Bapak lama Pida tak bukak blog sendiri. Rasa macam dah bertahun-tahun tak kemas kini blog dan letak cerita baharu.
Walaupun kau tak hingin pun nak ambik tau kan kenapa Pida dah lama tak menulis, tapi Pida nak bagitau jugak la supaya takde yang ingat Pida dah meninggal.
Sebenarnya Pida sibuk gila dengan kehidupan. Tak taulah apa yang sibuk sangat, tapi memang sibuk la. Kau kalau anak dah empat, pastu life kau start pukul 5.30 pagi setiap hari sampai balik dari ofis pukul 6 petang, pastu malam dah penat sangat, terus masuk tido. Celah mananya aku nak bukak blog.
Jadi pada masa terluang ni, Pida akan cuba tulis verita baharu yang sebenarnya dah lama berlaku. Iaitulah kisah Pida pergi ke pameran Piiacuf 2016 haaa tengok, cerita 2016 aku pegi buat pada tahun 2017... di PICC Putrajaya.
Tapi Pida nak mintak maaf awal-awal tau. Ni Pida curik masa je ni. Mana yang sempat je aku taruk ye. Kalau budak-budak dah balik, maka apa yang ada jelah ye...
Pida malas nak save draft, nanti entah bilanya nak sambung.
Pameran ini menghimpunkan peserta dari pelbagai negara di seluruh dunia. Macam-macam pameran kesenian dan budaya islamik boleh dilihat.
Antara tarikan utama ialah replika jubah Nabi Adam a.s dan demonstrasi menekat benang emas dalam pembuatan kain kiswah.
Terpegun Pida tatkala melihat jubah replika ini. Besar wei. Gigih aku bayangkan saiz Nabi Adam. Tengok la tu betapa jauh perbezaan antara saiz Nabi Adam dengan saiz kita yang kemetot ni.
Ok, itu di dalam dewan pameran. Di luar dewan, pengunjung boleh menyaksikan berbagai-bagai booth pameran dari pelbagai negara yang macam Pida cakap tadi.
Dalam banyak-banyak booth, yang paling menarik perhatian tentulah demonstrasi menghasilkan kain kiswah.
Demonstrasi kain kiswah ini dipersembahkan oleh delegasi dari negara Arab Saudi. Ingat Arab Saudi, ingat Raja Salman. Haw haw haw.
AlSheikh ini sedang tekun melakukam kerjanya. Tidak dipedulikan pengunjung yang terjongol-jongol kepala melihat kemahiran tangannya.
Pida sempat bertanya, berapa bijik ferrarikah yang dia miliki... eh taklah. Takkanlah aku ni kepochi sangat kan.. Pida cuma tanya, satu papan ni berapa lama nak siap. Dia jawab, satu bulan la kaka!
Pida tanya lagi, ini benang emas betul ke... dia jawab iye la kaka! Haaa jangan main-main kau. Emas betul hokay!
Dan inilah antara hasil sulaman benang emas yang akhirnya menghasilkan kiswah. Sungguh cantik, sangat teliti pembuatannya dan sememangnya satu manisfestasi pengagungan daripada hamba kepada Pencipta.
Selain itu, ada satu lagi tarikan pengunjung di Piiacuf ini. Iaitu demonstrasi penulisan khat oleh seorang imam dari wilayah di negara China.
Imam Yahya memiliki kemahiran menulis kaligrafi khat yang sangat halus seninya. Pengunjung boleh request untuk mengukir nama sendiri dalam bentuk khat.
Anak-anak Pida yang 4 orang tu sibuk nak buat sorang satu. Satu khat berharga RM15. Pantas dan jitu hasilnya. Memang cantik.
Tu 4 kepala jejantans di hatiku. Sibuk kerumun imam.
Piiacuf juga menghimpunkan pameran busana dan fesyen.
Ada satu sudut pameran yang menarik. Ia berkenaan pameran tengkolok Kesultanan Perak.
Dan... tarikan utama di Piiacuf ini, yang diuar-uarkan dalam rangka promosinya ialah....
Comel kan? Ini pemandangan yurta dari hadapan.
Ini pula pemandangan yurta dari belakang.
Ruang dalam agak luas. Boleh sumbat 100 orang kalau mau. Tanpa perabot, ia hanya dihampar permaidani. Cute, dan selesa.
Ini bahagian atas siling. Ada gantung-gantung gitu.
Selama dua jam berada di Piiacuf, Pida merasakan ia satu majlis pameran yang penuh dengan ilmiah. Kita boleu belajar budaya sesuatu masyarakat dalam sesebuah negara.
Booth pameran negeri Johor pun ada.
Khat kalimah Allah hasil tangan daripada bangsa Johor.
Ni tak taulah kenapa si Muhaimin ni merajuk. Merajuk kat booth Kelantan pulak tu.
And last but not least, kami menikmati hidangan lazat di Cafe@PICC bersama-sama.
^_^
No comments:
Post a Comment
Oh, tak sangka ada yang sudi komen... terima kasih!