Monday, May 27, 2013

Darmawisata - Taman Tamadun Islam

Salam tamadun,

Dalam lawatan ke Terengganu baru-baru ini, Pida telah berpeluang mengunjungi sebuah tempat yang kini menjadi kewajipan kepada semua pelancong iaitu Taman Tamadun Islam yang terletak di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu.


Selamat Datang ke Taman Tamadun Islam, kata pintu gerbang tersebut kepada rombongan Cik Pida. 


Kitorang sampai dah lewat petang sebab sebelum tu kitorang pergi window shopping kat Pasar Payang. Sumpah, kitorang window shopping je sebab kitorang ni jenis rock-rock punya orang tak minat batik dan songket. (Sebenarnya tak mampu beli sebab mahal). Tengok tu, pukul 5 petang baru terhegeh-hegeh nak masuk taman. Pengunjung pun tak ramai. Maklumlah hari bekerja. Dah petang pulak tu.

Lepas tu terhegeh-hegeh pulak tengok harga tiket. Dah tu terhegeh-hegeh lagi pergi kaunter tanya boleh lagi ke nak masuk taman dan naik bot memandangkan hari dah nak senja. Kang kena sembunyi hantu kopek kang. Tapi nasib baik kakak kat kaunter tu kata boleh. So kitorang pun dengan rakusnya beli tiket pakej cruise dan melawat Taman Monumen dengan harga RM33 seorang.


Setiap pengunjung yang telah membeli tiket diberikan sebuah buku pasport. Sebelum masuk ke Taman Monumen dia akan cop dulu. Tiada dakwat kekal dikenakan.


Pida dan kawan-kawan memulakan aktiviti naik bot mengelilingi sungai dahulu. Bot kena bawak laju-laju sebab nak kejar masa. Lepas ni nak masuk Taman Monumen pulak. Haish... leceh kan rombongan Cik Pida Kepoh ni?


Jeti sungai. Itu bot yang akan membawa Pida dan kawan-kawan seramai 5 orang (5 orang je) mengelilingi sungai Terengganu. 

Pida memang suka naik bot. Pakkal je opis aku tu kat darat. Takpe, nanti aku akan alihkan opis aku tu ke Long Pasia supaya hari-hari aku boleh naik bot. Lepas tu terus berenti kerja.

Ada sebuah pulau di tengah-tengah sungai ini.





Inilah mutiara di Taman Tamadun Islam ini - Masjid Kristal. Memang sangat indah. Yang dikatakan kristal tu ialah bahagian bulat yang macam bawang di keempat-empat menaranya (di bawah bulan). Menurut pemandu bot tersebut, harga sekeping kristal yang diimport dari China itu ialah RM15 ribu. Wow! 


Yang ini memang gaya nak mintak penampor. Nasib baik abang bot tu tak brek mengejut . Kalau tak dah tentu aku terhumban ke dalam sungai dan terus bertukar menjadi duyung seksi.


Perjalanan cruise dengan bot tersebut mengambil masa kira-kira 45 minit. Selepas mendarat dengan selamatnya, kami pun terhegeh-hegeh lagi menuju ke Taman Monumen. Cepat, cepat! Dah nak tutup ni!


Di dalam Taman Monumen ni, kau boleh pilih sama ada nak naik basikal ke, nak naik tram ke atau nak menapak aje. Tapi oleh kerana kitorang nak kejar masa, kitorang naik tram aje. Inilah bahana orang lambat. Semua nak cepat-cepat. Naik tram cepat-cepat, ambik gambar cepat-cepat, cakap cepat-cepat.

Taman Monumen ini menempatkan 23 buah replika masjid atau binaan Islam yang hebat dari 21 buah negara di seluruh dunia. Namun seperti yang kau dah tahu, Pida masuk sini pun dah petang. Dah nak maghrib dah. Tutup pukul 7 petang, pukul 6.15 petang baru kitorang terhegeh-hegeh nak masuk. So apa yang ada ajelah ye. Gambor pun makin lama makin gelap sebab dah maghrib.


Ini ialah replika menara masjid Xian di China. Masjid ini didirikan oleh Laksamana Cheng Ho pada tahun 1392. 


Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin, Brunei. Ia dibina pada tahun 1958 oleh Sultan Brunei ke-28. Kubah masjid sebenar diperbuat daripada emas.


Masjid Badshahi, Lahore Pakistan. Dibina pada tahun 1673 dan boleh memuatkan sehingga 65,000 jemaah. 

Masjid Badshahi sebenar. Gambar dari Google.

Kubah As-Sakhrah, Baitul Muqaddis, Palestin. Dikenali juga sebagai Dome Of Rock.

Replika menara Great Mosque of Samarra, Iraq dibina pada abad ke-9.

Masjid sebenar di Samarra, Iraq. Gambar dari Google.


Masjid Sheikh Lutfallah, Iran. Dibina pada abad ke-17. (Sudut rakaman tak cantik sebab diambil dari tram yang sedang bergerak.)


Kincir air Taman Tamadun Islam. 

Abu Nasr Parsa, Afghanistan. Dibina pada abad ke-17. Gambar ini pun diambil dalam keadaan tram bergerak, jadi tak cantik la hasilnya.

Masjid sebenar di Afghanistan sana. Gambar dari Google.

Semasa tram berhenti di replika Masjidil Haram, Pida turun dan bagitau kawan-kawan bahawa Pida tak nak teruskan naik tram. Tak puas ambik gambar dalam keadaan tram bergerak. So Pida pun dengan bergayanya jalan sorang-sorang pada waktu petang dah nak senja tu.









Lepas tu Pida pergi ke monumen Taj Mahal. Gambar-gambar yang dirakam juga semakin gelap sebab dah nak maghrib, matahari dah mula terbenam.



Taj Mahal yang terletak di Agra, India merupakan simbol cinta sejati Maharaja Mughal ke-5, Shah Jahan (bukan Shah Jazle) terhadap isterinya, Mumtaz Mahal. Oh romantisnya..., abang nak binakan ayang apa?


Masjid Sultan, Singapura terletak di kawasan Kampung Glam. Ia terkenal dengan kubah emas yang terletak di atas botol minuman yang didermakan oleh masyarakat setempat.



Tengok, dah nampak matahari terbenam dah. 

Masjid Patani ini menurut kakitangan taman ini, merupakan yang tercantik di Thailand. 


Masjid Kudus Minar, Jawa Tengah Indonesia. Senibinanya banyak dipengaruhi oleh unsur-unsur binaan Hindu dan Jawa. Dibina pada tahun 1549 oleh Sunan Kudus (Ja'far Shodiq). Menara masjid kelihatan seperti candi.




Masjid Kul Sharif, Kazan, Rusia.



Kan tadi Pida cerita Pida turun dari tram sebab nak ambik gambar puas-puas kan? Tapi Pida lupa hari dah semakin petang, dan taman pun dah nak tutup. Jadi, ada beberapa monumen yang tak sempat Pida lawati secara dekat, cuma ambik gambar dari jauh aje seperti yang di bawah ini. Frust jugak tapi nak buat macam mana, dah aku lambat.


Menara Kalyan, Uzbekistan dibina pada tahun 1127M. Menara yang sebenar dibina daripada bata yang dibakar.

Great Mosque of Agadez, Niger. Ia diperbuat dariapda tanah yang dikeringkan pada abad ke-16. Menaranya berbentuk piramid dengan 13 baris perancah kayu untuk mengukuhkan struktur binaannya.


Masjid Sulaiman, Turki dibina pada tahun 1557M. Yang ini pun Pida rakam dari jauh saja sebab memang dah tak sempat nak pergi. Tengok tu dah nak maghrib. Kalau Pida teruskan naik tram tadi memang lalu depan dia tapi Pida poyo nak jalan sendiri.


Masjid Negara, Kuala Lumpur. Yang ini pun sambil-sambil lalu je aku ambik gambor dia. Tak sempat nak manjat untuk ambik dekat-dekat.


Masa dah hampir sangat ke pukul 7.00 petang. Tapi Pida masih berlegar-legar kat dalam taman. Itu pun ada yang Pida tak dapat pergi. Yang naik tram tadi semua dah keluar dari taman. Rupa-rupanya kawan Pida kata, kakitangan kat situ telah mengesan ada sorang lagi yang masih terkontang-kanting sorang-sorang kat dalam taman tu. Pidalah!

Pida perasan juga ada tram lain dinaiki 2 orang kakitangan yang macam menuju ke arah Pida semasa Pida sedang berlegar-legar di taman, tapi diorang tak cakap apa-apa pun. Takde pulak diorang suruh keluar cepat ke, suruh balik ke... diorang follow je Pida terkulat-kulat ambik gambor. Diorang cuma nak pastikan Pida selamat keluar je sebelum disembunyikan oleh hantu kopek.

Tepat pukul 7 petang, Pida selamat keluar dari taman tersebut. Pida adalah orang terakhir yang keluar dari situ pada hari itu.

Lepas Pida semak-semak dalam buku passport tu, Pida telah terlepas melawat Aleppo Citadel di Syria, Mosque of Mohamed Ali di Mesir, Masjid Nabawi, Great Mosque of Qairawan di Tunisia dan Istana Merah Granada di Sepanyol. Banyaknya!


Selepas kepenatan, kehausan dan kelaparan setelah berjalan-jalan di Taman Monumen tadi, kami pun singgah di tempat makan di situ iaitu Bbeteng. Di sini terdapat macam-macam jenis makanan sama ada makanan nasi-nasi atau western.


Sementara menunggu makanan yang dipesan sampai, Pida menikmati keindahan fenomena alam yang amat Pida gemari, iaitu matahari terbenam. Subhanallah, indahnya. 

Subhanallah, comey tak Kak Ton?

Saja aku letak gambo tisu. Siap ada watermark yang tak tahan tu.

Sesudah kenyang, Pida dan kawan-kawan pergi pula ke Masjid Kristal untuk melihat keindahannya pada waktu malam.


Masjid Kristal memang sungguh cantik pada waktu malam.

Oleh kerana pada siangnya tadi Pida snap sana, snap sini tak hengat, akhirnya handphone Pida bateri kong. Bila bateri dah kong tu, tak dapat la nak hidupkan flash. Tu yang gambo gelap tu. Salah kamera tau, bukan salah Pida. (Dah tu kau tak pandai nak edit?) Tak pandai.


Pemandangan di dalam Masjid Kristal.

Kami bersolat di masjid ini. 


Pida gembira dan puas hati dapat meluangkan masa di Taman Tamadun Islam ini. Memang berbaloi. Dan rasa bertambah la sikit ilmu pengetahun Pida ni. Terima kasih Pak Lah kerana membina taman yang amat menarik dan berfaedah ini.

Terima kasih juga kepada semua kakitangan TTI yang sangat mesra, sopan dan sentiasa senyum. I suka you!




No comments:

Post a Comment

Oh, tak sangka ada yang sudi komen... terima kasih!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...