Sunday, August 21, 2016

Ulat Buku Perpustakaan Negara

Salam ulat,

Sempena meraikan ulang tahun perkahwinan jiran belah kiri Pida baru-baru ini, Pida telah merancang perkara menarik untuk anak-anak.

Hari itu hari Ahad. Biasanya pada hari minggu seperti ini, kami sekeluarga hanya duduk termangu di rumah sahaja. Jarang-jarang kitorang keluar berjalan-jalan pada hari Ahad kerana kami lebih selesa berlenggeng di rumah sahaja sambil menonton TV1.

Tetapi hari Ahad yang lepas, Pida merancang untuk membawa Rania, Aqil, Sufi dan Mumu ke perpustakaan supaya diorang boleh membaca buku dengan puas.

Maka, selepas bangun seawal jam 10 pagi pada hari tersebut, kami terus bersiap-siap untuk menuju ke Perpustakaan Negara.

Inilah bangunan Perpustakaan Negara Malaysia yang terletak di Jalan Tun Razak, KL. 


Destinasi kami sesampainya di PNM, perpustakaan kanak-kanak.


Perpustakaan kanak-kanak ni besar. Macam-macam buku ada. Anak-anak Pida yang memang ulat buku, terus teruja tatkala melangkah masuk.


Mumu acah-acah bizi carik buku. Sufi pulak beria-ia pilih buku. Kalau boleh semua dia nak baca.


Tiarap atas lantai pun bolesss... Kau buat macam kat rumah je kan. 




Tengoklah anak bertuah ni, kemain khusyuk ko tengok watak anime manga tu ye. Babap kang.






Perpustakaan kanak-kanak ini turut mempunyai ruang khas bilik komputer (thin client) untuk kegunaan budak-budak yang datang. Kalau nak guna, kena daftar dulu dengan kakak kaunter tu.


Sufi kerja dia google games di sudut ruang pc yang tidak berdaftar, tetapi seperti yang diduga, laman-laman games disekat. So kau kena bukak katalog library je la labu...

Mumu try nak bukak blog mak dia, tapi takleh la mumu... Kesian mumu baru nak jadi pollower mak ye.


Dari duduk sampai berdiri, Muhaimin masih gagal membuka blog mak dia. Lantas dia pasrah.

Ini ialah sudut tv. Sangat ceria dan menarik sebab kat dinding tu ada lukisan watak2 animasi tempatan seperti Upin Ipin & Geng, Boboiboi, Puteri, dan Ejen Ali. Tu nampak Rania tengah asyik membaca buku politik.

Muhaimin bergambar dengan Upin Ipin dan Mei Mei.

Boboiboi dan kawan-kawan pun ada.

Yang tu pulak Ejen Ali. Mumu memang teruja sangatlah dapat berdepan dengan kartun-kartun gergasi ni.



Selepas lebih kurang 2 jam berada di sini, kami pun balik. Tapi sebelum tu, terimalah gambar kenangan kami di sini kekekeke...

Di bahagian luar, kita boleh melihat paparan mural bertemakan kenegaraan yang menghiasi dinding. Antara yang dipamerkan ialah kelima-lima falsafah Rukun Negara:








Jangan cakap kau tak hafal Rukun Negara. Aku buang kau ke Pulau Seyceles kang.

Ok, itu sahaja cerita lawatan Pida ke PNM. Disyorkan untuk pergi!



No comments:

Post a Comment

Oh, tak sangka ada yang sudi komen... terima kasih!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...