Showing posts with label raya. Show all posts
Showing posts with label raya. Show all posts

Monday, August 4, 2014

Muhaimin di aidilfitri

Salam Muhaimin,

Raya tahun ini sangat bermakna bagi Pida dan keluarga. Nak tau apa sebab? Sebab.... tahun ini Pida beraya bersama buah hati terbaharu kami iaitu baby Muhaimin! Wink wink!


Hihihi... ini adalah bukti perancangan keluarga yang berjaya. Alhamdulillah, Pida selamat melahirkan cahaya mata ke-4 pada 22 Julai 2014 yang lalu. Kalau ikutkan EDD, Pida sepatutnya bersalin pada 7 Ogos, tapi dah takdir Pida bersalin awal. Hihihi.


Baby seberat 3.65kg ini dilahirkan secara normal natural pada jam 12.34 tengah hari. Kami menamakannya Muhammad Amin Muhaimin.  


Pida pun tak sangka nak beranak pada hari itu. Lepas solat subuh, Pida bersiap-siap nak pergi ofis. Tiba-tiba keluar darah. Pida terkejut jugak sebab bila dah keluar darah, itu maknanya tanda-tanda akhir nak bersalin. Tapi masa tu tak rasa sakit.

Pida bagitau suami Pida. Dia kata jom pergi hospital sekarang. Pida cakap nanti jap, kita siapkan budak-budak gi sekolah dulu. Jadi kitorang pun jalankan rutin biasa dahulu, iaitu menghantar Rania, Aqil dan Sufi ke sekolah. 

Selepas selesai menghantar Sufi ke tadika, suami bawak ke hospital. Sebelum tu singgah kedai beli roti dan air Power Root Kurma kot-kot nak buka puasa nanti kan... 

Sampai di hospital, Pida beritahu keadaan Pida kepada seorang nurse di kaunter. Pida cakap nurse, saya dah keluar darah. Nurse terus call labour room, dan tak lama selepas itu Pida disuruh naik kerusi roda untuk dihantar ke labour room di tingkat atas. Lawak juga rasanya bila disuruh naik wilcha. Hei, saya masih kuat berjalanlah!

Sampai di labour room kira-kira jam 9 pagi, seorang lagi nurse memeriksa Pida. Dah 5cm. Hah?! Dah 5cm? 

Pida pun dibagi pakaian hospital dan doktor meramalkan Pida akan bersalin pada pukul 1.40 petang hari itu. Tetapi baby dah tak sabar-sabar nak keluar, pukul 12.34 tengah hari dah lahir. Wink wink!



Baby hari 1






                                                                      Baby hari 2





                                                                Hari-hari berikutnya












Pida bersalin di tempat tinggal Pida. Pada hari Sabtu 3 hari sebelum raya, Pida balik kampung di Batu Pahat. Gamble ok... baru 3 hari beranak dah travel jauh-jauh. Nasib baik Pida dapat berurut sebanyak 2 kali sebelum balik kampung, jadi kira badan ni rasa sedap sikit la untuk perjalanan jauh.

Pida berpantang di rumah ab. Pada hari ke-5, Muhaimin didapati terkena jaundice. Pida bawak Muhaimin menjalani pemeriksaan di hospital. Lepas ambil darah, doktor bagitahu bacaan kuning Muhaimin 17, maknanya kena masuk bawah lampu.

Dengan perasaan berat hati, Pida terpaksa tinggalkan Muhaimin menjalani rawatan fototerapi 2 lampu di hospital. Pida tak dapat nak temankan dia di hospital sebab wad dah penuh. Tapi Pida pun tak kisah sangat sebab jarak antara rumah dengan hospital hanyalah sebatang rokok.

Malam raya tahun ini memang sedih sangat sebab Muhaimin tiada di pangkuan Pida. Cuma Sufi menemani Pida. Suami, Rania dan Aqil balik kampung nenek (mak mentua Pida). Pida menangis bila rindukan Muhaimin yang keseorangan di wad nurseri hospital tanpa Pida di sisi.

Esoknya 1 Syawal, Pida pun turut bersiap-siap. Bukan untuk beraya, tetapi untuk melawat Muhaimin di hospital. Semalam nurse cakap, hari ini boleh bawak keluar Muhaimin. Harap-harap Muhaimin dapat keluar wad sempena 1 Syawal ini.

Hospital pada 1 Syawal sangat lengang kerana cuti umum. Tempat duduk kosong, hanya Pida dan Sufi mengambil tempat. Sesekali ada juga beberapa keluarga yang cantik berbaju raya mengunjungi hospital untuk melawat ahli keluarga mereka yang sakit.


Sufi yang manja dan setia menemani Pida ke hospital. Sufi tak nak ikut Tokyi dan adik-adik Pida beraya di rumah nenek. Gambar ini Pida wassapkan ke suami Pida dengan caption "Sufi beraya bertiga dengan mak dan Muhaimin". Suami Pida rasa sebak tengok gambar ni sebab kesiankan Sufi beraya di hospital pada 1 Syawal.


Sufi punya setia, sampai terkencing dalam seluar. Haru betul. Pagi-pagi raya terkecing dalam seluar. Habis spender dan seluar raya. Oleh kerana memang tak bawak apa-apa pakaian untuk Sufi, maka inilah! Pakai baju melayu tanpa seluar dan spender. Terkontang-kanting benda alah tu. Orang-orang jadi pelik dan ketawa tengok Sufi. 


Selepas 2 jam menanti, akhirnya Pida mendapat berita gembira daripada seorang petugas di situ. Muhaimin dah boleh keluar! Yeay! Alhamdulillah, baby dah dibenarkan keluar. Cepat-cepat Pida telefon suami yang kebetulan pun dalam perjalanan ke hospital.



Inilah potret raya Pida tahun ini. Alhamdulillah bacaan kuning Muhaimin turun kepada 13 selepas semalaman di bawah lampu. Akhirnya dapat juga Pida bertaut kembali dengan baby dan anak-anak yang lain pada hari raya 1 Syawal. 


Inilah raya yang paling bermakna dalam hidup Pida.



Thursday, August 22, 2013

Kambing golek menghantui rumah terbuka

Salam kambing golek,

Kali ini memang betul-betul cerita pasal kambing golek. Entry sebelumnya Pida telah terkhilaf sebenarnya. Ini semua gara-gara penangan kambing golek yang digolekkan di atas penggolek yang bergolek semasa majlis jamuan rumah terbuka aidilfitri baru-baru ini.


Tahun ini dalam sejarah kerana inilah kali pertama Pida menganjurkan majlis rumah terbuka raya. Itupun buat secara kolaborasi dengan adik-beradik yang lain. Di samping menjemput sedara-mara dan kawan-kawan untuk merasa kuih tat dan kuih makmur, kami juga sebenarnya buat majlis ini untuk meraikan ab dan ummi yang telah selamat bernikah pada Jun lalu.


Mengiringi pengantin makan berdamai. Ab dan ummi nampak ceria sangat. Rania yang terselit kat tengah-tengah tu pun nampak gembira. 

Ada rezeki lebih sikit boleh la belanja tetamu makan kambing golek. Terima kasih biang keladi kepada adik Pida yang sudi menaja kambing golek ni. Terpaksalah Pida bergambar dengan dia sebab nak bagi kredit. Kalau tak enterframekan dia kat dalam blog ni, dia kata tahun depan dia tak nak taja kambing golek lagi. Oleh kerana bimbangkan keselamatan diri, maka Pida pun bersetuju untuk bergambar dengan dia.


Tuuu dia! Rasa dia.... nyum nyum... terbaik!


Selain kambing golek yang menjadi tumpuan utama, kami juga menghidangkan pelbagai jenis makanan lain seperti nasi ayam, lontong, nasi impit, rendang, roti jala, laksa penang, kuih-muih dan buah-buahan. Kami ambil dengan katering. Tak reti pulak nak masak sendiri.





Macam yang Pida bagitau tadi, kambing golek memang menjadi tumpuan utama. Sekejap aje dah tinggal tulang. Belum pukul 2 petang dah habis. Hehe. So kira siapa cepat dia dapat la.


Alhamdulillah tetamu memang sangat ramai. Tapi masih menang tangan untuk melayan setiap hadirin yang datang. Jemaah surau pun siap buat marhaban lagi kat rumah Pida. Bergema la sekejap rumah tu dengan selawat memuji Nabi.


Ini semua sepupu-sepupu Pida bersama anak masing-masing. 

Yang ni pun sepupu. Muka pun lebih kurang sama aje ek? Kalau tak kerana raya, takdenya kitorang dapat bergambar macam ni.

Ini kawan lama Pida masa tingkatan 1 sampai tingkatan 5 dulu. Thanks Ayu, sudi datang ke majlis aku.

Ini Kak Linda, kawan baik Pida semasa di kolej dulu. 

Cukup sopan-santun Pida melayan tetamu. Inilah contoh tuan rumah yang wajar dipuji. Heh.

Tetamu Pida terdiri daripada pelbagai golongan. Yang tua, yang muda, yang miskin, yang kaya, yang berakal, yang gila, yang dah sunat, yang belum sunat... 

Tuan rumah penat ooo... kau percaya tak kalau Pida kata Pida tak makan langsung sebab rasa tak ada selera nak makan? Nasib baik aku sempat rembat laksa penang. Malam baru makan.

Rania minum sorang-sorang aje. Tunggu kawan tak sampai-sampai. Akhirnya masa kawan dia sampai, dia dah tertido.

Momen-momen sebelum Razin menumbangkan rak kasut 10 tingkat tu. 

Bila dah confirm tak ada tetamu lagi, kitorang pun memulakan operasi pembersihan dan mengemas. Lagipun hari dah petang. Tapi yang buat tu sebenarnya sorang aje, yang lain jadi mandor.

Kesian dia penat mengemas. Minum pun sebelah sampah aje... takpe, kat opis ko selesa kan? Tunggu patient aje kan? Hehe.

Gambar Pida ditangkap ketika sedang khusyuk menapau nasi ayam. Nasi ayam tu tinggal nasi aje, ayamnya dah habis dulu. Nasib baik biras Pida tolong buatkan spaghetti untuk cover makanan yang short tu. Terima kasih ye! Tapi sempat jugak la ummi goreng ayam segera. 

Bila tengok ab dukung Sofia, kitorang cepat-cepat cakap nak adik lagi. Hahaha. Terbelahak ummi ketawa. 


Pida mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua tetamu yang sudi meraikan rumah terbuka bersama Pida. My best thanks to ab dan ummi, my best suami (memang the best sebab pusing satu taman pun takkan jumpa orang macam suami Pida tawww), semua adik-adik tersayang; Faiz, Yati, Zizi, Hilma, Afif dan abang Faza yang tak hadir sebab sibuk dengan studio gig underground engkau tu kan... dan anak-anak iaitu Rania, Aqil, Sufi, Razin dan Sofia yang comel-comel belako.

Insya Allah, ada rezeki tahun depan kita buat lagi ye.


Alhamdulillah, Syukur Malaysia masih aman untuk buat open house!

Tuesday, August 20, 2013

Kambing yang tergolek di hari lebaran penuh kemeriahan

Salam kambing,

Kukus grill panggang, kukus grill panggang, sudah hampir 2 minggu kita merayakan lebaran. Raya Pida pada tahun ini meriah seperti tahun-tahun sebelumnya. Walaupun nampak agak canggung kerana mak sudah tidak ada untuk meraikan aidilfitri bersama-sama kami, namun kehadiran ummi telah mengisi kekosongan ini.

Biasanya pada hari raya kedua, rumah ab di BP menjadi sasaran semua saudara-mara untuk berkunjung, kerana pada hari kedua itulah keluarga Pida buat rumah terbuka. Tetapi oleh kerana pada tahun ini hari raya kedua jatuh pada hari jumaat, maka rumah terbuka ab dan ummi dibuat pada esoknya iaitu hari raya ketiga.

Dan seperti biasa, menu untuk rumah terbuka ab ialah nasi beriani. Of courselah!


Pagi-pagi selepas subuh, kitorang dah bertungkus-lumus menyusun meja dan kerusi di bawah khemah. Setting rumah terbuka sekarang setaraf khemah pengantin. Tapi memang untuk meraikan pengantin baru pun! Hui hui hui.


Nasi beriani yang sangat sangat sangat sedap.


Kambing yang sangat sangat sangat sedap. Makan seketul tak cukup. Pida paling favourite kambing terutama lemak dia. Kau jangan ingat kambing tu tak elok untuk kesihatan tau. Ustaz Pida cerita, orang Yahudi sengaja buat-buat cerita mengatakan kambing boleh naikkan darah tinggi la, kolesterol la, tak bagus untuk kesihatan la... itu semua fitnah! Kambing adalah makanan kegemaran Nabi, dan Nabi seorang yang sihat. Tapi pandai-pandailah kita makan dalam kuantiti yang berpatutan... agak-agak arrr!!


Selain kambing, ada juga daging lembu. Tapi kambing laju je habis dulu daripada lembu.


Ayam masak merah pun ada. 

My favourite pencok atau acar darat. Pida kalau makan nasi beriani tak ada pencok, lebih baik aku terjun sungai aje daripada hidup kecewa,


Kuah dalca. Yang ini Pida tak suka sebab Pida tak gemar masakan kari dan yang pedas-pedas.


Air pulak bandung soda asli buatan tangan.... Perghhhh! Meleleh wa cakap lu!


Nasi beriani dan lauk-pauk tadi dihantar dengan lori dalam periuk besor!


Alhamdulillah, ramai giler tetamu yang hadir. Sedara-mara belah ab, belah mak, belah ummi, jiran-jiran, kawan-kawan, peminat, eceh.. perasan.


Anak tuan rumah.

Tuan rumah dan cucu.

Cucu tuan rumah.

♪♫Hidupku dulunya seorang pengamen,
Pulang malam selalu bawa uang recehen,
Mengejar cita-cita paling mulia,
Membantu keluarga di rumah.♫♪

Lohh... udah dapat uang kok dirampok sama tantenya sendiri.

Good! Everiting is good, kata Aqil dengan yakinnya.

Alhamdulillah, dari pagi sampai petang, makanan cukup dihidangkan untuk semua orang.  Masih terngiang-ngiang kelazatan kambing hari tu... oh terngiang-ngiangnya...

Hari raya ketiga berkesudahan dengan rasa gembira dan bersyukur kerana dapat berjumpa dengan semua sedara-mara jauh dan dekat. Kalau tak ada hari raya, ntah-ntah Pida pun tak kenal sedara. Nasib baik ada raya. Alhamdulillah...

Ok, nanti Pida cerita pasal rumah terbuka kat rumah Pida pulak. Sekarang ni tengah bizi giler, maklumlah dah 2 minggu tak masuk opis. Lagipun tengah rasa malas nak sedut gambor dari kamera.

Setakat ini dulu cerita rumah terbuka di rumah bapa saya.

So, apa kena-mengena dengan cerita kambing yang tergolek kat tajuk atas tu? Hahaha, sekali salah tajuk daa... takpe aku malas nak betulkan.

Bye.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...