Showing posts with label umrah. Show all posts
Showing posts with label umrah. Show all posts

Thursday, June 7, 2012

Memori terpatri di halaman kampung

Salam memori,

Minggu lepas balik kampung jumpa mak bapak rasa seronok dan puas semacam.

Minggu ni bila balik ofis rasa malas dan tak produktif. Siap rasa macam nak berenti keje terus pun ada.

Ditambah pula dengan cuti sekolah, ramai staf cuti, ofis hampir kosong, kantin jual lauk yang sama, pak guard masih meronda di tempat yang sama, bau jamban masih sama, rutin pun sama.

Kenangan balik kampung payah nak dilupakan...



Rania dan Aqil dan siap-siap tunggu Tokyi dan Mamaneh sampai dari KLIA. Sementara menunggu tu, diorang main ram-ram-rep dulu kat padang rumah nenek.


Waktu ni diorang tengah berbincang siapa nak kejar siapa. Mesti ada hantu yang mengejar, orang yang dikejar tu akan terjerit-jerit ketakutan kononnya.


Detik penentuan... Main ojus-ojus, siapa kalah jadi hantu. Rania buat burung, Aqil buat air, burung minum air, air habis, burung menang, air kalah = Aqil kalah = Aqil jadi hantu.


Terkekek-kekek ketawa sambil berlari di tengah padang. Rania dah tak serupa gadis desa berkain dan bertudung, habis dilarungnya.


Dah penat main lari-lari, keputusannya menang jadi abu, kalah jadi arang. Last-last ajak Tio If diorang main lawan kemuncup. Stim jugak main game ni. Kelihatan Rania begitu bersungguh-sungguh membogelkan batang kemuncup pakciknya.


Giliran Aqil pulak lawan kemuncup. Sambil-sambil tu Nia kunyah kemuncup buat ulam. Awet muda, mak, katanya.


Selepas puas main kemuncup, Rania pergi melawat reban ayam, itik dan angsa di bangsal belakang rumah nenek. Rania sedang bergaya ala-ala pelancong dari Perancis.


Rania berlari lintang-pukang tak cukup tanah apabila dikejar oleh seekor angsa jantan yang berhajat menyudunya. Hahahaha padan muka kau Nia, tadi berposing ngalahkan majalah Mangga.


Ini setelah mak dan ab balik. Tengah minum air zam zam tu. Kau nak tau, si Aqil tu ada ke dia pesan air badak kat mamaneh dia suruh beli kat Mekah. Nak terkencing mamaneh dia ketawa.


Aqil macam budak sekolah pondok je. Tasbih berjurai kat tangan yang tak boleh blah tu. Kat dalam kocek adalah lastik berlampu, dari Mekah jugak. Sufi kat sebelah enterprem je. Dia pun sibuk nak air adak, air adak... (air badak) macam Aqil.


Keesokan harinya Pida bawak diorang jalan-jalan kat taman rekrerasi dan padang permainan.


Budak comot. Baju, seluar dan kasut adalah barangan turun-temurun daripada Aqil. Jimat duit aku.


Sekali lagi kuwar-warkan, arghhhh malasnya nak keje minggu ni!

Sunday, June 3, 2012

Mak dan Ab selamat kembali...

Salam kembali,

Alhamdulillah, mak dan ab telah selamat pulang dari mengerjakan umrah.

Syukur kerana dapat kembali semula bertemu mereka yang dirindui.



Inilah perubahan pakaian yang berlaku kepada Rania dan Aqil. Kalau Akhil Hayy nampak ni, maunya dijadikan protege.


Inilah perubahan yang paling menyentap. Sufi solat selepas mendapat kopiah!

Friday, June 1, 2012

Balik kampung! Hohohoi!

Salam kampung,

Hohohoi! Malam ini, insya Allah Pida anak-beranak akan balik ke kampung halaman di selatan tanah air.

Malam ni akan terus menuju ke rumah mak mentua. Semua orang dah berkumpul di sana. Ipar-duai, biras, anak-anak sedara semua dah ada. Malam esok abang ipar nak buat kenduri aqiqah untuk baby perempuan dia yang baru lahir. Oh kambing! I lap you!

Itu kegembiraan pertama. Kegembiraan kedua ialah esok juga, insya Allah mak, ab dan semua yang mengikuti rombongan umrah akan sampai ke rumah. Hohohoi lagi! Seronoknya nak sambut kepulangan mak dan ab. Dah rindu sangat kat diorang.

Pida cuti lama sikit minggu depan. Saja nak lepak lama-lama kat kampung. Cuti sekolah pun panjang. Boleh bawak budak-budak jalan-jalan, pegi rumah sedara-mara, sepupu-sepapat, jumpa moyang-moyang diorang semua, jumpa atok-atok sedara, nenek-nenek sedara, ....

Budak-budak ni kalau tak kita yang bawakkan, mananya diorang nak kenal sedara.

Jumpa time raya je. Itupun dah tak kenal. Tahun lepas muka licin, tahun ni dah ada jerawat. Tahun lepas tak pakai tudung, tahun ni dah pakai tudung. Tahun lepas pakai songkok hitam, tahun ni pakai songkok haji. Semua perubahan tu berlaku dalam tempoh setahun. Mana nak kenal sangat.

Sebenarnya bukan susah sangat nak mengisi masa cuti budak-budak ni. Bawak balik kampung sudey! Jumpa atok dan nenek. Bergaul dengan sedara-mara. Cukup.

Ok, cukup.

Dah, cukup!

Tuesday, May 29, 2012

Mendapat panggilan misteri ;)

Salam misteri,

Semalam kira-kira pukul 11.30 pagi, Pida mendapat panggilan daripada nombor yang aneh dan tidak dikenali.

Jantung Pida berdegup kencang, apakah ini cubaan merekrut Pida menjadi keldai dadah? Oh tidak... janganlah aku menjadi keldai dadah. Tak sanggup, you.

Pida berfikir panjang. Perlukah Pida menjawab panggilan hangit tersebut? Atau tidak perlukah Pida menjawab? Kalau Pida tak jawab, Pida takkan tahu siapa pemanggilnya. Kalau Pida jawab, Pida akan tahu siapa pemanggilnya. Ah, bosanlah kalau asyik fikir secara berstruktur macam ni.

Ibu jari Pida yang ada cagu itu sudah semakin dekat dengan ikon 'receive call'. Hoh, dah pakai henpon touchscreen ni haruslah bagitau kan... nanti tak ultimate la aku. Tengok, sempat lagi menunjuk. Kau tak tau kau tu yang paling ketinggalan. Orang lain dah lama pakai, Pida...! Tu pun pakkal je henpon lama ko dah kong, kalau tak memang tak merasa ko pakai henpon sentuh cermin. Hik hik.

Sreeetttt...... Pida touch screen henpon.

"Yo Pida! Kabare kue?"

"Alolooo.... mak rupanya! Ingatkan tauke candu mana tadi!" sepantas kilat Pida menjadi riang. Rupanya adalah mak!

Kami pun berbual macam dah 30 tahun tak jumpa. Masa tu mak baru je lepas solat subuh, waktu di sana kira-kira pukul 6.30 pagi.

Alhamdulillah, mak, ab dan semua yang mengikuti rombongan umrah berada dalam keadaan yang sihat dan selamat. Mereka semua gembira di sana.

"Pida ada nak pesan apa-apa ke? Mak belikan," tiba-tiba mak mempelawa.

"Emm... tak ada apa-apa la mak. Pida tak nak apa-apa pun... Cuma nak mintak tolong mak doakan Pida anak-beranak selamat dunia akhirat dan jadi orang baik," Pida membalas dengan penuh zuhud.

"Ok la kalau cenggitu. Save duit mak. Nanti mak belikan ko tasbih je ye!" begitulah kata mak seterusnya.

Pida rasa lega sangat dapat bercakap dengan mak. Terubat sedikit rindu di jiwa. Tak sabar nak jumpa mak dan ab hujung minggu ni.

Mak, sebenarnya Pida nak pesan jubah manik, telekung sulam, songkok haji, kurma, kismis, zaitun, buah tin, kraftangan arab, gelang, air zam zam, kacang pistachio, badam, kacang kuda, kalau ada kacang cap kupu-kupu pun mak belikan sekali, cincin mekah, celak mekah, dan jangan lupa belikan untuk anak-anak Pida sekali ye!

See you mak!

Saturday, May 26, 2012

Merindui mak yang jauh

Salam jauh,

Pada ketika ini, Pida berasa teramat windu pada mak dan ab.

Mereka sedang berada di Tanah Suci mengerjakan umrah bersama nenek, adik, mak cik dan sepupu.

Syukur kerana mereka semua terutamanya mak berada dalam keadaan yang sihat dan tenang. Di bawah lindungan Kaabah gitu.

Semoga mak, ab dan semuanya beroleh barakah. Dan semoga dengan doa dan usaha yang istiqamah, mak akan sembuh segera.

Kangen sama kalian!











posted from Bloggeroid
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...