Saturday, March 30, 2013

TNB Batu Pahat tolonglah jangan buat macam ni lagi.

Salam TNB,

Minggu lepas Pida balik kampung kerana berhajat untuk memenuhi undangan walimatul urus rumah sedara Pida pada hari Ahad. Jadi, hari Sabtu tu kitorang bercadang duduk kat rumah je temankan Ab.

Tapi malangnya Ab kata, TNB ada bagi notis kepada penduduk beberapa taman di bandar Batu Pahat bahawa hari Sabtu itu akan berlaku gangguan bekalan elektrik bermula dari jam 10 pagi hingga 7 petang untuk kerja-kerja penyelenggaraan.

Hah..? Blackout lagi! Sabtu hari tu yang Pida balik tu pun blackout seharian jugak, dari pukul 10 pagi sampai ke pukul 6.30 petang. Kau cubalah bayangkan situasi Pida ni : sekali-sekali balik kampung, hajat di hati nak duduk di rumah saja, tapi takde karen sepanjang hari!

Bengkek tak? Pida rasa bengkek sangat. Ini bukan kali pertama hari Sabtu penduduk bandar Batu Pahat takde elektrik. Yang lebih menyakitkan hati, dari pukul 10 pagi sampai pukul 6.30 petang hokay! Bayangkan betapa lamanya tempoh itu dan betapa bosannya aktiviti di rumah tanpa kemudahan elektrik.

Sebenarnya Pida tak kisah sangat kalau takde karen ni. Tapi kalau bekalan asas ini ditiadakan (walaupun dengan notis) pada hari ahli keluarga nak berkumpul di rumah, dan dari pagi sampai lewat petang, tak salah kalau Pida rasa marah dengan TNB. Kalau gangguan sampai pukul 2 petang je Pida boleh terima lagi.

Kemon la TNB, agak-agak la nak ganggu kami pun.... Kami hargai dan hormati kerja anda, kerana kami memang bergantung pada anda untuk lampu kalimantang dan kipas angin kami, tapi tolonglah jangan 'kejam' sangat potong bekalan sepanjang hari.

Dan tolong jangan bagi alasan suruh kami yang terjejas ni supaya berjimba di luar bersama keluarga. Masa kualiti hari Sabtu sebenarnya nak dihabiskan di rumah sahaja. Kalau keluar, pasti, gerenti, berani kerat kuku la... mesti kena keluar duit jugak walaupun untuk beli aiskrim batang.

Pukul 2.30 petang tu Pida call 15454. Pida dah geram dengan TNB ni. Pida bagitau kat kakak helpdesk tu supaya lain kali jangan potong elektrik hari Sabtu lagi. Pida bagitau dia, ini bukan Sabtu pertama TNB buat macam ni. Dan kakak helpdesk tu pun maklumkan pada Pida bahawa dah ramai pengguna dari taman berdekatan Pida log report tentang gangguan bekalan elektrik pada hari itu.

Untuk TNB, tolonglah jangan buat kerja hari Sabtu dan Ahad ye. Staf kau orang pun nak cuti jugak kan? Diorang pun nak rehat dengan anak bini jugak kan?


Pida hargai pengorbanan abang-abang TNB memberikan sinar cahaya kepada kehidupan Pida, tapi... agak-agak arrr! Takkan hari Sabtu pun kerja sampai menjejaskan kami pulak!


Last-last Pida bawak jugak anak-anak keluar carik tempat sejuk. Tengok si Sufi tu, kecik-kecik dah nak main tikam-tikam. Mak dulu tak pernah main tikam-tikam. Pergi fun fair pun tak pernah. Dengar cerita orang aje.

Dah tak tau nak ke mana, sebab takde niat pun nak keluar jalan-jalan. Last-last kitorang gi karok. Nyanyi lagu mesra kanak-kanak je seperti Anak Kampung, Balik Kampung, Cari Jodoh, Tobat Maksiat, Kosong, Cinta Muka Buka dan Akulah Kekasihmu.

Ye ye orr je si Rania ni menyanyi. Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi kan? Ngeh ngeh ngeh. Ini semua salah TNB.

Lepas sejam melalak, Pida pun bawak budak-budak ni pegi Odeon untuk makan. Maklumlah, lepas menyanyi stamina dah kurang kan... haruslah dipulihkan dengan makanan dan minuman.


Mee bandung.

Rojak manis.

Otak-otak. Sedap giler otak-otak ni.

Otak-otak ni memang dihantar ke meja-meja pelanggan. Sebatang lima posen. Tapi memang sedap la. Dia tak pedas sangat.
Sufi minum air kegemaran Pida iaitu air cikong. Tapi orang sekarang sebut laicikang.


Kami keluar pukul 3 petang, balik rumah pukul 6 petang. Masih takde karen! Ya Allah sabor jelah!


4 comments:

  1. Bukan bandar saja diserang dengan jentera2 perisai TNB
    KAMPUNG2 pun sama juga
    Ini projek juta-juta rasanya
    Lama sangat simpan duit kut?
    Baru sekarang BUAT projek besar-besaran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... nak buat apa pun buatlah.... tapi jangan buat hari Sabtu Ahad!

      Delete
  2. AnonymousJuly 22, 2013

    Nk ckp ko ni mmg bodoh agaknya..dah tentu dorang ad bg notis..klu wat hari kerja biasa mngganggu kedai2 semua,so rugi dorang ko nk bayo ke?jd manusia syukur sket,klu pepasangan tnb letop sana sini smpai brg ko rosak ko bising ke x?? Dorang pn ad keje dorang sndiri,jgn nk ikut tekak ko je..bodohhh!

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah, terima kasih . Saya menghargainya.

    ReplyDelete

Oh, tak sangka ada yang sudi komen... terima kasih!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...