Sunday, September 4, 2016

Kembara Dikejar Dinosaur!

Salam dinosaur,

Cuti hujung minggu kali ini Pida bawak anak-anak keluar merasai satu aktiviti yang mendeborkan, iaitu naik jip renjer hutan sambil kena kejar dengan dinosaur.

Giler kau tak debar. Dahlah takde ilmu batin, sia-sia je kalau kena takik dengan T-Rex kang.

Nak tau kat mana budak-budak tu kena kejar dengan dinosaur? Alaa.. Dekat je, bukan kat hutan taman negara pun, tapi kat Alamanda aje.


Dino Safari 4D. Satu tiket harga RM20 untuk merasai pengalaman dihambat dinosaur selama 7 minit.


Ini dia tiketnya. Dah ada tiket barulah boleh naik jip.


Jip comel dan ceria sedia menanti pengunjung yang tak sabar-sabar nak main kejar-kejar dengan dinosaur.

Siapa nak main kejar-kejar dengan dinosaur kena pakai set virtual reality (VR) yang support elemen 3D dalam filem tu nanti. Yang lagi 1D tu ialah kesan pergerakan kerusi yang diduduki tu. So jadilah 4D gitu.

Setelah semuanya bersedia dengan set VR masing-masing, jip dah sedia untuk memulakan pengembaraan ke dunia dinosaur! 

Ok, gerak lu! Pepehal roger!

Separuh masa kedua, bapak diorang dah pening. So tukar dengan Sufi. Aku tak boleh menahan sebak bila tengok budak-budak ni saling berpegangan tangan kerana takut dikejar dinosaur. Menitis air mata melihat keakraban mereka. Padahal kat rumah korang langsung tak boleh tengok muka masing-masing kan. 

Dengan kerusi yang bergerak-gerak; konon-konon jip lalu gaung la, lalu jalan sempit nak jatuh laut la, sesekali nampak jugak reaksi dan gerak badan cuak budak-budak ni. Haa, rasakan kau. Cuba bayangkan kalau korang duduk zaman dinosaur dulu. Bersyukurlah dapat hidup di zaman gst ni.

Budak-budak memang enjoy dan seronok sangat dengan pengalaman ni. Siap nak naik lagi tu. Banyak cantik kau. 

Boleh dikatakan berbaloi juga dengan nilainya. Kalau kau nak rasai pengalaman yang sama, jom ke Alamanda Putrajaya!


No comments:

Post a Comment

Oh, tak sangka ada yang sudi komen... terima kasih!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...