Salam perpustakaan,
Rasa macam tak sedap je tajuk post kali ni 'ek? 'Mari melawat perpustakaan mak Pida.' Macam skema je. Kalau nak gonjeng sikit, tajuknya ialah 'Hoi! Kau nak tengok buku kat rumah mak aku ke tak?' Tapi macam jahat pulak. Takpe, Pida kekalkan tajuk tersebut di atas.
Terlebih dahulu, selamat hari raya Pida ucapkan kepada semua pembaca blog Pida ni. Pida mohon maaf kalau ada ayat-ayat dalam blog ini yang menyinggung perasaan kau.
Pida sedar, ada kata-kata dalam blog ni yang kasar, jenis nak makan penampor punya; haa tengok dah cakap kasar balik! Ok, maaf jualah yang Pida pohon daripada pembaca budiman sekalian.
Tajuk entry kali ini adalah mengenai buku. Baru-baru ni semasa bercuti seminggu menyambut raya di rumah mak dan Ab, Pida berkesempatan menghabiskan banyak masa di satu tempat yang paling sentimental di rumah tempat Pida dibesarkan iaitu ruang perpustakaan yang terletak di tingkat atas.
|
Ini adalah sebahagian ruang perpustakaan di rumah mak (lepas ni Pida sebut rumah Pida sebab dulu Pida tinggal sini kan?) Sejak kitorang adik-beradik kecik lagi mak dan ab dah sediakan satu ruang yang khas untuk dijadikan perpustakaan di rumah kami. |
|
Tapi sebelum bercerita panjang, Pida nak bagitau kat kau bahawa Pida ni jenis yang tak suka membaca. Pida tak membaca buku la senang cakap. Tak tau la kenapa tapi Pida memang tak suka buku. Kalau majalah URTV Pida baca la. Jadi 99% buku yang dipaparkan di sini adalah bukan buku Pida. Masa Pida umur 6 tahun dulu, Pida pernah terberak dalam seluar kat kedai buku masa ikut mak beli buku. Sebab boring sangat kat kedai buku, sampai terberak aku dibuatnya. Sampai rumah dah terlambat... |
|
Di perpustakaan rumah Pida ni terdapat pelbagai jenis buku. Macam-macam genre boleh didapati di sini. Novel, cerpen, karya terjemahan, cerita klasik dan macam-macam lagi. Takpe, kau jangan birah sangat. Nanti Pida tunjuk satu-satu. Sabor dulu. |
|
Genre yang paling sentimental bagi Pida ialah novel kanak-kanak dan remaja. Novel-novel ni semua milik abang Pida (my only eldest). Masa tu kitorang dalam darjah 2-3 la. Abang Pida ni seorang yang sangat suka membaca. Dia adalah ulat taik eh salah, ulat buku. Abang Pida ni sangat hebat mengarang. Banyak kali menang pertandingan mengarang. Tapi sekarang dia bukan penulis, dia bukak studio jamming. Giler betul la dia tu. Daripada 10,000 buku yang terdapat di perpustakaan rumah Pida ni, 5,000 adalah kepunyaan dia. Pida tabik la kat dia sebab suka membaca. Di atas hanyalah sebahagian ciput novel dia. |
Oh ya, bercerita pasal pertandingan mengarang ni, dulu masa Pida darjah 6 Pida pernah menang pertandingan mengarang anjuran majalah Dewan Pelajar. Siap masuk satu page tu. Tapi bukan muka Pida laa... karangan Pida je. Siap kena puji tulisan cantik la, kemas la, tiada kesalahan ejaan la, best siot kena puji dengan majalah.
|
Oleh kerana abang Pida sangat suka membaca, maka mak dan ab pun tak pernah lokek untuk membelikan buku-buku baru untuk bacaan kami adik-beradik. Macam Siri Tiga Penyiasat ni, mak belikan hampir kesemua siri yang ada. Yang paling Pida suka siri penyiasatan Enid Blyton. Kalau baca tu memang berdebar-debar je jantung ni sebab cerita ni memang best sangat. Kadang-kadang terkinja-kinja sendiri sebab terlalu berdebar 'mengikuti' penyiasatan watak-watak dalam novel tu. |
Antara novel remaja/kanak-kanak yang terdapat di perpustakaan rumah Pida (dimiliki dan dibaca oleh abang Pida) :
|
Ini siri cerita teladan. Yang nipis-nipis macam ni Pida baca la. Itupun seminggu baru habis. Punyalah malas aku nak membaca. |
|
Ini novel sains fiksyen. Novel abang Pida ni. Sampai sekarang Pida tak pernah baca cerita ni walaupun ia nipis. Alasan- tak minat sains. Boleh gitu? |
|
Kompilasi komik pun Pida ada. Yang ini Fiesta daripada majalah Gila-Gila. Uncle Gedek pun belum tentu ada buku ni hihihi. Dulu mak Pida pernah beli komik Kampung Boy cetakan pertama punya. Ntah manalah buku tu sekarang. |
|
Novel inggeris pun ada. Yang ni pun abang Pida punya. Kan Pida dah cakap dia tu ulat buku. Kerja dia asyik membaca je. Kalau dia tengah baca buku tu, jangan la kau kacau dia. Takdenya dia layan. Orang jawa kata mangkreng. |
|
Haaa! Yang ini novel kepunyaan Pida. Tajuk dia Ebe dan Eme. Mak Pida belikan untuk Pida masa umur Pida 12 tahun. Ini cerita fantasi. Best sangat ceritanya. Kau tengok la tu, bila novel tu Pida yang baca, jadi lunyai dah. Nampak sangat excited giler dapat baca novel tebal sampai jadi belacan buku tu. |
|
Pida suka buku ni sebab dalam dia berkaler-kaler. Barulah ada semangat nak baca. Lagipun lukisan dia comel. |
|
Novel bertajuk Songket Berbenang Emas ini merupakan best-selling novel masa zaman-zaman Pida sekolah dulu. Masa tu Pida tingkatan 2. Giler hot novel ni. Macam jadi satu fenomena pulak time tu. Sama macam fenomena Ekamatra masa tu. Rasanya semua budak perempuan baca novel ni termasuklah Pida yang tak suka membaca ni. Tengok, sampai lunyai novel ni Pida kerjakan. | |
|
.... dan banyak lagi novel yang terdapat di perpustakaan rumah Pida ni. |
|
Terlalu banyak! |
|
Oleh kerana buku dan bahan bacaan yang terlalu banyak, mak dan ab telah membina satu ruang kecil di loteng rumah yang boleh memuatkan maksimum 2 orang dewasa dalam satu-satu masa. Gambar di atas menunjukkan tangga menuju ke loteng tersebut. |
|
Inilah loteng iaitu ruang bumbung rumah Pida. Di ruang ini, mak dan ab membina rak buku untuk menempatkan buku, majalah dan album gambar-gambar lama. |
|
Rak buku di loteng. Tengok tu, dah sampai paras bumbung dah. Dah tak de tempat lagi dah nak taruk buku. Kalau mak tambah ruang lagi alamat terkeluar sampai ke angkasa raya la. Itu pun ada lagi buku-buku yang belum masuk rak. Terutama buku-buku baru yang mak dan ab beli di MPH atau Popular atau Radin Book Store. (Mak dan ab pun ulat buku. Diorang lagi la hantu buku. Adik-beradik Pida yang lain pun ulat buku kecuali Pida sorang je. Sebab tu cuma Pida sorang je dalam keluarga yang tak pakai cermin mata). |
Mesti kau tertanya-tanya kenapa banyak sangat buku kat rumah Pida ni? Dulu tokei kedai buku ke? Mana tak banyaknya, buku-buku tu sebahagiannya adalah kepunyaan mak dan ab sejak zaman diorang kat UM awal tahun 70-an dulu. Zaman Boney M dan DJ Dave. Tak percaya?
|
Ini adalah sebahagian kecil koleksi majalah Reader's Digest yang dimiliki oleh mak dan ab. Walaupun dah buruk, tapi keadaan dalam masih tetap elok dan boleh dibaca. Dijamin tiada unggas dan anai-anai. |
|
Cuba kau perhatikan tahun berapa punya keluaran ni? April 1972. Kau dah ado? |
|
Yang ini lagi lama - Julai 1971. Kau dah ado? |
|
|
|
Bukan setakat Reader's Digest super klasik sahaja, malah novel-novel klasik tersohor pun ada dalam koleksi perpustakaan kami.
|
Novel Suboh karya Atan Long. |
|
Terbitan tahun 1966. Fuh... zaman A Rahman Hassan ni. Kau kenal ke A Rahman Hassan tu sapa? Khir Rahman kenal? Haa tu anak dia. |
|
Novel Tulang-Tulang Berserakan. Punyalah lama sampai dah berseletep-seletep dah. Selebet betul. |
|
|
|
|
Cetakan pertama novel Tulang-Tulang Berserakan ini ialah pada tahun 1966. Perghh... gila klasik seh. |
|
Novel Faridah Hanom karangan Syed Sheikh Al-Hadi. |
|
Jilid 1 dalam tulisan jawi bagi cetakan pertama novel Faridah Hanom ini ialah pada tahun 1925. Wah! Ini zaman selepas perang dunia pertama ni! Bahasa yang digunakan pun bahasa Melayu klasik. |
|
Novel Lembaga Hikmat hasil tulisan Hamka. Satu lagi novel super klasik yang dimiliki oleh perpustakaan rumah Pida. |
|
Bahasa dulu-dulu. Ejaan pun dulu-dulu. |
|
Buku kisah Hikayat Merong Mahawangsa. Naskhah asli. |
|
Novel Duri Dan Api karya Sasterawan Negara Usman Awang. |
|
Novel hebat Shahnon Ahmad - Ranjau Sepanjang Jalan. Novel ini sudah menjadi sebahagian daripada khazanah penulisan di negara ini. |
|
Bahagian dalam Ranjau Sepanjang Jalan. Memang klasik. Bau kertas tu pun bau klasik jugak. |
Mak ada novel Salina karya A Samad Said yang tebal giler tu. Tapi masa tu Pida terlupa nak carik. Selain novel klasik, mak dan ab juga mempunyai banyak koleksi novel terjemahan dan novel-novel kontemporari. Mak dan ab suka baca novel terjemahan karya penulis asing kerana melalui cerita, mereka dapat memahami cara hidup dan budaya sesebuah masyarakat itu. Contohnya, novel Madu Dalam Saringan, Ab cakap sedap sangat ceritanya. Melalui novel tersebut, Ab dapat gambaran tentang kehidupan petani susah di India.
|
Antara novel terjemahan terbitan DBP yang berada dalam koleksi perpustakaan rumah Pida. |
|
Novel terjemahan hasil tulisan penulis Korea bertajuk Dewi Putih. |
|
Novel Rumah Kaca yang dikarang oleh Pramoedya Ananta Toer. Antara penulis kegemaran mak dan ab. |
Perpustakaan rumah Pida turut menyimpan koleksi novel semasa tetapi bukan keluaran terbaharu.
|
Novel ini dulu menjadi bahan sastera tingkatan 5. |
|
Kalau tak silap Pida, novel Senjakala ini juga menjadi bahan Sastera tingkatan 5. |
|
Novel jiwang ni karya Khadijah Hashim penulis terkenal. Mak kata Khadijah Hashim ni dulu pensyarah mak. |
|
Cerita seram karangan Stephen King. |
|
Novel kontroversi Shit. |
|
Ada banyak lagi novel yang tak terakam di sini. Kalau kau rajin, belek la satu-satu novel kat dalam gambar ni. Nampak tak ada Stamp Album di antara susunan buku tu? Itu adalah album setem milik Pida. Dulu hobi Pida kumpul setem. Masa tu Pida dalam darjah 5-6 la... masih pakai skirt lagi pegi sekolah naik bas Pak Khamis. Bawak duit belanja pun masa tu 50 sen je tapi kenyang sampai ke malam. Jajan cikedis memang mengenyangkan bukankah begitu? |
|
Inilah antara koleksi setem Pida. Kebanyakannya setem Indonesia sebab masa tu Pida ada pembantu rumah Indonesia. Bila dia dapat surat daripada pakwe dia je, Pida cepat-cepat kopek setem tu sebelum dia buang sebab biasanya lepas dia baca surat pakwe dia, dia akan renyuk-renyukkan surat tu dengan sampul-sampulnya sekali sambil menangis-nangis bilang "Jantan keparat! Gue benciin sama luk! Gue mau luk mati!" Jadi sebelum setem tu renyuk, baik Pida ambik dulu penuhkan album setem. Pandai tak Pida? (Lepas tu lepas dia nangis biasanya kami sekeluarga tak makan malam). |
|
Lagi koleksi setem Pida. Yang ni Pida beli. Jangan pulak kau tuduh Pida ada orang gaji dari Cuba pulak. Te lo juro, no! (Pida memang pandai cakap Spanish tau!) |
Tapi ada satu buku tu yang betul-betul membangkitkan nostalgia zaman darjah satu dulu. Tak sangka ada lagi buku tu.
|
Inilah buku tersebut. Tajuknya Juruterbang. Mak belikan buku ni untuk Pida masa Pida darjah satu dulu. Lama giler kan? Sekarang buku ni Pida perturunkan kepada Rania. |
|
Selain buku cerita kanak-kanak, mak dan ab juga rajin belikan kitorang siri buku cerita Tidurlah Intan dan kisah-kisah rakyat yang buku dia berwarna-warni tu. Lupa pulak nak ambik gambar.
|
Lagi buku dan lagi. |
Jadi, begitulah sebahagian kecil daripada jumlah sebenar buku/novel dan majalah yang terdapat di perpustakaan rumah Pida. Kalau nak dikira memang terlalu banyak. Koleksi ensiklopedia sejak zaman 70-an pun ada, koleksi majalah Aktual yang mak simpan sejak zaman 70-an pun masih tersimpan rapi, album-album gambar dulu-dulu pun masih berkeadaan baik.
Masa Pida belek buku-buku lama ni, Pida rasa dah terlalu lama Pida tinggalkan zaman kanak-kanak dan remaja. Zaman remaja Pida dulu tak secanggih sekarang. Dulu masih bergelut dengan buku/novel. Itu zaman-zaman Ekamatra. Zaman Forteen sekarang semuanya digital. Buku pun dah jadi digital.
Kalau ditanya apakah perasaan Pida terhadap koleksi buku-buku ini, jawapan Pida ialah terlalu sayang. Walaupun Pida tak suka membaca (kalau membaca nanti jadi pening - sebab tu bodoh masa belajar), namun Pida sebenarnya sangat menghargai buku terutama koleksi klasik ini. Mana nak dapat lagi derr....
Oklah, harap-harap kau tak boring dengan entry kali ni. Sebab Pida sendiri pun dah rasa pening bila menulis pasal buku. Maklumlah orang tak suka buku!
|
Satu lagi koleksi klasik Ab. Mercedes zaman Badul. Kereta inilah yang menghantar Pida ke sekolah dulu. Terima kasih Ab. Pida tak pernah merasa naik motor sepanjang hidup Pida ke sekolah. Kereta ni masih elok, ada road tax dan masih boleh dipandu. Nampak je gedabak, tapi sebenarnya ringan giler kau bawak kereta ni! |
Bertuahnya pergi sekolah nak Merc
ReplyDeleteSaya dulu jalan kaki saja, memang sangat bertuah insan yg bernama Pida ni.
Melihat buku-buku itu, seolah-olah kembali ke zaman silam.
Saya suka karya Zaharah Nawawi, khasnya novel Selempang Merah. Khairuddin Ayip berasal dari Pt Raja, juga guru yg aktif menghasilkan karya.
Dapatkah kita menyediakan perpustakaan spt ini utk anak-anak kita seperti ibu bapa tua Pida ni?
Haha Cikgu Mat Som, jangan la cakap macam tu, malu saya.
ReplyDeleteBukan niat nak eksyen, saya cerita tu sebab nak kenang nostalgia lama. Balik kampung kali ni memang menggamit memori sangat la.
Tapi cikgu tau tak sebelum Ab beli Merc tu, kitorang naik kereta Ford Cortina buruk? Hehehe.
eleh kekda tu, sanggup tak g tadika sebab tak nak naik kete katak...hahaha takut tak sampai sekolah katanyer...
Deleteoo patutla aku nmpk ada buku setem kat atas, pelik gak nmpk buku tu balik, rupe2nya kau ke yg keluarkan?
ReplyDeleteyg buku2 bawah tangga tu nape tak ambik gmbr?
tu lagi mahal tu, koleksi majalah2 dewan siswa n dewan sastera zaman dulu...
berketul2 wa cakap sama luu...zaman sekarang tak jumpa dah..
ntah2 majalah bujal n kuntum pun ada terselit gak...hehee
tp kan, ekceli kan..tgk post kau ni, aku rasa sedih plak..buku2 tu tersadai camtu je kan..padahal tulah teman baik masa kecik + itulah jugak tanda mak n ab betul2 nak besarkan kita sebaik yg mungkin...sob sob..
Assalamualaikum.Salam perkenalan. Saya Izzat, pelajar USM. Saya mengagumi nuku-buku yang menjadi simpanan puan dan keluarga. Saya perhatikan buku tersebut ada juga yang saya turut gunakan dalam pembelajaran saya di peringkat universiti. Sekadar ingin bertanya. Adakah sesetengah buku itu boleh dijual kepada saya?
ReplyDeletesebarang maklumat boleh hubungi saya di email ezartt_jpon@yahoo.com.my atau di facebook: Muhammad Izzat Md Isa.
Terima kasih :-)
one word: Spendid!
ReplyDeletekalaulah saya menghargai buku-buku zaman kecil saya.. skrg cuba kumpul kembali, tapi payah kerana tak ada yang bercetak lagi..
Humaizie Rahman, sekarang tahun 2013 ni, memang rasa terlalu sayang dengan buku-buku ini. Dah rasa macam kumpul bahan antik pulak. Tak ternilai harganya.
ReplyDeleteTQ :)
siri hadi tu yg best. teringat masa nak amik pmr 95, ader la pula kwn f2 yg bawa selambak siri Hadi. Macam tau2 je, lg seminggu nak pmr. aper lagi, seminggu tu tenggelam dlm dunia HADI....:)
ReplyDeletewow.. banyak buku yang sudah masuk kategori amat rare ada dalam simpanan sdri. saya cuma mampu kempunan. :-).
ReplyDeleteNik Lee
Ye betul tu nik lee, kebanyakan buku dah masuk dalam kategori antik. Memang khazanah berharga sangat ni. TQ :)
DeleteSaya datang melawat lagi. Kali ini dengan pertanyaan, mahu tak bertukar-tukar buku dengan saya, Barter. Saya berminat dengan beberapa buku dalam gambar.
DeletePramoedya - Rumah Kaca, Jejak Langkad dan Cerita Dari Blora.
Usman Awang - Duri dan Api
S S Al Hadi - Faridah Hanom
Hikayat Merong Mahawangsa dan
John Steinbeck - Perjuangan Sia-sia.
Kalau boleh barter, nanti saya berikan gambar buku buku dalam koleksi saya. Mana tahu ada yang berkenan.
Tkasih.
Nik Lee
email saya nikdanraja@yahoo.com
saya suka cerita Ebe dan Eme tu..best! nak cari balik buku tu...
ReplyDeleteKiut kan? ☺
DeleteSlm. Bestnya koleksi.Sya dulu ulat buku. Tengok buku-buku yang puan paparkan, banyak darinya yang pernah sya baca. Madu Dalam Saringan tu mmg best. Sampai sekarang terkenang-kenang. Dulu baca kat ppustakaan ja.Tahniah kpd ibu bapa puan yg begitu menghargai buku-buku lama ini.
ReplyDeleteTq 😊
DeleteAssalamualaikum Kak,
ReplyDeleteSaya kagum dengan orang yang mempunyai mini-library kat rumah. Dan tidak salah untuk saya katakan, saya teruja, bila melihat koleksi buku-buku yang mungkin ada di-antaranya sudah tidak lagi diterbitkan hingga layak untuk digelar sebagai sebuah karya masterpiece oleh penulisnya.
Lagi apabila kita bila melihat koleksi yang dijadikan sebagai harta itu, satu perasaan yang hebat pasti akan terbit dalam diri kita.
Teringat lagi akan kata-kata ayah saya berkenaan dengan mini-library yang pernah dia dirikan dahulu, namun sudah lagi tiada akibat dimakan dek masa yang berlalu dengan cepat dan dipenuhi akan peristiwa-peristiwa yang tidak beberapa enak untuk didengari.
Saya harap, Akak dapat mempertahankan khazanah ini. Mungkin jasa Akak akan tidak akan tertulis atau diberikan perhatian, tapi percayalah kak, khazanah ini adalah ibaratkan sebagai sebuah permata buat bangsa yang bertamadun - terus Akak boleh dianggap sebagai seorang pejuang yang tidak di-dendang namun tetap subur dalam ingatan setiap insan yang mengetahui akan kewujudan Akak.
Jika tergerak hati Akak untuk melepaskan beberapa buku, jangan segan silalah meng-email saya, di firdd888@gmail.com.
Nota: Terlihat beberapa buah buku yang saya cari selama ini.
Tqvm... errr buku apa yg kamu cari ada dlm library ini? ☺
DeleteAda beberapa buku terbitan DBP.
DeleteSudah masuk ke pelusuk rata-rata kedai buku di semenanjung malaysia, baik lama, terpakai mahupun baru, memang tak pernah jumpa. Adalah beberapa kali terjumpa di web jualan seperti mudah etc, tapi buku2 tu telah pun dijual.
Saya tahu, khazanah ni memang susah benar nak dilepaskan. Tapi saya mohon kepada akak, jika tergeraklah hati akak/keluarga akak untuk melepaskan beberapa buah buku, hubungilah saya - firdd888@gmail.com.
Salam kak,jualkan faridah hanom please,dah satu malaysia cari..kalau terbuka hati hubungi saya www.jihad_hacker94@yahoo.com atau abrar.sabawi.1994@live.com
ReplyDeletesalam..saya ingin tanya, masih ada lagi tak novel " Sutera berbenang emas" karya Khairuddin Ayip..Dah lama saya teringin baca nobel ni.
DeleteJika ada, boleh kah saya membelinya?
salam..saya ingin tanya, masih ada lagi tak novel " Sutera berbenang emas" karya Khairuddin Ayip..Dah lama saya teringin baca nobel ni.
DeleteJika ada, boleh kah saya membelinya?
Maaf lambat balas. Maaf juga.. buku tu saya tak jual. Anyway tqvm :)
DeleteMaaf lambat balas. Maaf juga.. buku tu saya tak jual. Anyway tqvm :)
DeleteAssalam kak, nak tny loteng rumah akak buat dgn sape?
ReplyDeleteCerimanis, rasanya mak akak upah orang menukang utk buat loteng tu. Simple aje.. sbb ruang atas tu kecik. Tq :)
DeleteCerimanis, rasanya mak akak upah orang menukang utk buat loteng tu. Simple aje.. sbb ruang atas tu kecik. Tq :)
Deletesalam.salam perkenalan...saya dah lama mencari novel ebe dan eme.berminat tak nak jual dengan saya tak?
ReplyDeleteasma1402@gmail.com
Waalaikumussalam ibu amani, maaf lambat balas. Buku tu saya tak jual.. just jadi koleksi je.. lagipun keadaan dia dah tak elok.. dah tanggal2 dah hihihi... terima kasih ;)
Deleteassalam. apa kabar..saya berminat dengan buku2 ?
ReplyDeleteWaalaikumussalam mohd al ansari, terima kasih sebab berminat. Tapi maaf ye ini koleksi keluarga.. kami tak jual. Rasanya byk grup atau page fb jualan buku2 lama dan klasik. Bole cuba cari ye... terima kasih ;)
DeleteSemua buku cerita je ke?
ReplyDeleteAssalam encik pida..saya mencari koleksi buku siri teladan..encik masih ada simpan tak?koleksi Gadis desa penjual susu tuu..masih ada?koleksi saya yg hilang nombor 15..tajuk dia Kota apsus menjadi hempar (al kahfi 2)..kalau ada roger saya ya..tq..wasap 0105660464
ReplyDelete