Wednesday, May 29, 2013

Darmawisata - Tahun Melawat Terengganu

Salam Terengganu,

Cerita pada kali ini adalah mengenai rumusan yang dapat disimpulkan daripada lawatan Pida ke negeri Terengganu Darul Iman ini. Setelah berada 3 hari 2 malam di sini, Pida dapat merasakan keseronokan yang tidak terhingga (skemanya).

Memang best dapat berjalan-jalan ke Terengganu. Dah lama sebenarnya Pida tak bercuti di Terengganu. Kali terakhir pergi pada tahun 2009, itupun pergi pagi balik petang sebab ada urusan rasmi di sana. Sempat beli keropok lekor buat makan sendiri aje.

Pida pernah bercuti bersama keluarga dulu. Masa tu kitorang menginap di chalet pantai Kelulut. Sedihnya teringatkan kenangan manis bersama mak dulu.

Oklah, apa yang Pida suka sangat dengan Terengganu ni?


1)  Satar di Kuala Kemaman


Inilah satar paling sedap yang pernah hadir dalam hidup Pida. Rasa dia ya Allah... tak boleh digambarkan dengan kata-kata! Sungguh segar, sangat lembut dan masih terasa jus ikannya. Pehhhh air liur aku sudah meleleh. Dah la tengah puasa ganti ni. Tapi jangan salah sangka, makcik satar ini tiada kena-mengena dengan gerakan freemason dan iluminati walaupun satarnya berbentuk segitiga yang menyerupai masonic.


2)  Masjidnya yang indah




3)  Pantainya yang mendamaikan




4)  Suasana malamnya yang bercahaya


Selepas pulang dari Taman Tamadun Islam, Pida sempat singgah di Waterfront yang terletak di tengah-tengah bandar Kuala Terengganu (berdekatan Pasar Payang). 


Di Dataran Syahbandar, pengunjung akan terpesona dengan kecantikan pokok lampu LED yang menghiasi sepanjang jalan. Rasa macam berada di i-City pulak.






Oh ye, selain tempat-tempat menarik yang ditawarkan di Terengganu ini, Pida sempat jugak singgah sekejap di Stadium Sultan Mizan yang bumbungnya runtuh tu. Memang dahsyat beb!






Pendek kata, memang happening la bercuti di Terengganu. Itu baru di bandar, belum lagi di Tasik Kenyir dan di pulau-pulau peranginannya. Kebetulan tahun 2013 ini telah diisytiharkan sebagai Tahun Melawat Terengganu, jadi Pida rasa berpuas hati dapat sama-sama mengisi kalendar pelancongan negeri ini.

Sebagai buah tangan, Pida beli keropok lekor, keropok kering (beli di Kelulut) dan t-shirt sorang selai untuk budak-budak. Standard arr... mestilah t-shirt Terengganu senyum sokmo.



Bye bye Terengganu... nanti Pida datang lagi eh!



No comments:

Post a Comment

Oh, tak sangka ada yang sudi komen... terima kasih!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...