Tuesday, September 6, 2016

Sedapnya Hei Sushi!

Salam sushi,

Selepas penat melarikan diri dari cengkaman dinosaur, dan untuk mengembalikan adrenalin pulih semula ke tahap normal, Pida membawa budak-budak ini menikmati hidangan yang istimewa di sebuah restoran yang istimewa.


Hei Sushi - Restoran sushi dan makanan Jepun autentik yang telah mendapat pengiktirafan halal oleh Jakim. I loikeeeee!

Restoran ini terletak di aras PL Alamanda. Memang dah lama Pida berangan nak bawak anak-anak makan di sini. 

Sebaik sahaja melangkah masuk, Pida rasa teruja sekali. Selain disambut dengan ramah mesra oleh staf-staf yang manis-manis belaka, Pida tertarik dengan hiasan dalaman restoran ini yang sangat wow!

Nampak tak betapa menawan dan modennya konsep hiasan restoran ini. Ada suatu perkara yang unik dengan dekorasinya. Cuba kauperhatikan gantungan corak batik tu. Unik kan? Gabungan budaya makanan Jepun dengan konsep tradisional Melayu. Bijak... Bijak...


Cantik kan? 








Motif batik yang menghiasi papan-papan pintu.

 Dah puas menatap keseluruhan ruang restoran, baru teringat yang Pida belum order makanan lagi. Menu apa yang ada ek?


Tiba-tiba rasa berdebor nak bukak buku menu. Bukak pun pelan-pelan aje.


Sufi ni takde carik lain, dia carik sushi telur ikan yang halus-halus warna oren tu je. Tu memang faveret tekak dia.


Korang ni menghapal ke apa? Sebijik-sebijik ditenungnya menu tu. Rambang mata letteww.





Dalam 10 minit jugak la kitorang buat perbincangan sulit nak pilih menu apa. Semua nampak sedap. Rasa nak order semua. Ini semua napsu.


Sushi yang dipesan sampai dalam sekejap. Waaahhh, memang nampak menyelerakan. Tak sabar nak ngap!


Dari kiri : Soft shell ebi maki (RM12.99), spider maki (RM16.99), kaisen maki (RM16.99). 

Aku rasa tak sampai hati nak sebut perkataan maki tu kat waiter yang budiman tu. Tapi nak buat macam mana, dah memang nama menu tu maki. Bukan Pida nak maki dia pun..


Maki yang sedap. Memang tak kena maki la.


Shake potato and salmon (RM35.99). Boleh tahan sedap, tapi tak dapat lawan kelazatan salmon mint sauce kat Padi House.


Ini ialah wasabi. Memang idok lerrr aku merasanya. Dekat dengan hidung pun dah rasa macam nak putus napas je. 


Mumu cukup suka sup ni. Lupa la nama dia. Yang ada shitake dengan telur dan tauhu yang hancur tu. Sedap memang sedap.


Setelah beberapa ketika menikmati makanan yang lazat dengan tenang, budak-budak ni dipaksa bergambar di sudut restoran. 


Pida rasa puas hati kerana berpeluang membawa keluarga ke sini, tempat yang dah lama diidamkan. 

Rasa makanan di sini memang sangat sedap, serius. Servis pun terbaik, tak perlu tunggu lama untuk menanti hidangan sampai. 

Harga... Hmm... Pada Pida bolehlah, bolehlah kalau nak makan sekeluarga ramai-ramai. Pida hari tu tak sampai RM150.00.

Lagi satu, memang Pida cukup yakin dengan kebersihan dan kehalalan makanan-makanan di sini. Di samping staf-stafnya semua menutup aurat, so double yakin. 


Insya Allah kalau diberikan rezeki lagi, Pida akan ke sini semula. Tak sabar nak rasa menu lain yang lebih mahal. Hal hal hal (ketawa).


No comments:

Post a Comment

Oh, tak sangka ada yang sudi komen... terima kasih!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...