankan Sufi potong pavlova. Kalau tak tolong, habis lintang-pukang pavlova tu dikerjakannya. |
![]() |
| Happy birthday anak-anak mak sayang... Semoga menjadi anak yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. |

















No comments:
Post a Comment
Oh, tak sangka ada yang sudi komen... terima kasih!