Salam zain saidin,
Sampai sekarang hati masih panas kalau teringat akan insiden Zain Saidin meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap juri.
Bagi sesiapa yang tak tahu-menahu tentang kisah ini, biarlah Pida ceritakan serba-sedikit. Zain Saidin adalah peserta Masterchef Selebriti Musim Ke-2 yang tersingkir pada minggu lepas. Dia tersingkir selepas bertarung dalam pusingan penyingkiran bersama 3 peserta lain kerana gagal mempersembahkan hidangan yang menambat hari juri.
Selepas diumumkan sebagai peserta yang tersingkir, juri telah memberi peluang kepada Zain untuk bercakap jika ada apa-apa yang ingin disampaikan. Juri terdiri daripada chef super-otai iaitu Papa Jo, Chef Zubir dan Chef Adu. Kesemuanya sangat berpengalaman, profesional dan berwibawa.
Rupa-rupanya memang Zain menunggu saat ini, iaitu untuk meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap juri. Dia mungkin sentap sangat dengan komen Chef Jo yang mengatakan lempeng (pancake) yang dibuatnya sebagai "the worst I've ever tasted" yang menyebabkannya tersingkir (dan terpaksa meninggalkan endutnya di rancangan tersebut). Well, Chef Jo has all the pride to say anything as a judge.
Zain mengatakan juri tidak adil. Wah, hebat budak ni. Berani mempertikaikan juri. Dalam sesuatu pertandingan, juri dan hakim adalah pemegang hak keputusan mutlak dan muktamad. Siapa yang berani mempertikaikan juri? Tapi Zain Saidin berani you!
Setakat mempertikaikan keputusan juri yang dikatakan tidak adil itu boleh lagi diterima, kerana mungkin dia cuba berfikir di luar kotak. Tapi kalau dah bersikap kurang ajar dan biadap, itu memang tidak boleh diterima sama sekali!
Dan komennya terhadap Chef Jo yang sangat biadap ialah "...mengharapkan chef punya nasihat satu tu, tak mungkin saya dapat sampaikan apa-apa pun dalam pinggan tu." Ini diperkatakan kerana Zain menganggap kawan-kawan dia sebenarnya yang banyak membantu dia sehingga dia berjaya menghasilkan pancake.
Dahlah dia mengatakan chef tak adil kerana memilih Aznil yang mengambil sedikit nasi daripada Kencana Dewi sebagai pemenang dalam satu pusingan (sedangkan chef telah memberi segala justifikasi dan rasional yang boleh mematahkan tuduhannya termasuk ulang tayang komen Chef Jo yang mengatakan kepada Aznil tanpa nasi itu pun, hidangan Aznil tetap bagus), boleh pulak si Zain ni panggil 'awak' sahaja kepada chef bertiga tu!
Masa ni Pida dah berdesing dah. Walaupun Pida cuma tengok kat tv je, tapi Pida pulak berderau darah menahan marah pada budak kuang hajo ni. Hey Zain! Siapa yang kau panggil 'awak' tu? Adik kau ke? Anak tiri kau ke? Itu juri ok! Bukan setakat juri, malahan guru di gelanggang Masterchef tu! Bukan setakat guru ok! Dia orang yang lebih tua, pangkat bapak kau ok!
Lagi kurang ajar apabila semasa Chef Zubir sedang bercakap dengan dia untuk menerangkan, dia langsung tak mendengar. Dia potong cakap Chef Zubir, memang kurang ajar la tak dengar cakap orang.
Sebenarnya Pida dah perasan semasa Zain sedang menyediakan makanan, dia lebih fokus terhadap rakan-rakan yang memerhatikannya di tingkat atas. Dia langsung tak endahkan Chef Jo yang sedang bercakap dengan dia. Langsung tak hormatkan Chef Jo sebagai juri dan sebagai guru. Seolah-olah macam Chef Jo bercakap dengan periuk aje.
Serius Zain, kau memang kurang ajar. Kurang ajar dengan juri, guru dan orang tua. Perangai kau memang tak semenggah la Zain. Kau sedar tak, sebenarnya kau telah menampakkan keburukan diri kau sendiri di depan semua orang termasuk pada bakal bini kau. Masalah sikap la kau ni.
Silap orang la kau nak kurang ajar. Nampak sangat chef-chef tu tak setaraf dengan cara pemikiran kau. Tengok cara diorang sebagai orang profesional, kena cemuh pun tetap diam dan bersikap tenang. Itu namanya orang ada ilmu! It's all about ilmu. Manusia dipandang tinggi kerana ilmu dan akhlaknya.
Chef Jo memang sangat profesional. Dia tetap tenang walaupun ada satu ketika dia juga meninggikan suara. Mestilah, dah budak tu kurang ajar, tak hormat dia langsung sebagai orang tua (kalau tak nak hormat sebagai juri sekalipun).
Tapi paling best ketika Chef Jo bercakap dengan Chef Zubir dan Chef Adu, ...."tapi kalau anak murid degil, kalauanak murid kurang ajar...." amek kau! Mudah-mudahan Chef Jo halalkan ilmu kulinari yang kau dah dapat sikit-sikit tu.
Pergi pun tak bersalam, memang tak ada adab la ini budak. Ini kalilah... jangan join apa-apa pertandingan lagi ye Zain. Pida harap dia tak trauma akibat perbuatannya sendiri. Jangan sampai kita dimaki orang kerana sikap kurang ajar kita. Memulihkan reputasi tidaklah semudah mencalarkannya.
Ini bukan setakat pertandingan memasak amal sahaja, tetapi lebih daripada itu. Iaitu bagaimana seseorang itu bertindak balas terhadap kritikan; adakah dia terbuka atau tidak. Kritikan memerlukan kematangan untuk dinilai, bukan emosi. Kita pun mengalami situasi yang sama seperti ini juga dalam kehidupan kita.
Mungkin ada yang kata Astro yang sengaja bagi watak jahat ni pada Zain untuk menaikkan rating. Tapi kalau Pidalah, orang bayar sejuta ringgit pun tapi untuk menjatuhkan maruah dengan bersikap kurang ajar dan menunjukkan kebodohan diri sendiri, Pida tak akan terima tawaran macam tu.
Kalau betullah ini lakonan, memang berjaya sangatlah strategi Astro. Tapi kalau adegan biadap itu memang betul-betul real, tak patutlah Zain buat begitu kepada orang yang sepatutnya dihormati.
Zain... Zain... (sambil geleng kepala)
Oh, my english!
*Serius lepas tengok adegan tu Pida terus cakap kat Rania, "Hormati orang tua, hormati guru, jangan kurang ajar ye nak!"
Pida menulis dengan rasa bebas; tanpa belenggu, tanpa asakan, tanpa takut, tanpa mewakili apa-apa dan siapa-siapa. Apa yang Pida tulis dan luahkan tidak semestinya melambangkan keperibadian Pida. Blog ini juga sebagai memori terhadap perjuangan allahyarham bonda tercinta yang begitu tabah menghadapi kanser sehingga ke akhir hayatnya. Tidak sesaat Pida tidak merinduinya.
Showing posts with label sentap. Show all posts

Tuesday, April 30, 2013
Saturday, March 30, 2013
TNB Batu Pahat tolonglah jangan buat macam ni lagi.
Salam TNB,
Minggu lepas Pida balik kampung kerana berhajat untuk memenuhi undangan walimatul urus rumah sedara Pida pada hari Ahad. Jadi, hari Sabtu tu kitorang bercadang duduk kat rumah je temankan Ab.
Tapi malangnya Ab kata, TNB ada bagi notis kepada penduduk beberapa taman di bandar Batu Pahat bahawa hari Sabtu itu akan berlaku gangguan bekalan elektrik bermula dari jam 10 pagi hingga 7 petang untuk kerja-kerja penyelenggaraan.
Hah..? Blackout lagi! Sabtu hari tu yang Pida balik tu pun blackout seharian jugak, dari pukul 10 pagi sampai ke pukul 6.30 petang. Kau cubalah bayangkan situasi Pida ni : sekali-sekali balik kampung, hajat di hati nak duduk di rumah saja, tapi takde karen sepanjang hari!
Bengkek tak? Pida rasa bengkek sangat. Ini bukan kali pertama hari Sabtu penduduk bandar Batu Pahat takde elektrik. Yang lebih menyakitkan hati, dari pukul 10 pagi sampai pukul 6.30 petang hokay! Bayangkan betapa lamanya tempoh itu dan betapa bosannya aktiviti di rumah tanpa kemudahan elektrik.
Sebenarnya Pida tak kisah sangat kalau takde karen ni. Tapi kalau bekalan asas ini ditiadakan (walaupun dengan notis) pada hari ahli keluarga nak berkumpul di rumah, dan dari pagi sampai lewat petang, tak salah kalau Pida rasa marah dengan TNB. Kalau gangguan sampai pukul 2 petang je Pida boleh terima lagi.
Kemon la TNB, agak-agak la nak ganggu kami pun.... Kami hargai dan hormati kerja anda, kerana kami memang bergantung pada anda untuk lampu kalimantang dan kipas angin kami, tapi tolonglah jangan 'kejam' sangat potong bekalan sepanjang hari.
Dan tolong jangan bagi alasan suruh kami yang terjejas ni supaya berjimba di luar bersama keluarga. Masa kualiti hari Sabtu sebenarnya nak dihabiskan di rumah sahaja. Kalau keluar, pasti, gerenti, berani kerat kuku la... mesti kena keluar duit jugak walaupun untuk beli aiskrim batang.
Pukul 2.30 petang tu Pida call 15454. Pida dah geram dengan TNB ni. Pida bagitau kat kakak helpdesk tu supaya lain kali jangan potong elektrik hari Sabtu lagi. Pida bagitau dia, ini bukan Sabtu pertama TNB buat macam ni. Dan kakak helpdesk tu pun maklumkan pada Pida bahawa dah ramai pengguna dari taman berdekatan Pida log report tentang gangguan bekalan elektrik pada hari itu.
Untuk TNB, tolonglah jangan buat kerja hari Sabtu dan Ahad ye. Staf kau orang pun nak cuti jugak kan? Diorang pun nak rehat dengan anak bini jugak kan?
Lepas sejam melalak, Pida pun bawak budak-budak ni pegi Odeon untuk makan. Maklumlah, lepas menyanyi stamina dah kurang kan... haruslah dipulihkan dengan makanan dan minuman.
Kami keluar pukul 3 petang, balik rumah pukul 6 petang. Masih takde karen! Ya Allah sabor jelah!

![]() |
| Pida hargai pengorbanan abang-abang TNB memberikan sinar cahaya kepada kehidupan Pida, tapi... agak-agak arrr! Takkan hari Sabtu pun kerja sampai menjejaskan kami pulak! |
![]() |
| Ye ye orr je si Rania ni menyanyi. Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi kan? Ngeh ngeh ngeh. Ini semua salah TNB. |
Lepas sejam melalak, Pida pun bawak budak-budak ni pegi Odeon untuk makan. Maklumlah, lepas menyanyi stamina dah kurang kan... haruslah dipulihkan dengan makanan dan minuman.
![]() |
| Mee bandung. |
![]() |
| Rojak manis. |
![]() |
| Otak-otak. Sedap giler otak-otak ni. |
![]() |
| Otak-otak ni memang dihantar ke meja-meja pelanggan. Sebatang lima posen. Tapi memang sedap la. Dia tak pedas sangat. |
![]() |
| Sufi minum air kegemaran Pida iaitu air cikong. Tapi orang sekarang sebut laicikang. |
Kami keluar pukul 3 petang, balik rumah pukul 6 petang. Masih takde karen! Ya Allah sabor jelah!
Monday, December 31, 2012
Caj tersembunyi Celcom - 'Salah' Pengguna
Salam caj,
Pida adalah pengguna talian pasca-bayar Celcom 019 melalui pelan pakej Exec 50 dan pelan data mBasic 38.
Pida menerima bil bulanan melalui emel. Kalau nak tengok secara terperinci, Pida akan log in ke Celcom Online Customer Service dan di situ Pida dapat tengok butir-butir panggilan/sms/mms.
Ada satu yang Pida pelik dengan bil telefon Celcom Pida ni. Pida rasa setiap bulan Pida bayar penuh, tapi lepas beberapa hari mesti dapat mesej daripada Celcom kata Pida ada tunggakan. Seolah-olahnya macam apa yang Pida bayar tu tak menyusutkan langsung jumlah bil telefon Pida. Macam tak bayor je kekdahnya.
Jadi Pida pun semaklah bil telefon terperinci Pida. Memang dah lama tak semak pun. Kali terakhir semak 3 bulan lepas kot.
Pida yakin Pida dah kena main dengan entiti yang tak pasal-pasal ada tu. Jadi Pida pun google SMS Content Services - Received. Nah, amek kau, rupanya ramai lagi pelanggan Celcom yang mengalami caj melambung macam Pida ni.
Rata-rata aduan dan komen ialah mereka dah menghubungi pihak Celcom berkenaan perkara ini. Dan rata-rata juga memberi maklum balas yang sama - pihak Celcom kata ia adalah perkhidmatan daripada 'pihak ketiga'. Dan kononnya kita sebagai pengguna ni telah membalas mesej 'Yes' kepada pihak ketiga tersebut. Tapi apa yang Pida baca, semua menafikan mereka pernah melanggan apa-apa daripada mana-mana 'pihak ketiga' yang dimaksudkan.
Jadi Pida pun cubalah hubungi talian khidmat pelanggan Celcom di nombor 1111. Pida bercakap dengan seorang staf wanita. Pida tanyakan padanya, apa itu SMS Content Services - Received', dan jawapan daripada dia telah diduga lebih awal.
Seperti yang Pida baca di forum online, jawapan Celcom pada Pida ialah 'ia adalah perkhidmatan yang disediakan oleh pihak ketiga.' Pida tanya lagi, habis tu kenapa dia caj saya sampai berpuluh-puluh ringgit ni?
Jawapan dia seperti diduga. Dia kata Pida pernah hantar mesej 'Yes' iaitu Pida bersetuju untuk melanggan perkhidmatan daripada pihak ketiga tersebut.
Pida berani kerat kuku laa... Pida ni bukan budak-budak bawah 18 tahun yang perlukan kebenaran ibu bapa atau penjaga nak langgan itu ini. Pida tak pernah, diulangi - tak pernah respon pada mana-mana sms iklan atau promosi apatah lagi yang ajak kita melanggan kandungan sms diorang sebab Pida tau itu semua berbayar. Dan Pida tak perlukan semua itu for the whole world!
Tapi bila dia kata Pida pernah menghantar sms balas 'Yes' ke satu nombor, dan Pida dah baca mengenai jawapan seperti ini banyak kali di forum online, Pida rasa Celcom pun ada main peranan ni.
Pui Celcom, kami bukan budak kecik nak langgan game sms ke, ringtone ke, horoskop cinta ke... no, no, no!
Lepas tu Pida tanya macam mana nak hentikan caj melampau termasuk 'Push Message' yang selalu Pida terima melalui sms, staf Celcom itu meminta Pida hantar 'stop all' ke 37744. Dakwanya, semua caj tersembunyi tersebut akan dihentikan mulai hari kita hantar sms tu.
Sekarang ni Pida rasa rugi giler kat Celcom ni. Ntah berapa banyak duit caj tersembunyi yang Pida dah bayar kat Celcom tak pasal-pasal. Dahlah sekarang ni asyik dropped call aje, sampai naik malu aku dengan orang yang menelefon tu asyik kena call Pida dua tiga kali.
Dahlah, Pida nak ke dapur minum air oren.

| Baru minggu lepas aku bayar RM100 lebih, hari ni tengok-tengok ada tunggakan RM166.70. What da shell? |
Ada satu yang Pida pelik dengan bil telefon Celcom Pida ni. Pida rasa setiap bulan Pida bayar penuh, tapi lepas beberapa hari mesti dapat mesej daripada Celcom kata Pida ada tunggakan. Seolah-olahnya macam apa yang Pida bayar tu tak menyusutkan langsung jumlah bil telefon Pida. Macam tak bayor je kekdahnya.
Jadi Pida pun semaklah bil telefon terperinci Pida. Memang dah lama tak semak pun. Kali terakhir semak 3 bulan lepas kot.
| Pida mulakan dengan bil bulan Oktober 2012. Bila Pida perati satu satu, Pida tengok ada bahagian 'SMS Content Services - Received' jumlahnya RM36.00. Ok, this is fishy. |
| Pida tengok pulak bil bulan November 2012. Pun ada jugak benda alah 'SMS Content Services - Received' tu. Kali ini jumlahnya RM64.00. Oh wadehel. |
| Ini pulak bil bagi bulan Disember setakat hari ini. Pun dah dicaj RM16.oo untuk 'SMS Content Services - Received' tu. |
Pida yakin Pida dah kena main dengan entiti yang tak pasal-pasal ada tu. Jadi Pida pun google SMS Content Services - Received. Nah, amek kau, rupanya ramai lagi pelanggan Celcom yang mengalami caj melambung macam Pida ni.
Rata-rata aduan dan komen ialah mereka dah menghubungi pihak Celcom berkenaan perkara ini. Dan rata-rata juga memberi maklum balas yang sama - pihak Celcom kata ia adalah perkhidmatan daripada 'pihak ketiga'. Dan kononnya kita sebagai pengguna ni telah membalas mesej 'Yes' kepada pihak ketiga tersebut. Tapi apa yang Pida baca, semua menafikan mereka pernah melanggan apa-apa daripada mana-mana 'pihak ketiga' yang dimaksudkan.
Jadi Pida pun cubalah hubungi talian khidmat pelanggan Celcom di nombor 1111. Pida bercakap dengan seorang staf wanita. Pida tanyakan padanya, apa itu SMS Content Services - Received', dan jawapan daripada dia telah diduga lebih awal.
Seperti yang Pida baca di forum online, jawapan Celcom pada Pida ialah 'ia adalah perkhidmatan yang disediakan oleh pihak ketiga.' Pida tanya lagi, habis tu kenapa dia caj saya sampai berpuluh-puluh ringgit ni?
Jawapan dia seperti diduga. Dia kata Pida pernah hantar mesej 'Yes' iaitu Pida bersetuju untuk melanggan perkhidmatan daripada pihak ketiga tersebut.
Pida berani kerat kuku laa... Pida ni bukan budak-budak bawah 18 tahun yang perlukan kebenaran ibu bapa atau penjaga nak langgan itu ini. Pida tak pernah, diulangi - tak pernah respon pada mana-mana sms iklan atau promosi apatah lagi yang ajak kita melanggan kandungan sms diorang sebab Pida tau itu semua berbayar. Dan Pida tak perlukan semua itu for the whole world!
Tapi bila dia kata Pida pernah menghantar sms balas 'Yes' ke satu nombor, dan Pida dah baca mengenai jawapan seperti ini banyak kali di forum online, Pida rasa Celcom pun ada main peranan ni.
Pui Celcom, kami bukan budak kecik nak langgan game sms ke, ringtone ke, horoskop cinta ke... no, no, no!
Lepas tu Pida tanya macam mana nak hentikan caj melampau termasuk 'Push Message' yang selalu Pida terima melalui sms, staf Celcom itu meminta Pida hantar 'stop all' ke 37744. Dakwanya, semua caj tersembunyi tersebut akan dihentikan mulai hari kita hantar sms tu.
Sekarang ni Pida rasa rugi giler kat Celcom ni. Ntah berapa banyak duit caj tersembunyi yang Pida dah bayar kat Celcom tak pasal-pasal. Dahlah sekarang ni asyik dropped call aje, sampai naik malu aku dengan orang yang menelefon tu asyik kena call Pida dua tiga kali.
Dahlah, Pida nak ke dapur minum air oren.
![]() |
| Pui. |
Friday, September 21, 2012
Kisah KFC yang baik hati
Salam kfc,
Ingat tak kisah taik telinga yang Pida ceritakan hari tu? Lepas Aqil selesai menjalani servis telinga oleh doktor pakar ENT, Pida pun pergi ke restoran KFC yang berdekatan dengan rumah anda untuk menikmati ayam kentaki yang telah lama diidamkan.
Lalu suami Pida yang gagah perkasa itu pun menuju ke Kentaki. Waktu pada masa itu ialah pukul 9 lebih (malam) iaitu dekat-dekat kentaki dah nak tutup kedai la. Lalu dengan senang hati beliau telah membeli 4 set ayam kentaki dan air milo taknak ais.
Sesampainya di rumah, Pida pun terus menolak pintu kerana tak sabar sangat nak makan ayam kentaki yang diidam-idamkan ini. (Kau jangan salah sangka, Pida bukan mengidam sebab mengandung, tetapi perut jadi lapar selepas melihat taik telinga Aqil sebelum itu).
Tanpa membasuh tangan, Pida pun terus mengambil peha ayam kentaki dan terus ngap. Anak-anak Pida dan suami Pida hanya menggeleng-geleng kepala melihat kerakusan Pida melahap ayam kentaki tersebut.
"Adakah ini contoh yang baik, mak?" tanya Aqil dengan mata penuh pengharapan.
"Hehehe... ko nak ke?" lantas Pida menghulurkan ayam kentaki bahagian daging yang tidak Pida gemari kepada Aqil.
"Mak, bukankah ayam peha itu mak ambil dari kotak Chicky Meal Aqil?" soal Aqil lagi.
"Err... ye ke... err... nah!"
Lalu Pida mengambil pula ayam spicy yang pedas. Namun tatkala memegang seketul ayam pedas tersebut, Pida dah rasa macam lain macam. Pida tengok ayam tu tak macam selalu; selalunya ayam kentaki nampak gebu, warna golden, garing dan yang paling penting, sedap.
Tapi ayam yang Pida pegang tu tak macam selalu; ia nampak tak segar, berminyak, tak golden dan yang paling Pida sentap, tak sedap! Pida pun merajuk lantas terus meletakkan ayam tersebut di dalam kotaknya semula.
"Abang rasa ayam tu sedap ke?" Pida bertanya suami Pida yang sedang makan.
"Tak sedap macam selalu la," suami membalas.
"'Ek? Macam ayam semalam yang digoreng semula je kan?" Pida berkata lagi. Pida hanya minum milo ais dan coleslaw yang memang Pida gemari.
"Takpelah, esok komplen kat KFC la. Nak pulang balik ni pun dah malam sangat," Pida menambah.
"Mak ni asyik komplen je... Nia malulah mak komplen-komplen ni," tiba-tiba Nia merungut.
"Eh budak ni. Syarikat multi-world macam KFC tu lagi suka kalau pelanggan macam kita ni bagi maklum balas, tau?" Pida menjawab keraguan Nia. Boleh dia kata aku asyik komplen. Ntah bila masa aku komplen-komplen ni. Kalau komplen ngomel-ngomel marahkan Astro tu biasa la... asyik tak dapat siaran je bila hujan.
Keesokan harinya, Pida pun membuka laman web KFC. Pida pun mengadu la perihal kualiti ayam goreng yang tidak memuaskan dan tak sedap tu. Pida isikan butir-butir yang lengkap dan betul dalam komplen Pida tu.
Oleh kerana memang niat hati tu tulus ikhlas, Pida isi nama, alamat dan nombor telefon Pida. Tak main la baling batu sembunyi tangan. Wa bukan itu keyboard warrior maa...
Keesokan harinya, Pida mendapat panggilan daripada nombor yang tidak Pida kenali. Pida pun menjawab panggilan tersebut. Rupa-rupanya panggilan itu dari KFC yang Pida pergi malam tu. Yang call Pida tu ialah pengurus cawangan tersebut.
Pertama sekali beliau meminta maaf bagi pihak KFC atas kesulitan yang Pida hadapi. Kemudian beliau meminta Pida menceritakan apa sebenarnya yang terjadi. Pida pun bagitau la kat dia, ayam goreng yang Pida beli malam tadi tak macam selalu. Rasanya tak sedap dan seolah-olah ayam tersebut telah digoreng semula macam segelintir peniaga pasar malam selalu buat.
Pengurus itu menerangkan KFC tidak pernah menggoreng semula ayamnya kerana mereka amat patuh akan polisi dan prosedur kualiti. Mungkin ayam yang Pida dapat tu tak segar dan tak sedap kerana ia baru keluar dari freezer dan terus digoreng. Tak sempat nyah beku (thaw). Demikianlah penjelasan dia yang Pida ringkaskan.
Namun ia tidak berakhir di situ saja ye tuan/puan sekalian. Pengurus itu menawarkan untuk menggantikan semula ayam pedas yang Pida komplen tak sedap tu dengan yang baru. Di samping memberi jaminan bahawa perkara tersebut tidak akan berulang lagi. Kali ini Pida macam... "YES!"
Jadi, esoknya Pida pun pergi semula ke KFC dan berjumpa dengan pengurus tersebut. Seperti yang dijanjikan, Pida mendapat ganti 9 ketul ayam kentaki hot and spicy. Sebenarnya yang Pida beli malam tu cuma 8 ketul, jadi untung seketul la gitu.
Kira settle kes la lepas tu. Takde la nak sentap-sentap makan dalam dengan KFC. Akan terus kukunjungimu KFC.
Sebenarnya Pida nak bagitau betapa Pida berbesar hati kerana diperlakukan sedemikian rupa. Eh, macam tak kena je ayat Pida ni. Macam KFC belasah aku je bunyinya.
Sebenarnya sebagai pelanggan, Pida amat menghargai tindakan pantas pihak KFC ke atas maklum balas yang dikemukakan. Dan pengurus yang menghubungi Pida itu adalah seorang yang sangat profesional, lemah lembut dan berbudi bahasa. Perkataan 'maaf' itu sangat berharga bagi Pida. Rasa malu pun ada bila KFC mintak maaf kat kita.
Rupa-rupanya itulah rahsia syarikat rangkaian seluruh dunia ini mampu bertahan lama. Mereka sangat menjaga rapport dengan pelanggan dan sentiasa menjaga kualiti produk. Bagi mereka, kepercayaan pelanggan seperti Pida adalah tulang belakang jatuh bangunnya mereka. Jika pelanggan lari, maka rugilah mereka.
Itu kisah syarikat bertaraf antarabangsa. Bagaimana dengan syarikat atau kedai bertaraf enterprise atau sendirian berhad?
Dulu Pida pernah membeli kek di kedai kek Melayu. Pernah masuk surat khabar lagi. Pida beli di kedai itu kerana ia adalah kedai kek orang Melayu Islam. Jadi kira konfiden la kan?
Namun malang sekali apabila kualitinya tak memuaskan. Artis-artis cakap nan ado! Kek yang Pida beli tu pada luarannya nampak cantik dan menyelerakan, namun sebenarnya rasanya dah tengik. Macam kek dah berkulat rasanya. Nak makan pun memang tak sampai hati. Pida tak pulangkan sebab rasa macam menyampah pulak nak ke sana lagi. So rugi macam tu jelah.
Beberapa hari selepas itu, Pida sengaja masuk semula ke kedai kek tersebut dan berjumpa dengan taukenya seorang wanita pertengahan umur.
Pida pun cakaplah hari tu Pida beli kek dari kedai dia tapi rasanya tak sedap bla bla bla... Pida cakap baik-baik je, wa bukan itu gangster maa...
Nak tau apa dia jawab. Dengan sombongnya dia mendakwa kek kedai dia tak pernah ada masalah. Bahan-bahan semuanya segar, ada prosedur kerja, bla bla bla... Ciss... tak nak mengaku tu. Mintak maaf jauh sekali. Sebelum hati menjadi lebih sakit, Pida terus je blah.
Siot kan? Gigi kau berlubang ke kalau mintak maaf? Apendiks kau pecah ke kalau mengiakan aduan pelanggan macam aku ni? Kedai kau bankrap ke kalau ganti kek lain? Siak betul. Sejak hari tu, jangankan pergi lagi, pandang pun Pida tak hingin lagi kedai kek Melayu Islam bodoh sombong tu. Itu baru kedai kecik bro.
Serius kau, sekarang ni kalau nak beli kek, Pida beli kat Secret Recipe je. Dah tentu memang sedap giler kek dia. Setakat ni kek SR memang takde masalah, kualiti memang taraf MS ISO punya.
Oh ye, mesti kau nak tau kan, ayam kentaki yang Pida kata tak sedap tu Pida buat apa? Buang ke? Isy... tak la... Pida makan jugak. KFC kau! Membazir je kalau buang!

| Ayam goreng yang Pida makan tu nampak macam tak segar dan terlalu berminyak dan tak sedap. |

Tuesday, June 12, 2012
Kenapa kau kena unfriend?
Salam unfriend,
Kau pernah kena unfriend dari Pesbook tak? Pida pernah juga kena unfriend. Giler sadis bila kena unfriend. Rasa macam diri dah tak berguna lagi je.
Agak-agak kau la, apa sebab friend kau tu tiba-tiba unfriend kau? Mesti ada sebab kan? Takkan suka-suka paleotak dia nak memutuskan hubungan silaturrahmi yang dah terjalin selama ini, kan?
Jadi, Pida buat kajian sendiri. Bukan syok sendiri tapi syok sorang-sorang. Ah, sama je kejinya.
Hasil daripada keinsafan dan sesi muhasabah diri lepas kena unfriend beberapa kali, Pida dapat rumuskan punca-punca seseorang itu meng'unfriend' kau. Padan muka!
1) Kau tak komen kat wall dia dengan kata-kata manis "Hai! Makin kiut nampak!"
2) Kau tak 'like' status dia padahal dia update status seminit 10 status.
3) Dah la kau tak 'like' status dia, kau komen macam nak carik pasal pulak seperti "Woi, perut lapar pun nak bagitau ke?" atau "Bodohnya status awak." Sentap mak noksss!!
4) Dia invite kau macam-macam apps, haram kau tak respon. Kau bagi dia amaran lagi ada... kau kata kat dia "Jangan la asyik hantar apps aje... bosan la wei!"
5) Bila dia tag gambar dia tengah posing cantik, atau dia tag gambar produk bisnes dia, kau remove. Pastu kau tulis kat wall dia dengan berkata, "Eeee semak la! Jangan tag lagi hokeh! Kang aku unfriend kau." Last-last kau yang kena unfriend hahaha.
6) Kau adalah friend yang tak serupa friend. Ada macam takde. Lagi baik kau berambus dari friend list dia, itu kata dia la.
7) Kau kemaruk tag gambar kat dia. Hey! Dia tak sukalah!
8) Dia bergaduh dengan friend kau yang lain, pastu dengan kau-kau sekali terima bala.
9) Dia dah tak suka kau.
10) Dia nak kutuk kau dalam status-status dia. Kang kalau kalau baca, kantoi la.
Sebenarnya, Pida pun tak sedar dan tak tahu siapa yang unfriend Pida. Walaupun friend Pida tak ramai, tapi Pida tak boleh ingat semua. Tapi Pida tau Pida kena unfriend sebab bilangan friend berkurangan daripada semalam.
Tapi ada jugak orang yang dah unfriend, tiba-tiba nak befriend balik! Entah bila masa dia unfriend aku pun aku tak tau! Heeeeee tak malu.
Tak nak kawan!

| Tak payah nak sentap-sentap. Hidup mesti diteruskan walaupun dah kena unfriend. |
6) Kau adalah friend yang tak serupa friend. Ada macam takde. Lagi baik kau berambus dari friend list dia, itu kata dia la.
7) Kau kemaruk tag gambar kat dia. Hey! Dia tak sukalah!
8) Dia bergaduh dengan friend kau yang lain, pastu dengan kau-kau sekali terima bala.
9) Dia dah tak suka kau.
10) Dia nak kutuk kau dalam status-status dia. Kang kalau kalau baca, kantoi la.
Sebenarnya, Pida pun tak sedar dan tak tahu siapa yang unfriend Pida. Walaupun friend Pida tak ramai, tapi Pida tak boleh ingat semua. Tapi Pida tau Pida kena unfriend sebab bilangan friend berkurangan daripada semalam.
Tapi ada jugak orang yang dah unfriend, tiba-tiba nak befriend balik! Entah bila masa dia unfriend aku pun aku tak tau! Heeeeee tak malu.
![]() |
| Err... Nak kawan balik boleh tak? Heeee.... |
Tak nak kawan!
Thursday, May 24, 2012
Alangkah baiknya jika menjadi dia
Salam dia,
Untuk tempoh ini sehingga akhir tahun, Pida sangat-sangat sibuk menguruskan satu projek untuk agensi Pida.
Pida punya sibuk sampai kadang-kadang tak sempat makan dan minum. Jangan harap la kau nak tengok Pida makan nasi goreng cina dalam kulit nenas sambil teguk fres oren ada payung kaler pink bawah pokok kelapa sekarang ni.
Nak jamah keropok pun kadang-kadang tak sempat sebab terlalu sibuk. Kadang-kadang Pida minum Nestum 3-in-1 je untuk keperluan dari pagi sampai petang, tu pun cilok member punya. Kalau dia tak halalkan maknanya jadi bahan api la aku nanti.
Balik pun asyik lambat je sekarang ni. Dulu 5.30 sharp Pida tutup pc, sekarang 5.30 sharp Pida masih buat kerja.
Sampai rumah dah macam pelarian Sudan kebulur nasik. Masuk dapur tengok ada nasi. "Yeay rezeki!" Tapi babeng betul, nasi basi semalam rupanya. Lupa masuk fridge. Last-last call suami belikan nasi goreng cina. Kenapa Pida tak masak? Letih la mak...
Bila dah sibuk macam ni, Pida pernah terpikir, kan bagus kalau aku jadi PAP aje? Tak payah fikir banyak sangat macam Pida sekarang ni,. Eh, tapi PAP pun ada keje banyak jugak 'ek?
Yang penting, bersyukurlah dengan siapa diri kita. Ini rezeki Pida. Tu kau belum jadi KSU lagi Pida, mau pecah kepala kau nanti.
Alhamdulillah, Pida bersyukur dengan apa yang Pida miliki sekarang.

Thursday, May 10, 2012
Perempuan itu membuatkan Pida emo sepagian
Salam emo,
Semalam heboh mengenai video seorang manusia yang tidak layak dipanggil manusia mendera bayinya tanpa belas kasihan.
Pida tak nak tonton video tu walaupun disuruh oleh sang suami. Pida memang tak boleh tengok apa-apa mengenai penderitaan bayi dan kanak-kanak; sama ada sakit atau miskin, apatah lagi didera.
Sekali malam tadi Pida terpandang beberapa saat video tu kat Berita TV9. Serta-merta jadi emo satu badan. Pida nangis on the spot.
Pida tak boleh tulis panjang-panjang sebab masih rasa amat simpati pada bayi malang tersebut. Kesian dia, kesian sangat.
Kepada perempuan tu, Pida tak doakan kau mati cepat sebab kematian kau tak bermakna apa-apa pada orang lain. Tapi Pida doakan agar kau sentiasa merasai kesakitan contraction nak beranak. Bukan contraction peringkat awal ye, tapi contraction peringkat akhir tanpa epidural atau etonox. Amik kau.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh kau, perempuan jahat.

Friday, April 20, 2012
Semakin lama semakin jauh
Salam jauh,
Pada suatu hari, Pida berbual-bual dengan kawan Pida. Pida namakan dia Kak Hajah. Umur Kak Hajah 50 tahun. Ada 10 tahun lagi nak pencen.
Kak Hajah mempunyai dua orang anak perempuan. Tu je anak dia. Dia takde anak lelaki. Dua orang tu je anak dia. Kau jangan memandai-mandai suruh Pida tanya dia kenapa dia takde anak lelaki. Kang tak pasal-pasal bengkak tengkuk aku kena karate.
Mula-mula dia tanya Pida, anak yang sulung umur berapa? Pida pun jawablah dah tujuh tahun, dah darjah satu. Kak Hajah cakap kejap je masa berlalu 'ek... dulu anak dia kecik-kecik, sekarang sorang dah masuk universiti dan sorang lagi masih belajar di asrama penuh dalam tingkatan 4.
Lepas tu suara dia dah mula sebak.
"Anak-anak akak sekarang ni dah tak macam dulu...," sedih je suara dia masa ni.
"Emm... kenapa kak?" Pida bertanya dengan dahi berkerut. Suspen jugak bila dia cakap macam tu. Adakah anaknya sekarang sudah berubah menjadi pokok bonsai?
"Bukan berubah jadi pokok bonsai Pida...."
Huk allaa!! Dia dengar ke apa yang aku pikirkan tadi?
"Dulu masa sekolah rendah, dia ikut je cakap kita. Kitalah segalanya bagi dia. Dia manja, dengar kata, selalu bergurau...," Kak Hajah meneruskan kisah sedihnya.
"Tapi sejak dah sekolah menengah ni, lebih-lebih lagi bila dah duduk asrama...," kata-katanya tersekat di situ. Pida tau dia sebak.
"...dia dah makin jauh dengan akak. Sedih sangat rasanya," Kak Hajah melengkapkan ceritanya. Masa ini Pida nampak wajahnya betul-betul sugul dan ada sedikit rasa kesal terpamer pada riak wajahnya.
"Kenapa jadi macam tu kak?" Pida cuba bertanya, mencungkil rahsia hati yang mungkin sudah sedia untuk dikongsi.
"Dia jadi jauh sejak dia masuk sekolah menengah. Di asrama, dia ada ramai kawan. Sekarang ni semuanya kawan, apa saja pun kawan yang didulukan," keluh Kak Hajah sambil menghela nafas perlahan. Di mukanya masih terpancar kesedihan.
"Waktu cuti pun bukannya nak duduk rumah sangat. Asyik keluar dengan kawan. Bila akak nak ikut dia tak kasi."
"Kalau kat rumah tu, asyik terperap dalam bilik mengadap laptop, main Facebook. Kalau dulu ada la jugak dia tengok tv sama akak, sekarang dah tak nak duduk dengan akak lagi."
"Akak tak larang dia keluar ke?" Pida cuba bertanya.
"Budak-budak sekarang tak boleh dikongkong Pida. Yang akak buat sekarang ialah kawal. Akak benarkan dia keluar dengan kawan-kawan dia. Lagipun akak kenal kawan-kawan dia dan mak ayah diorang. Cuma tu la... bila dah ada kawan, kita pulak dia tak peduli," terangnya dengan panjang lebar.
"Emm... ooo," itu je la yang Pida boleh respon. Sebab Pida rasa apa yang dia cakapkan tu betul dan itu adalah realiti budak-budak sekarang.
(Kak Hajah adalah seorang ibu tunggal. Jadi hanya pada anak-anaklah tempat dia mencurah kasih dan sayang. Sebab tu dia kecewa sangat bila dia rasa anak dia tak pedulikan dia lagi.)
"Anak-anak ni Pida... masa kecik memang kita tatang bagai minyak yang penuh. Dah besar, sedikit-sebanyak dia akan ikut kawan jugak. Sedih tau...," Kak Hajah meneruskan ceritanya. Pida terpana dengan kata-katanya. Tiba-tiba Pida rasa takut. Ye, takut perkara yang sama terjadi pada Pida.
Pida tak boleh bayangkan Rania, Aqil dan Sufi, malah Razin sekalipun yang sekarang ini sedang Pida belai dan manjakan dengan sepenuh hati akan 'meninggalkan' Pida apabila mereka sudah besar kelak. Oh, takutnya itu melebihi takut dimadukan. Oh, celuparnya.
<Di rumah sebelum tidur>
"Nia sayang mak tak?" tanya Pida pada Rania sebelum dia tidur.
"Sayang... sayang sangat," balasnya sambil meneruskan hisap botol susu. (Ye, umur dah 7 tahun tapi masih hisap botol susu.)
"Nanti bila Nia dah besar, Nia nak tinggalkan mak tak?" Pida tanya dia lagi dengan perasaan sedih.
"Tak nak... Nia nak dengan mak sampai Nia kawin, sebab bila dah kawin nanti Nia kena ikut suami Nia," memang bertuah betul budak ni. Sifir 2 pun tak khatam lagi dah sibuk pasal kawin. Anak sapa la nih!
"Nia jangan tinggalkan mak ye nak...," Pida menuturkan amanat itu sambil baring dan memeluknya.
Malam itu Pida tidur sambil memeluk Nia. Pida tau bukan setiap masa Pida dapat memeluk anak-anak. Pida tak peluk Sufi walaupun Pida tau setiap malam Pida wajib peluk Sufi sebab 'botol susu dia' ada pada Pida.
Tiba-tiba ketika sedang enak dibuai mimpi ngeri, Pida dikejutkan oleh suara rengekan.... "Nak tek tek...,"
Emm mesti Sufi ni. Pida pun pusing belakang dan tiba-tiba terkejut bila ternampak Sufi dah jadi besar!

Tuesday, March 27, 2012
Pida lari dari rumah - Ye, ini bukan cobaan.
Salam lari,
Sekarang ni boleh dikatakan tengah kecoh kisah budak perempuan yang didakwa diculik pada awalnya, rupa-rupanya lari dari rumah mengikut pakwe. Adus... kesiannya... kesian kat mak budak tu. Mana nak letak muka menanggung malu akibat perbuatan anaknya itu.
Mana taknya, dah heboh satu negara bahawa anaknya diculik sehingga menjadi isu nasional, tiba-tiba (mengikut laporan) timbul pulak dakwaan bahawa dia sebenarnya lari dari rumah.
Bila timbul cerita lari dari rumah ni, Pida pun pernah mengalaminya. Hahaha! Pida pernah 'lari' dari rumah kau tau! 'Lari' - ada inverted comma; jadi maknanya bukanlah lari dalam erti kata sebenar. Oh, I wasn't that wicked anyway.
Oh ya, tujuan Pida bercerita ni bukanlah untuk membuka pekung di dada. Takde pekung pun, bulu pun takde. Ah, ngada-ngada pula nak bercerita kisah dada.
Baik, mari mulakan cerita.
Waktu tu umur Pida 19 tahun. Zaman kolej la ni.
Ada satu hari tu Pida merajuk apa ntah dengan Ab. Kira merajuk sebagai remaja la, memang agak panas masa tu. Betul la kan, remaja ni memang zaman yang penuh pancaroba.
Zaman ketika hormon-hormon sedang mengalami transformasi untuk menginjak dari alam kanak-kanak ke alam dewasa. Jadi kecelaruan dan rasa memberontak tu sedikit sebanyak memang dialami oleh golongan remaja.
Berbalik pada cerita, bila dah kena marah dengan Ab tu Pida rasa macam dah tak disayangi lagi oleh ibu bapa. Pida merajuk. Last-last Pida ambik keputusan untuk lari dari rumah!
Lepas habis waktu kolej, Pida tak terus balik ke rumah seperti kebiasaan. Buat apa nak balik, kan Pida nak lari. Orang nak lari mana boleh balik. Tak lari la namanya nanti. Jadi, Pida pun tak balik.
Tapi Pida ni kira ok jugak la, sebab time nak lari tu Pida ada kereta (kereta Ab). Pida pergi kolej naik kereta. Jadi Pida rasa tak susah nak lari sebab bukan kena lari pun, tapi naik kereta, ada air-con lagi kau. Kira lari dalam suasana yang nyaman la.
Sebenarnya remaja yang lari dari rumah ni serius takde arah tuju. Macam Pida, memang tak tau nak ke mana. Pida betul-betul tak tau nak lari ke mana, tapi yang penting Pida nak lari jugak. Sebab Pida hanya mengikut kata hati, nak lari!
Jadi, Pida pun buat muka seposen, tanya kat member sekelas.
"Aku datang hostel korang boleh tak?" tanya Pida sambil bermain-main jari telunjuk.
"Boleh, datanglah," member tadi membenarkan tanpa dia mengetahui bahawa Pida nak jadikan dia 'kambing hitam' dalam destinasi larian Pida.
Jadi, Pida pun angkutlah member-member yang duduk asrama tu ke rumah (asrama) mereka. Jam masa tu kira-kira pukul 4 petang. Kami pun lepak-lepak, makan-makan, minum-minum, borak-borak, solat semua... ceh, dalam buat dosa aku bersolat juga rupanya.
Bila tiba malam, member tanya, "Eh Pida, kau tak balik rumah ke?"
Pida buat-buat tak dengar, buat-buat kopek kacang Shang Dong yang Pida belanja diorang tadi.
"Woi Pida, kau tak balik rumah ke?" soal member tadi. Kali ni suara dia agak tinggi sikit.
"Aku sebenarnya lari dari rumah ni..," Pida menjawab dengan perlahan. Air mata mula bergenang sebab dah mula rindu kat mak secara serius. Dan rasa bersalah juga.
"Apa? Kau lari dari rumah? Kah kah kah kah !!!! Budak baik anak mak macam kau lari dari rumah? Hahahahhaaha!!!" Chelaka punya member, korang bantai gelakkan aku eh? Lu mana tau perasaan gua time tu!
"Err... apasal kau ni? Bapak kau suruh kawin dengan bangla eh?" Pida rasa nak gigit-gigit je cuping telinga budak sekor ni. Apa barang bangla, kalau nepal putih sikit... hahaha bodo.
"Aku merajuk dengan bapak aku la. Ada la...," Pida mula bercerita namun tidak menyatakan secara terperinci sebab-musababnya.
"Ok la... aku percaya la sekarang kau lari, Tapi... hahahhahaha aku tak boleh blah la Pida lari dari rumah wei!!!" Chelaka.
Nampak sangat Pida ni budak baik kan? Buat jahat pun kena gelak je.
"Tapi.. aku rindu mak aku la... mesti dia risau," sesungguhnya Pida terasa amat rindu dan bersalah pada mak yang Pida pasti sedang risau ya amat kerana Pida tak balik-balik dari petang tadi.
<Di rumah Pida>
"Hello Kiki, tau tak Pida pegi mana? Dari petang tak balik lagi ni. Risau makcik," mak Pida menghubungi Kiki, member baik sekelas yang juga jiran Pida.
"Kiki tak tau la makcik. Takpe, makcik jangan risau, Kiki tubuhkan pasukan bertindak khas sekarang juga untuk menjejaki Pida," janji Kiki pada mak Pida yang sedang kerisauan.
<Di rumah Kiki>
"Wei, Pida hilang wei! Jom carik dia, mak dia dah nak nangis tu," Kiki mula menjalankan misi bantuan khas mencari orang hilang. Dia menghubungi seorang lagi kawan.
"Hah, Pida hilang? Tadi kat kelas ok je aku tengok. Siapa pulak culik dia ni? Silap orang la nak culik, lain la kalau culik aku, bapak aku tokey pasar raya, bapak Pida tu cikgu biasa je," balas Jojo, kawan baik kami.
"Wei, kau ni nak promosi diri pulak. Misi kita sekarang carik Pida la wei!" jerkah Kiki.
<Di asrama>
"Aku rasa nak balik la... rindu la kat mak aku," Pida tiba-tiba berkata pada member Pida.
"Hmm.. aku rasa elok la kau balik. Kesian mak kau. Mesti dia tengah risau giler kat rumah tu. Kau mana pernah buat macam ni," kawan memujuk.
Saat itu Pida bingkas bangun. Pida nak balik ke rumah. Pida nak jumpa mak Pida. Pida rindu sangat kat mak. Mak, Pida nak balik...!
Pida pun menuju ke kereta untuk balik ke rumah. Pada masa inilah satu kepelikan berlaku.
Hanya kebetulan ketika Pida membuka pintu kereta, tiba-tiba kereta mak Pida pun lalu di depan pintu pagar asrama. Bagaimana dia boleh sampai ke situ, Pida tak tahu. Kerana setakat yang Pida tahu, mak tak pernah pergi ke rumah asrama tersebut. Dan mak tidak ditemani sesiapa waktu itu.
Pida terpandang mak yang berada di dalam kereta. Pida pandang muka mak, jelas ternampak kelegaan di raut wajahnya. Mak tak turun, mak terus memandu pulang. Tanpa berkata apa-apa. Hanya berlalu begitu sahaja. Kawan-kawan yang melihat hanya tunduk. Ada yang terharu.
Pida pun sebenarnya rasa lega sangat dapat tengok mak. Pida terus menghidupkan enjin kereta, dan berlalu pergi.
Dalam perjalanan pulang itu, Pida terserempak pula dengan kereta Kiki yang juga sedang menuju ke rumah asrama bersama Jojo. Kereta kami berselisih jalan, Kiki memperlahankan keretanya. Kiki seperti berhenti untuk berkata sesuatu tetapi Pida terus memandu pulang tanpa memandang mereka.
Sesampainya di rumah, Pida takut untuk masuk. Takut kena marah, takut kena belasah, takut kena paksa kawin dengan bangla, ecece... tak la.
Pida beranikan diri masuk. "Assalamualaikum," tapi hanya dalam hati.
Suasana di rumah seperti biasa. Mak dah sampai terlebih dahulu. Ab sedang duduk tengok tv. Adik-adik tengah main sahiba, ada yang tengah buang taik hamster. Eh, diorang ni tak sambut aku ke? Kan aku baru balik lepas lari dari rumah?
Pida mendekati mak dan mencium tangannya. Mak tak cakap apa-apa, tapi mak usap kepala Pida. Jam tu jugak Pida menangis. Sumpah mak, Pida bukan nak lari dari rumah, Pida cuma nak menziarahi kawan di asrama sahaja.
Pida salam dan cium tangan Ab. Ab cuma tanya, "Dah makan?" Pida tau Ab juga risau.
Keesokan harinya, Pida ke kelas seperti biasa. Member-member asrama buat-buat tak tau. Kiki dan Jojo pulak melebih-lebih.
"Ko pehal Pida? Lari dari rumah. Ko tau tak mak ko tepon aku nangis-nangis kata ko hilang. Ko ke mana?" soal Kiki bertalu-talu.
"Haah la Pida, kitorang bajet ko dah mati eksiden kat highway!" Jojo pula mencelah.
Kau tengok! Macam ni punya kawan pun ada. Bukan nak mendoakan Pida, siap bajet aku mati eksiden lagi. Kat highway pulak tu.
"Tapi kau rock la Pida, lari bawak kereta bapak kau! KAHKAHKAH!!!!"
Pida harus akui, Pida menyesal sangat kerana lari. Bodoh giler rasanya. Serius bodoh. Rasa kena laknat sepanjang masa. Jiwa tak tenteram. Betul. Kau lari, jiwa kau tak tenang. Sebab kau sedar kau sedang buat satu kesilapan besar dalam hidup.
Tetapi sebenarnya Pida masih boleh menimbangkan buruk baik lagi pada waktu itu. Sebab apa? Sebab Pida yakin bahawa Pida tidak kekurangan kasih sayang dan perhatian keluarga dan ibu bapa.
Pida tau mak dan Ab cukup menyayangi dan memberi perhatian kepada Pida. Pida dapat apa yang Pida perlu dan mahu. Pida ada adik-beradik yang sentiasa mengelilingi Pida. Makan sedap. Melancong. Baju cantik. Kemudahan-kemudahan lain. Pida miliki semua itu.
Pida 'lari' bukan kerana mak dan Ab tak sayangkan Pida, tetapi kerana akal Pida pendek dan terlalu mengikut hati (namun sebenarnya Pida masih berfikir secara waras).
Tak seronok sebenarnya bila takde mak bapak di sisi kita. Tak best bila tidak berada di rumah sendiri. Tak meriah tak dengar suara adik-adik. Pida betul-betul kehilangan semua itu dalam tempoh 5 jam Pida 'lari' dari rumah. Pida serik.
Percayalah, lari dari rumah bukanlah penyelesaian terbaik.
Sampai ke saat ini Pida masih tak percaya Pida boleh bertindak begitu. Pida tak sangka Pida boleh buat macam tu. Pida ni sebenarnya anak yang baik dan taat - serius! Pida sangat bersyukur dan beruntung kerana lahir dalam keluarga yang sangat bahagia.
Mak dan Ab, Pida mohon ampun kerana lari dari rumah dulu. Err sebenarnya bukan lari pun, cuma melawat kawasan je. Pida tau mak dan Ab risau. Pida minta maaf kerana menyusahkan mak dan Ab.
Kawan-kawan asrama, terima kasih kerana melindungi pelarian ini. Tobat tak buat lagi. Insya Allah.
Kiki dan Jojo : Terima kasih juga. Lu orang memang sayang gua, gua tau. Gua sayang lu orang jugak. Sampai mati. BFF.
Moral : Kalau rasa nak lari jugak, larilah ke rumah nenek kau. Ada juga faedahnya kau tolong dia bagi ayam itik makan.

<><><><><>

Friday, February 17, 2012
Melihat makcik melenting
Salam melenting,
Hari ni hari Jumaat. Bagi kakitangan kerajaan, waktu masuk bekerja sebelah petang ialah pada jam 2.45 ptg.
Tadi Pida duduk di kerusi Pida tepat-tepat jam 2.45. Kira on-time la. Tengah hari tadi Pida keluar pukul 12.15, balik rumah jap uruskan nia nak gi sekolah petang.
Pida nak cerita pasal perangai manusia ni. Tadi masa Pida sampai ofis kira-kira pukul 2.40, Pida dapati ada kereta lain masuk parking Pida. Pida rasa itu orang luar, sebab Pida tak pernah nampak kereta tu. Mungkin orang tu adalah jemaah solat Jumaat di masjid tempat Pida ni. Mungkin tadi dia nampak kosong, jadi dia letak kereta dia kat situ. Pida cakap dalam hati, takpelah, kau tengah i'tiqaf agaknya. So Pida park kereta Pida kat tempat terbuka (tak berbumbung).
Masa berjalan menuju ke jabatan Pida, Pida ternampak seorang ofismate Pida tengah mundar-mandir sambil cekak pinggang. Dia membebel sorang-sorang.
Pida senyum, Pida tau kenapa. Tanpa ditanya Pida terus cakap kat dia, "Parking saya pun ada orang ambik tapi saya park tempat lain ajelah."
Dia terus mengomel, "Akak ni selalu sakit hati. Ada je orang yang masuk parking akak ni. Bla bla bla..."
Pida nampak ada sebiji motor masuk parking dia tu. Pida yakin itu bukan motor orang dalam, tapi orang luar yang solat Jumaat di masjid, sama macam pemilik kereta yang masuk parking Pida tu.
Lepas tu makcik ni makin hangin bila Pida tak layan dia. Pida dengar dia cakap kat seorang student yang tengah duduk di bawah pokok dekat-dekat parking dia tu, "Boleh tak awak tolong alihkan motor ni? Campak la ke longkang ke..."
Amboi makcik, marahnya sampai nak humban motor orang ke longkang. Geram pulak Pida dengan perangai tak semenggah dia tu.
Taulah kita geram bila parking kita ada orang masuk. Tapi takkanlah sampai nak buang ke longkang. Pida pun selalu jugak orang masuk parking, marah memang marah sebab dah sah-sah ada nama Pida kat parking tu, tapi cari je la tempat lain. Yang kau pergi menyeksa diri marah sorang-sorang tu apehal? Buat menambah kedut je. Entah-entah orang yang kau marah tu tak tau pun kau marah kat dia. Lagi la sia-sia.
Tak boleh ke sabar sikit, bertolak ansur dan reda. Makcik tu bukan calang-calang orang, dah gred 52 dah. Dah otai. Boleh sampai jusa. Tapi perangai macam orang tak matang. Membebel sorang-sorang kat motor, dah macam orang tak terurus je.
Alah makcik, tak salah pun parking SUV makcik tu kat tengah panas. Waja saya ok je. Ular menyusur akar takkan hilang bisanya makcik...
Tak best la kalau ada orang kiasu macam makcik ni. Tak boleh jadi contoh teladan. Kesian kat orang macam ni. Pada Pida, makcik ni sebenarnya... PATHETIC!
ps: Tulis entry ni 10 minit. Arghh.. tak pasal-pasal aku kena balik lewat 10 minit petang ni.

Thursday, February 16, 2012
'Suamiku kahwin lagi'
Salam kahwin,
Oh, mengapakah tajuk entry hari ini macam nak cari bala je. Suami Pida nak kahwin lagi? Biar betik.
Macam mana boleh jadi macam ni Pida? Ko tak pandai jaga laki ke? Ko main kayu api tiga batang ke? Ko tak subur ke? Ko...? CUKUP!
Cukuplah melukakan hati aku lagi. Aku tak sanggup berkongsi kasih dan sayang ini dengan wanita lain selain aku terutamanya china doll. Aku lagi bersih tau. Aku basuh. Haha. Maaf, tak kelakar.
Ini semua Rania punya idea. Meh kita ngumpat dia jap.
Dia kan tak suka sekolah. Sebab dia kata dia takde kawan. Bukan sebab dia takde kawan, tapi ada sebab lain. Kau reverse ke entry ni jap kalau kau rajin. Kalau kau malas tu masalah kau. Sebab Pida pun malas macam kau jugak.
Ada ke patut hari tu dia cadangkan kat abah dia suruh kawin dengan ustazah dia? Kau dengar tak? Rania suruh abah dia kawin dengan ustazah sekolah dia! Dia kata kalau ustazah tu dah jadi mak dia, maka 'mak baru' tu boleh jaga dia kat sekolah.
Bertuah punya budak. Kau tak tau macam mana rasanya hidup dengan mak tiri. Kan setiap malam sebelum tido mak ceritakan tentang kisah Bawang Putih Bawang Merah, Cinderella dan juga Hensel & Gretel? Tak sampai mesej lagi ke? (Ini cuma rekaan semata-mata)
Takpelah Nia, biarlah mak tolong Nia buat bunga rampai direnjis-renjis dipilis, pasang pelamin, carik mak andam, sewa kanopi ada bendera kat atas, sewa dewan orang ramai, tempah kad jemputan....
Oh, mengapakah tajuk entry hari ini macam nak cari bala je. Suami Pida nak kahwin lagi? Biar betik.
Macam mana boleh jadi macam ni Pida? Ko tak pandai jaga laki ke? Ko main kayu api tiga batang ke? Ko tak subur ke? Ko...? CUKUP!
Cukuplah melukakan hati aku lagi. Aku tak sanggup berkongsi kasih dan sayang ini dengan wanita lain selain aku terutamanya china doll. Aku lagi bersih tau. Aku basuh. Haha. Maaf, tak kelakar.
Ini semua Rania punya idea. Meh kita ngumpat dia jap.
Dia kan tak suka sekolah. Sebab dia kata dia takde kawan. Bukan sebab dia takde kawan, tapi ada sebab lain. Kau reverse ke entry ni jap kalau kau rajin. Kalau kau malas tu masalah kau. Sebab Pida pun malas macam kau jugak.
Ada ke patut hari tu dia cadangkan kat abah dia suruh kawin dengan ustazah dia? Kau dengar tak? Rania suruh abah dia kawin dengan ustazah sekolah dia! Dia kata kalau ustazah tu dah jadi mak dia, maka 'mak baru' tu boleh jaga dia kat sekolah.
Bertuah punya budak. Kau tak tau macam mana rasanya hidup dengan mak tiri. Kan setiap malam sebelum tido mak ceritakan tentang kisah Bawang Putih Bawang Merah, Cinderella dan juga Hensel & Gretel? Tak sampai mesej lagi ke? (Ini cuma rekaan semata-mata)
![]() |
| Hoh? Belum apa-apa kau dah dressing macam flower girl? |
Untuk tatapan anakandaku Rania...
Takpelah Nia, kalau Nia nak sangat ada mak baru, mak izinkan nak... Asalkan Nia bahagia dan tak nangis pergi sekolah, mak sanggup berkorban demi kebahagiaan insan yang mak sayangi.
| Nak suruh mak gubah sirih junjung pun boleh... |
| Pendek kata biar mak je yang jadi perunding perkahwinan. Mak caj percuma je, hadiah pakej bulan madu sekali ke Afghanistan (tempat paling bahaya kat dunia). |
![]() |
| Buat lakiku yang kucintai... HANDS UP!!! |
Monday, February 13, 2012
Kenapa Rania tak mau ke sekolah
Salam tak mau,
Semalam Pida ada peluang untuk slow talk dengan Rania. Pida tanya dia kenapa dia tak nak pergi sekolah sedangkan Pida tau dia suka belajar.
Rania beritahu Pida dia boring dengan apa yang dipelajari di kelas. Pida tak paham maksud dia, jadi Pida tanya dia lagi.
"Nia boring ke belajar kat kelas?"
Dia mengangguk. Tangannya masih memegang remote controller. Sekejap-sekejap bukak channel 611, sekejap-sekejap bukak 615.
"Cikgu ajar apa?"
"Cikgu ajar suku kata. Nia boring la mak, asyik sebut ba, ba, ca, ca. Lenguh mulut Nia," bebelnya sambil bibir muncung-muncung sampai sedepa boleh sangkut 14 batang hanger.
Masa ni Pida pujuk dia. Pida suruh dia sabar dulu. Ikut je cakap cikgu. Pida bagitau dia, bukan semua budak dah pandai membaca macam dia. Cikgu kena pastikan semua murid dalam kelas lancar membaca.
Dia mencebik.
Oh, rupanya sebab itulah Rania tak minat pergi sekolah. Dia tidak belajar sesuatu yang baru bagi dia. Dia sudah sangat lancar membaca, kerana dia sudah mula pandai membaca pada umurnya 4 tahun tetapi cikgu masih mengajarnya mengeja mengikut suku kata. Malah, dia sudah membaca novel-novel nipis dan membaca majalah.
Rania juga sudah lancar menulis, malah sudah biasa membuat karangan mengikut imaginasinya sendiri, tetapi cikgu masih mengajarnya menulis satu-satu huruf dari A sampai Z.
Sebagai ibu, Pida faham kebosanan dia. Namun itulah sistem pendidikan di sekolah kebangsaan kita. Kita kena akur.
Pada Pida, kebanyakan budak sekarang sudah tahu membaca dan menulis seawal usia 5 tahun lagi iaitu bagi mereka yang dihantar ke tadika. Setakat ABC tu memang budak sekarang dah hafal dan pandai tulis.
Bila masuk darjah satu, budak-budak ni tertunggu-tunggu untuk belajar yang lain pula, maksudnya bukan mengenal huruf lagi.
Namun Pida percaya, masih ada lagi budak darjah satu yang masih belum tahu membaca dan menulis. Sebab itulah cikgu ajar dari peringkat asas 3M. Tapi Pida tak pasti pulak perbezaan antara KBSR yang dulu dengan KSSR sekarang dari aspek penyampaian silibus.
Risau juga Pida dibuatnya. Pida takut Rania tak ada motivasi untuk ke sekolah gara-gara dia bosan dengan gaya P&P di kelasnya. Tapi Pida bagi jaminan pada Rania, masuk bulan Jun, dia akan mula seronok belajar sebab budak-budak semua dah pandai menulis dan membaca. Mak janji ok, Rania?

![]() | |
| Hobi Rania ialah membaca, menulis dan mengira. Tempat kegemaran dia ialah perpustakaan dan kedai menjual getah dan sepit rambut. |
![]() |
| Ini pun cerita yang ditulis sendiri oleh Nia. Tulisan dia memang buruk, tatabahasa ke laut tetapi ini seratus persen hasil idea dia. Ditulis ketika umurnya 5 tahun. |
![]() |
| Selain menulis, Rania juga suka melukis. |
![]() | |||
| Lukisan dia jauh lebih cantik daripada lukisan Pida. Pida memang takde bakat melukis LANGSUNG! |
![]() |
| Kan Pida dah cakap Pida tak pandai melukis langsung. Yang kau gi gelak tu pehal bhai? Tengok la gambar ni. Itu pun tiru lukisan Nia. Ceh, siap ada sain tu yang mahal tu. |
Saturday, February 4, 2012
Kenapa mak kau marah?
Salam marah,
Kenapa mak kau marah sangat sampai terpekik-pekik dia jerit nama kau nih? Ini kemungkinan jawapannya :
1. Liat bangun tidur
Mak kau dah start kejutkan kau pukul 6.30 pagi suruh solat subuh, tapi kautarik selimut sampai selubung terus satu badan kau. Mak kau dah siap buat sarapan untuk kau tapi sampai basi air milo tu kau masih tak bangun lagi. Bila bangun tidur kau dengan selamber tanya mak kau kenapa dia buatkan air milo basi untuk kau. Tempeleng nak?
2. Tak paham arahan
Mak kau pesan beli sabun buku kat kedai sebab dia nak basuh baju tidur dia, tapi dek kerana kau ni sengal, kau tersalah beli buku teks darjah tiga. Kan jauh beza tu. Tempeleng nak?
3. Tak pulangkan duit baki
Tadi mak kau bagi duit seribu untuk beli sabun buku. Tersalah beli buku teks satu dosa, kau buat-buat lupa nak pulang duit baki yang beratus-ratus tu satu dosa lagi. Yang mak kau tu pun satu, takkan la bagi duit sampai seribu? Agak-agak la makcik... Tempeleng nak?
4. Asyik merayap
Kau ni agaknya memang jenis kaki merayau, sebab tu mak kau marah sangat kat kau. Tak pernah lekat kat rumah. Dahlah bangun lambat, komplen air milo basi, kelepet duit baki lagi, dah tu belum tengah hari kau dah menghilang diri. Bila mak kau carik, rupanya kau tengah ponteng sekolah melepak kat CC. Tempeleng nak?
5. Jenis melawan
Mungkin kau belum rasa masuk neraka, sebab tu kau berani melawan mak kau. Tak boleh mak kau tegur sikit, dah melenting kau ye. Dah la tu, kauherdik-herdik mak kau tu sampai terkebil-kebil orang tua tu. Kau ni nak jadi batu ke? Ke nak kena tempeleng?
6. Pemalas
Ini salah satu sebab utama kenapa kau selalu kena marah dengan mak kau. Nak kata kau tu putera raja, tak juga. Nak kata cacat, kau sihat. Tapi pemalas mengalahkan ular sawa kenyang. Tak sikit pun kau ada hati nak tolong ringankan beban mak kau. Cubalah tolong dia sapu sampah ke, basuh jamban ke, pam tayar ke, atau repair dumbell tu ke... Ini tidak, asyik makan tanggung berak cangkung je kerja kau.
7. Ini adalah sebab yang paling utama iaitu (alamak!)
"PIDAAAA!!!! Mari tolong mak pasang roda skateboard ni. Kau ni asyik update blog aje... suruh buat keje malas. prot pret prot pret..... trong treng trong treng... Kang mak unfriend kau kang... TEMPELENG NAK?"

| Makin dikejut makin dipejam. Lama-lama kena simbah air. |
2. Tak paham arahan
Mak kau pesan beli sabun buku kat kedai sebab dia nak basuh baju tidur dia, tapi dek kerana kau ni sengal, kau tersalah beli buku teks darjah tiga. Kan jauh beza tu. Tempeleng nak?
![]() |
| "Eh, tadi mummy suruh pegi sekolah ke? Laa... kiter dah pakai baju jalan-jalan ni." |
3. Tak pulangkan duit baki
Tadi mak kau bagi duit seribu untuk beli sabun buku. Tersalah beli buku teks satu dosa, kau buat-buat lupa nak pulang duit baki yang beratus-ratus tu satu dosa lagi. Yang mak kau tu pun satu, takkan la bagi duit sampai seribu? Agak-agak la makcik... Tempeleng nak?
![]() |
| "Err... duit baki? Err.. jap eh, nak tido dulu." |
4. Asyik merayap
Kau ni agaknya memang jenis kaki merayau, sebab tu mak kau marah sangat kat kau. Tak pernah lekat kat rumah. Dahlah bangun lambat, komplen air milo basi, kelepet duit baki lagi, dah tu belum tengah hari kau dah menghilang diri. Bila mak kau carik, rupanya kau tengah ponteng sekolah melepak kat CC. Tempeleng nak?
![]() |
| Ni la budak jaman sekarang. Baru keluar dari rahim ibu dah create account facebook. |
5. Jenis melawan
Mungkin kau belum rasa masuk neraka, sebab tu kau berani melawan mak kau. Tak boleh mak kau tegur sikit, dah melenting kau ye. Dah la tu, kauherdik-herdik mak kau tu sampai terkebil-kebil orang tua tu. Kau ni nak jadi batu ke? Ke nak kena tempeleng?
![]() |
| Mak kau pesan jangan balik maghrib-maghrib, nanti kena sorok hantu tektek. Sebenarnya kau memang suka kan kena sorok dengan hantu tektek? |
6. Pemalas
Ini salah satu sebab utama kenapa kau selalu kena marah dengan mak kau. Nak kata kau tu putera raja, tak juga. Nak kata cacat, kau sihat. Tapi pemalas mengalahkan ular sawa kenyang. Tak sikit pun kau ada hati nak tolong ringankan beban mak kau. Cubalah tolong dia sapu sampah ke, basuh jamban ke, pam tayar ke, atau repair dumbell tu ke... Ini tidak, asyik makan tanggung berak cangkung je kerja kau.
![]() |
| Suruh makan kaumakan...., |
![]() |
| Suruh tulis syair kau tak tau. |
7. Ini adalah sebab yang paling utama iaitu (alamak!)
"PIDAAAA!!!! Mari tolong mak pasang roda skateboard ni. Kau ni asyik update blog aje... suruh buat keje malas. prot pret prot pret..... trong treng trong treng... Kang mak unfriend kau kang... TEMPELENG NAK?"
Monday, January 2, 2012
Kita rasa 'mantap' jika... tetapi rasa 'sentap' bila...
Salam kemantapan,
Sekejap sahaja sudah menjengah tahun 2012. Amacam? Azam tahun 2011 dah selamat tertunaikah? Apa pula yang anda lakukan pada malam tahun baharu?
Pergi pesta nyanyi-nyanyi dan tari-menari di Dataran Merdeka?
Pergi makan lamb mandy di restoran nasi arab?
Pergi jalan-jalan naik kereta tengok lampu kat Dataran Penggaram?
Atau sekadar duduk di rumah tengok siaran ulangan di Astro?
Biasanya pada malam tahun baharu Pida cuma lepak-lepak di rumah sahaja, tak koser nak menyemak-nyemak dengan orang ramai. Lagipun cuma tahun baharu, ada apa sangat!
Uihh, Pida trauma bila berada kat tempat-tempat sesak ni. Dulu pernah masa Pida tengok bunga api, tiba-tiba Pida rasa ada macam ada senduk kayu kat alur montot... Pida buat dekk je (eh, bukan sebab stim hokay!). Tapi makin lama makin menjadi-jadi pulak menyenduknya! Sekali Pida toleh belakang, rupa-rupanya Pida kena rubber! Langsat!
Oh ya, tajuk kali ini adalah seperti di atas. Kita sebagai manusia pasti menginginkan sebuah kehidupan yang bermakna dan tidak sia-sia. Kerana kita adalah hero dalam sebuah kisah cinta.
(Inilah analogi yang Pida terangkan kepada Rania apabila dia bertanya bagaimana asal kejadian dirinya. Selepas itu dia berkata, "ooo jadi abah cintakan mak ye... eeee tak malu!" Ye, Pida malu tersipu-sipu pada masa itu).
Kehidupan yang fana ini tidak bermakna jika tiada gumbira. Kanvas dunia yang sementara ini kelihatan hambar jika tidak dihampar warna-warna bahagia. Kita selalu mengimpi untuk melalui hari-hari yang bererti, namun sudah menjadi resam dunia, kadang-kadang kebaikan yang kita harapkan itu bertukar menjadi sebaliknya...
**********

Sudah sudahlah... Pida enggan mengingati kisah lalu. Pida malu! Pida sudah tidak berguna lagi.... ah!
Oh ya, tajuk kali ini adalah seperti di atas. Kita sebagai manusia pasti menginginkan sebuah kehidupan yang bermakna dan tidak sia-sia. Kerana kita adalah hero dalam sebuah kisah cinta.
(Inilah analogi yang Pida terangkan kepada Rania apabila dia bertanya bagaimana asal kejadian dirinya. Selepas itu dia berkata, "ooo jadi abah cintakan mak ye... eeee tak malu!" Ye, Pida malu tersipu-sipu pada masa itu).
Kehidupan yang fana ini tidak bermakna jika tiada gumbira. Kanvas dunia yang sementara ini kelihatan hambar jika tidak dihampar warna-warna bahagia. Kita selalu mengimpi untuk melalui hari-hari yang bererti, namun sudah menjadi resam dunia, kadang-kadang kebaikan yang kita harapkan itu bertukar menjadi sebaliknya...
| Tetapi kita rasa sentap bila semasa kita baru saja memperkenalkan nama kita, penemuduga tersebut terus tertidur di atas meja temuduga itu sambil berdengkur! |
**********
| Kita rasa mantap jika pakwe kita tak abis-abis memuji dan membodek kita sampai meletup-letup hidung kita kerana terlalu banyak kembang dan kempis. |
**********
![]() |
| Kita rasa mantap jika buah hati hasil cinta monyet yang sudah dikenali sejak zaman belum tadika lagi sudi berkahwin dengan kita. |
![]() |
| Tapi kita rasa sentap bila alih-alih dapat tau buah hati pengarang jantung kita selama ini rupanya adalah adik susuan kita! Huaaaaa!!!! |
**********
![]() |
| Kita rasa mantap jika makwe kita beria-ia ajak kita datang meminang dia. Kita siap bawak mak dan makcik kita sekali. Cincin belah rotan pun kita bawak. |
**********
![]() |
| Kita rasa mantap jika kita dapat mandat jadi imam solat berjemaah dengan makwe kita bersama ahli keluarga dia sekali semasa majlis cukur jambul anak sedara dia baru-baru ni. |
![]() |
| Kita rasa mantap jika boss kita buat jamuan khas untuk kita saja, siap buat kat resort 5 bintang, jemput semua staf termasuk makcik cleaner, pak cik tukang, siap ada pertunjukan bunga api lagi kau! |
Subscribe to:
Posts (Atom)