Baru-baru ini Pida mengikuti seminar Technology Update yang merupakan sesi kerjasama antara pihak kementerian dengan vendor. Tempat kali ini memang happening iaitu KSL Resort yang terletak di Johor Bahru iaitu ibu negeriku tercinta yang semakin luas kuasanya.
KSL Resort terletak di Century Garden JB. |
KSL Resort menempatkan hotel dan sebuah pusat membeli-belah di dalam satu bangunan. Jadi, ia adalah heaven bagi shopaholics dan minah-minah rewang.
Jom tengok gambar-gambar yang Pida rakam ni. (Kali ni Pida malas nak bercakap banyak. Tengok gambar suda!)
Ruang lobi yang luas dan mewah.
Apa tengok-tengok? Sembur dengan api kang! |
Lif menuju ke bilik penginapan.
Bilik Superior
Mengintai dari tirai kamar...
KSL Resort ni ada taman tema dinosour. Tapi Pida tak sempat nak ke sana dan ambik gambar. |
Bilik seminar
Kafe
Makan kat sini memang heaven. Macam-macam ada. Makanan Melayu, makanan orang putih, makanan jepun, sampai boleh pecah perut dibuatnya. Saya suka kambing. Hari-hari saya makan kambing. |
Pusat membeli-belah di sebelah
Macam-macam barang boleh didapati di sini. Tetapi kebanyakannya menjual aksesori handphone dan sangat banyak kedai yang menjual baju korea. Pida pun beli jugak 2 helai baju korea.
Hei, kau tau tak, fesyen korea tu kalau kena gaya, nampak sopan tau tak. Diorang tak pakai dengan seluar, kita pakailah dengan seluar. Basically fesyen diorang nampak sopan dan sesuai dengan wanita muslim tapi kena pandai adjust supaya nampak sopan.
Ni apa kejadah jual spender tengah-tengah jalan ni? Macam mana aku nak mencuba? |
Nanti kalau kau pergi ke JB, bolehlah menginap di KSL Resort ni ye.
Bergambar di sebelah pahlawan China sebelum meneruskan perjalanan ke shopping mall kat sebelah tu. |
No comments:
Post a Comment
Oh, tak sangka ada yang sudi komen... terima kasih!